Pembantu Makmal Veterinar

Pembantu Makmal Veterinar | Ramai yang DM, PM dan email cik en mengenai jawatan ini. Katanya mereka google jawatan Pembantu Makmal Veterinar ini tiada dan kebanyakan Pembantu Makmal Sekolah. Macam mana melekat ke blog cik en ini, semestinya entri Kerjaya Pembantu Veterinar . Jadi, cik en rasa terpanggil nak kongsi dengan korang skop kerja Pembantu Makmal Veterinar yang cik en tahu dan yang cik en cari di internet. Harap dengan perkongsian entri Pembantu Makmal Veterinar ini dapat bantu korang yang buntu untuk dapatkan info mengenai jawatan Pembantu Makmal Veterinar okey?



Pembantu Makmal Veterinar


Setelah cik en google jawatan Pembantu Makmal Veterinar ini, cik en dapat jawapan yang sama sahaja iaitu

DESKRIPSI TUGAS  
Bertanggungjawab membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal. - Deskripsi tugas Pembantu Makmal di SPA 

Tapi cik en tahu, apabila korang baca, tak ada kaitan langsung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar kan? Cik en yang berpengalaman di dalam Jabatan Perkhidmatan Veterinat ini akan kongsi apa yang cik en tahu untuk panduan korang yang mendapat tawaran temuduga jawatan Pembantu Makmal Veterinar ini 

Sebelum nak kongsi lagi banyak Pembantu Makmal Veterinar semestinya bakal bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia atau dipanggil DVS. DVS hanya di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Sabah dan Sarawak tidak termasuk tetapi semenjak kes Rabies di Sarawak, cik en dengar Jabatan Haiwan Sarawak telah join DVS dan ini bukan fakta sebab apa yang cik en tahu, Sabah dan Sarawak tidak bernaung di bawah DVS pada asalny. 

Kedua, cik en nak kongsi, Makmal Veterinar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada 5 makmal. Cik en pernah pergi 2 makmal sahaja untuk hantar sampel dan setiap makmal mempunyai skop yang berbeza beza. Makmal makmal tersebut adalah

  1. Makmal Kesihatan Awam Veterinar Salak Tinggi
  2. Makmal Veterinar Kawasan Bukit Tengah
  3. Makmal Veterinar Kawasan Johor Bahru
  4. Makmal Veterinar Kawasan Kota Bharu
  5. Makmal Veterinar Kawasan Kuantan

Di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga ada Institut yang mungkin ada jawatan Pembantu Makmal Veterinar iaitu Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh. VRI ini adalah yang paling banyak cik en hantar sampel semasa bertugas di bawah bahagian kesihatan ternakan gerompok/ Sekarang di bahagian klinik veterinar, cik en jarang berurusan dengan VRI atau mana mana makmal veterinar yang lain. 

Skop kerja Pembantu Makmal Veterinar ini bergantung kepada seksyen dan unit yang bakal korang dapat. Antara seksyen dan unit yang ada (cik en ambil dari VRI sebab mereka lebih lengkap)

Seksyen

  • Seksyen Patologi
  • Seksyen Virologi
    • Virologi Mamalia
    • Virologi Unggas
  • Seksyen Bakteriologi
    • Bakteriologi Mamalia
    • Mikroorganisma Khas
  • Seksyen Serologi
    • Serologi
    • Immunoassay
  • Seksyen Biokimia
  • Seksyen Parasitologi
  • Seksyen Zoonotik dan Kesihatan Awam Veterinar
  • Seksyen Vaksin Virus
  • Seksyen Vaksin Bakteria

