Tempat Menarik Di Kedah?
- Aras Pertama : Sejarah penanaman padi di Kedah. Aras ini boleh belajar membanting dan menumbuk padi. Selain itu boleh kenal ikan ikan yang hidup bersama dengan padi atau waktu waktu tertentu selepas menuai padi
- Aras Kedua : Ada 6 galeri yang mempamerkan lukisan aktiviti pertanian daripada zaman purba hingga kini.
- Aras Ketiga : Yang ini korang kena menaiki sebanyak 59 anak tangga. Sampai diatas korang akan melihat gambaran seluruh kawasan sawah padi dan ianya berpusing dan korang boleh duduk di kerusi dan memerhati mengelilingi mural yang dikatakan terbesar dan tercantik di Malaysia
Pulau Payar ini boleh melalui Kuala Kedah, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Kalau sebelum ini, kebanyakan orang ke Pulau Langkawi dulu tapi sekarang korang dah boleh pergi melalui Kuala Kedah sahaja. Jadi dah boleh masuk dalam list itinery korang walaupun hanya travel ke Alor Setar.
Alamat
3D Diving Centre
3D Kampung Pengantin.
Kg. Keluncur, Mukim, Kampung Kubang Rotan,
06250 Alor Setar, Kedah
Facebook : LetsGo Travel
Instagram : LetsGo Travel
Siapa tak tahu mercu tanda bagi Bandar Alor Setar. Jika sebelum ini korang nampak mural di Muzium Padi, di menara ini, korag boleh nampak permandangan bandar dan jelapang bagi di sekitar Alor Setar. Ikutkan, cik en boleh nampak kampung cik en tapi kena pakai teropong.
Alamat
Menara Alor Setar
Muzium ini ditubuhkan di tapak sejarah yang sangat penting dalam abad ke 16 sehingga 18 Masihi. Dikenali sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kubu Kesultanan Melayu Kedah. Disini ada 60 koleksi artifak areologi, seramik dan batu bata asal kota. Terdapat galeri yang dibahagikan kepada 6 segmen iaitu, penerangan, sejarah, fungsi Kota Kuala Kedah, Zaman British, Zaman Jepun dan Zaman selepas merdeka.
Disini terdapat Pintu Gerbang Kacapuri yang dikatakan mempunyai seni bina India dan menjadikan ianya tarikan utama pengunjung ke muzium ini
Jabatan Muzium Malaysia
Kampung Seberang Kota
06600 Alor Setar,
Rumah Merdeka atau dipanggil RM ini adalah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra sebelum diambil oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2003. Ianya dibaik pulih dan masih mengekalkan susunatur rumah asal tapi dalam bentuk pameran.
Terdapat 3 bahagian :
- Tingkat Bawah - Terdapat ruang tetamu, ruang makan tetamu, bilik tetamu, ruang makan keluarga serta ruang rehat yang terletak di bahagian luar mengadap Sungai Anak Bukit
- Tingkat Atas - Terdapat bilik tidur Tuanku, bilik bacaaan/muzik, bilik solat/ bilik tidur dan ditengah tengah terdapat pameran barangan hobi kepunyaan Tunku
- Bahagian Luar - Dipamerkan bot yang pernah digunakan oleh Tunku. terdapat dusun kecil yang masih ada sehingga kini sepeti pokok ciku, mangga, buluh cina, tebu serta kekabu.
ISNIN
Jalan Tunku Abdul Rahman Putra
05100 Alor Setar,
Medan Diraja Alor Setar ini terletak di tengah tengah bandar Alor Setar. Disini ada 4 tempat menarik berdekatan yang boleh dikunjungi iaitu
- Masjid Zahir - Dikenali sebagai Masjid Zahrah dan merupakan Masjid Negeri Kedah. Masjid ini merupakan Masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin dan dikenali dengan ciri kubah hitam- satu kubah utama dan lima kubah kecil yang melambangkan liam rukun Islam
- Balai Besar - Balai Besar ini dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II pada tahun 1735 dan berfungsi untuk updacara rasmi raja raja dan kerajaan
- Balai Nobat - Balai ini menempatkan alat alat muzik Nobat DiRaja yang dimainkankan pada upacara diraja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian. Alat muzik tersebut adalah 3 rebana besar, 2 rebana kecil, 1 gong dan 1 serunai.
- Galeri Seni - Galeri ini menghimpunkan koleksi hasil seni anak tempatan kedah iaitu golongan pelukis veteren dan muda.
