Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En...

Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En... | Alhamdulillah, selepas struggle untuk kembali sihat dan cergas, cik en beransur baik walaupun bukan sepenuhnya. Cik en tak pasti korang pernah atau tidak mengalami keadaan Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk macam cik en ini tapi kalau korang pernah mengalami, cik en sangat mengharapkan untuk korang berkongsi pengalaman korang untuk sembuh. Mungkin boleh cik en masukkan dalam cara cik en untuk sembuhkan cik en dari masalah Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk ini. | Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En...



Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk. Rupanya Cik En...


Mungkin yang tak faham atau yang tak tahu, cik en akan jelaskan. Dalam setahun ini, cik en mengalami masalah angin dalam badan yang tak pernah surut. Berurut , minum teh halia, sauna pernah sampakan mandi herba pun pernah tapi semua itu sementara. Cik en akan mengalami masalah angin dalam badan semula. Tandanya belakang cik en terutama pinggang akan rasa sakit sangat sampai tahap tak boleh tidur. Tapi cik en masih ok lagi sampailah sebulan yang lepas, cik en mengalami sakit kepala setiap bangun tidur. Cik en mula agak tekanan darah tapi semuanya normal, gastrik pun tak ada masalah. Mungkin juga panas, jadi setiap malam cik en akan letak tuala basah di kepala sebelum tidur tapi keadaan tak berubah. 

Kepala sejuk hanya mampu untuk bagi cik en tidur tapi bangun pagi akan rasa macam pening melayang. Masa buat kerja pun sama, rasa nak pitam. Jadi cik en rasa tak sihat, cik en akan curi masa untuk rehat dalam seminit dua dan minum air di bilik sebelum meneruskan rawatan haiwan kesayangan. Cik en kerap berehat dan buat cik en rimas sebab cik en sendiri tak tahu apa masalah cik en. 

Mengenai Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk itu, cik en mula rasa beberapa minggu. Cik en tekan disebelah belakang kepala dan terasa macam lembik dan tak keras macam selalu. Kepala cik en pun berlekuk di antara kepala kiri dan kanan di belakang tempat yang lembik itu. Cik en google dan risau sangat. Cik en bukan jenis suka mengadu lagi lagi keluarga cik en. Cik en lebih suka sendiri dan buat rawatan yang cik en tahu. Kekenon tak nak susahkan orang la. Huhuhu .

Semua cara cik en guna, semuanya gagal. Cik en pernah minum teh halia tapi kesannya sangat teruk sampai cik en muntah sampai lembik badan. Ada juga sampai kepala menjadi melayang sehinggakan cik en hentak hentak kepala cik en. Mula la fikir, sakit barah otak kah aku? Hahahahha. 

Sebenarnya, cik en ini jenis berlagak. Ada mak tak mahu nak berkongsi sakit. Kalau dari awal cerita rasanya dah lama cik en baik. Hihi. Mak cik en sebenarnya pernah mengalami masalah yang sama cuma cik en sahaja tak pernah alert. Mak kata, angin dah naik ke kepala. Itu yang rasa camtu. Saranan awal, mak suruh potong rambut. Sebab rambut cik en panjang dan tebal. So cik en memang tak kisah kalau nak botak sekalipun asalkan sakit cik en sembuh. Tapi mak tak bagi, so cik en dah macam Goku je sekarang ini selepas potong rambut. Hahahah. 


Lepas itu, abah belikan air lemuju. Apa itu air lemuju? kalau yang tak tahu, air lemuju sangat rare. Cik en dari kecik dah minum air ini. Kembung perut tak pernah tau. Di tempat cik en, air lemuju ada jual di kedai kedai even kat kedai kecil di kampung. Tapi lepas minum pun, tak banyak membantu cik en untuk lega



Malam itu, mak cik en buatlah rebusan bahan bahan semulajadi dan bagi cik en minum. Pertama kali cik en minum, cik en rasa sendawa angin banyak kali. Mak kata, ianya tak pekat, jadi buang angin. Mak rebus kali kedua dan kali ini agak pekat. Tak sampai sejam minum, cik en mula rasa melayang kepala, badan jadi dedor(kata orang perak - demam) dan sakit badan. Cik en cuba bawa tidur tapi tak boleh. Mak datang dan nampak cik en tak keruan terus urut kepala dan bahu. Mak pun cakap, kepala lembik dan berlekuk ini along?. Barulah mak cerita, angin ini kalau dibiar akan jadi masalah lagi teruk

Mak urut dalam 10 minit tapi sepanjang urut, sendawa ta berhenti henti sampai nak muntah. Selesai urut, barulah cik en rasa lega. Barulah boleh lelapkan mata. Esoknya bangun dengan badan yang ringan. Tapi masih ada lagi rasa tak sihat badan itu

Itu kalau di kampung, kalau dah balik ke rumah sewa, tiada siapa nak urut jadi cik en gunakan minyak panas dan urut di kepala dan bahu yang mana mampu. Cik en gunakan Losyen Aura Magika. Sebabnya rasa panas dia tak perit pada kulit dan bau dia wangi buat tenang untuk tidur. Dan dalam masa sama, cik en masih amalkan rebusan yang mak buat. Tiada akar kayu pun, hanya gunakan bahan yang ada di dapur kita je. Nanti cik en kongsi next entri cara buatnya. 

Jadi, kalau korang tiba tiba rasa Kepala Jadi Lembik dan Berlekuk, jangan tunggu lama lama, mungkin kepala korang dah penuh angin. Kira macam dah naik kepala la. Dibiar nanti bahaya sebab angin ini boleh buat kita sesak nafas macam gastrik. Yang penting, cik en dah lama tak bersenam ini. Kena start balik slow slow. Tapi dalam keadaan sekarang, tak digalakkan, takut pitam pulak kat padang tengah berjogging. Siapa pula nak mengangkat. hahahahaha

Anyway cik en masih dalam rawatan sendiri sampai sekarang, ingat nak pergi berbekam tuk buang angin. Mungkin dapat bantu kurangkan lagi. Dah alang alang potong rambut pendek kan. Hahahah. Ada cadangan lain lagi tak? Kongsi tau. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semoga cik en sentiasa sihat tau..risau dengar

    ReplyDelete
  2. Air rebusan yang mak Cik En. nampak seperti serasi dengan badan Cik En. Lagi satu Cik En. perlu berurut sekurang²nya sebulan sekali untuk kurangkan angin, tapi perlu cari tukang urut yang boleh kurangkan angin dalam badan. Mandi dengan limau purut bercampur dengan ais jugak dapat membantu mengurangkan angin pada kepala..

    ReplyDelete
  3. salam Cik En. sy tgh alami.kulit kepala jadi lembik.sy takot ada penyakit serius..blh dikatakan hampir setiap hari sakit kepala 😔

    ReplyDelete
Previous Post Next Post