Boleh Ke Jual Beli Kucing Atau Tukar Dengan Makanan Mengikut Islam?

Boleh Ke Jual Beli Kucing Atau Tukar Dengan Makanan Mengikut Islam? | Pernah sebelum ini, cik en dengar pelanggan cik en membeli kucing yang berbaka mahal dan dikacuk atau mating untuk dapatkan anak anak yang cantik dan baka yang lebih baik kemudian dijual dnegan harga tertentu. Ada juga yang ingin jual kucing dan dibayar dengan makanan kucing. Persoalannya adakah BOLEH aktiviti ini mengikut pandangan Islam?




Boleh Ke Jual Beli Kucing Atau Tukar Dengan Makanan Mengikut Islam?

Masih berpandukan sumber yang dipercayai iaitu daripada Mufti, cik en akan kongsikan secara ringkas dan memudahkan untuk korang faham. Aktiviti perjualan kucing ada 2 pendapat dalam Islam.

Pendapat Pertama

Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:



سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.

Riwayat Muslim (1569)

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.

Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)

Pendapat Kedua

Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.

Tapi mengikut Mufti Wilayah Persekutuan, mereka lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas

Menukar Kucing Dengan Makanan


Untuk aktiviti ini, Mufti berpendapat transaksi demikian masih lagi berbentuk perniagaan, kerana menukarkan satu barang dengan barang lain. Jadi perniagaan kucing ialah makruh.


Mungkin ada yang nak tahu cara memilih makanan haiwan yang betul kan? boleh baca di entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul 

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.