Rumah ini merupakan rumah papan biasa dan terletaknya barangan Tun Mahathir Mohamad.
ISNIN
JUMAAT
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Jalan Seberang perak, Taman Persisiran Tanjung Chali
05000 Alor Setar,
Pekan Rabu
05000 Alor Setar,
Tempat Makan Menarik di Kedah
Keriang Hill Resort berhampiran dengan Muzium Padi dan semestinya berhampiran dengan Gunung Keriang. Keriang Hill Resort ini mempunyai resort tapi agak terhad. Disini juga selalu ada majlis perkahwinan kerana mempunyai dewan yang mampu menampung tetamu yang ramai. Selain itu, ramai yang datang ke sini waktu tengah hari kerana menyediakan buffet lunch.
Mukim Gunung
06570 Alor Setar,
Restoran ini terletak bersebelahan Sungai Kedah dan boleh menampung 300 pengunjung pada setiap masa.
Restoran Jeragan Alor Setar
Lebuhraya Lencong Barat, Ampang Jajar
05050 Alor Setar,
Siapa peminat gulai ikan temenung? Datang ke Kedah jangan lupa pekena gulai ikan termenung. Ditempat cik en dipanggil Ikan Termenung Kari, tapi di Kedah di panggil Gulai Ikan Termenung. Tempat paling terkenal untuk menikmati adalah di kawasan Kuala Kedah dan cik en nak korang ke Haji Jamil gulai Ikan Termenung untuk merasai keenakan gulai dorang ini.
Restoran ini terletak di batas paip, Teluk Kechai , Kuala Kedah berdekatan dengan Kilang Bernas. Sajian utama di sini semestinya gulai kari ikan termenung yang dimakan bersama nasi putih
Haji Jamil Gulai Ikan Termenung
Teluk Kechai, Kuala Kedah
Alor Setar,
Siapa orang Alor Setar atau pernah ke Alor Setar menikmati makanan di Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant? Tak pernah? rugi sangat aihhhh sebabnya tempat ini makanan dia sedap sedap belaka. Hidangan makanan disini berkonsepkan Authentic Thai dan Chinese Cuisine dimasak dengan ramuan tradisional dan rahsia. Mereka tak gunakan sebarang bahan perasa tambahan tetapi membuat mengabungkan sendiri bahan semulajadi yang dibuat secara homemade. Datang sini korang kena rasa Daging Harimau Menangis. Rasa macam terliur pulak cik en saat menaip entri ini. Hahahha
Selain di Alor Setar Kedah, ada satu lagi cawangan di Subang Jaya Selangor. Beruntung la orang Selangor. Cik en orang Perak ini kena ke Utara la kalau nak merasa lagi menu mereka.
Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant
05100 Alor Setar,
Sesiapa teringin nak menikmati makanan sambil melihat permandangan Bandar Alor Setar, korang boleh menikmatinya di Restoran Seri Segi Menara Alor Setar. Restoran yang boleh berputar ini akan menjanjikan permandangan yang indah dan jangan risau, pusingan tersebut sangat perlahan sampai korang tak perasan Restoran Seri Segi Menara Alor Setar ini berpusing
Penginapan di Urban Inn Alor Setar
Trip travel ini adalah kerjasama diantara rakan media, travel agensi dan Tourism Malaysia Wilayah Utara. Dan sepanjang trip 3 hari 2 malam ini, kami menginap di Urban Inn Alor Setar. Hotel ini beroperasi pada 8 November 2019 dan mempunyai 85 bilik dengan harga berpatutan.
Ampang Business center
Kompleks Perniagaan Ampang
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
05050 Alor Setar,
04-771 9331
Banyaknya tempat boleh melawat
ReplyDeleteBanyak juga tempat yang tak pernah pergi lagi kalau tengok list ni
ReplyDeleteTakpalah nanti kalau pergi nak singgah semua
Yang penting makanan dekat kedah sedap dan murah!
hehe btw saya singgah dan follow blog ni ya :)
tq review mengenai tempat menarik di kedah...
ReplyDeletelast pergi kedah 10 tahun lalu. tu pun sebab belajar kat penang. best suasana padi. bangun pagi segar je =)
ReplyDeletetimm nama je org kedah, tu pun tak habis explore lagi, hehe..
ReplyDeleteBookmark dulu.. nanti balik Malaysia nak jadi pelancong~
ReplyDeleteOr pura-pura jadi pelancong. Ni dah belajaq siap2 slang english America org Taiwan nak guna hehe
salam blogwalking oghang kedah ^_^
ReplyDelete