Unit

  • Multimedia & Information Management System (MIMS)
    • Pengurusan data-data penyakit haiwan dan keputusan makmal
    • Pengurusan ICT
  • Spesific Pathogen Free (SPF)
    • Menghasilkan ayam dan telur yang bebas patogen untuk penghasilan vaksin dan kerja-kerja penyelidikan serta diagnostik di VRI.
  • Haiwan Makmal
    • Menyediakan haiwan makmal (tikus, arnab dan argus) dalam memenuhi keperluan dan permintaan aktiviti diagnostik, penyelidikan dan pembelajaran di VRI.
  • Haiwan Penderma
    • Menempatkan haiwan-haiwan seperti bebiri dan lembu yang digunakan sebagai haiwan penderma. Darah haiwan penderma ini digunakan untuk penghasilan media untuk kegunaan kerja-kerja diagnostik dan penyelidikan.
  • Haiwan Eksperimen
    • Menyediakan keperluan asas untuk penyelidikan seperti bilik dan kandang yang bersih dan bebas kuman serta sesuai dengan haiwan yang hendak ditempatkan.
  • Latihan
    • Menerima pelajar latihan industri dari IPTA (UPM, UMK, UPSI dan lain-lain), pelajar latihan sangkut (DVM) dan kakitangan jabatan untuk mempelajari kaedah dan teknik pengesanan penyakit melalui pelbagai kaedah ujian makmal.
  • Gene Bank
    • Menyimpan isolat-isolat tempatan untuk dijadikan rujukan dan untuk pembangunan vaksin.
Jika diletakkan di bahagian Sekyen Patalogi, selalunya tugas menerima sampel sampel dari pelanggan/ dvs neegri/ daerah dan sebagainya. 

Jika duduk di bahagian Seksyen Serologi, mungkin tugas untuk ujian terhadap sampel darah  untuk penyakit penyakit yang direquest

Jika duduk di bahagian Seksyen Zoonotik, mungkin perlu buat ujian ujian yang berkaitan dnegan penyakit zoonotik (penyakit yang boleh berjangkit dengan manusia)

So, itu sahaja yang cik en nampak tugas tugas Pembantu Makmal Veterinar ini. Seperti Pembantu Makmal lain lain, korang akan bekerja di dalam makmal membantu pengawai pengawai. Mungkin kena mencuci barangan, merekod atau apa apa tugas dari masa ke semasa. 

Harap korang boleh nampak walaupun sedikit mengenai bidang tugas Pembantu Makmal Veterinar ini. Mana yang dapat temuduga ini, Good Luck cik en ucapkan. Chilll sebabnya takkan dia nak tanya pula, patalogi itu apa, virologi itu apa kan. Korang belum masuk kerja pun lagi. Hahahha
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

10 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Teima kasih cik en atas info yang sangat berguna, moga cik en di murahkan rezeki atas info yang diberikan, wish me luck for this position, interview nanti.

    ReplyDelete
  2. boleh tanya masa iv bidang tugas kena cakap bidang tugas yang dlm spa tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. basic yg kita belajar masa spm pun dah ckup sebenarnya.. yg penting confident masa jawab.. jawapan betul atau salah sebenarnya bukan kayu pengukur untuk berjaya IV

      Delete
  3. Cik en... Nk tnya yg skop tugas tu betul ke cik en??mmg related dgn jbtn veterinar ke kot tu utk umum pnya job skop smua jnis pmbntu makmal???

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawatan ini gunapakai.. jadi semua jabatan boleh guna pakai.. cuma skop di vet ini mgkin x semua tu.. sbb di lab vet ini, ada juga test air, tanah selain ujian darah haiwan

      Delete
  4. Nak tanya, kalau course biomedic, boleh ke intern kat makmal veterinar ni ye? Sebab belajar makmal jugak dan ambik subjek parasitology. Sekarang ni nak cari tempat intern, mostly hospital susah nak dapat. Lecturer cakap boleh join veterinar punya.

    ReplyDelete
  5. Skop Pembantu Makmal Veterinar Ni Lain Dari Pembantu2 Makmal Sekolah. Setiap Ujian/Sampel Yg fi Hantar Akan Diuji/Dibuat Oleh Pembantu Makmal Veterinar.

    ReplyDelete

  6. DESKRIPSI TUGAS
    Bertanggungjawab membantu dalam menjalankan analisis serta ujian terhadap sampel-sampel Organ,Makananan Ternakan,Serum,Darah Dll.membantu Pegawai Penyelidik/Pegawai Veterinar dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal dan bahan kimia. ni diantaranya laaa..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post