Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia | Permandangan di kawasan Bunker Kaliadem sangat cantik. Dari jauh nampak Gunung Merapi mengeluarkan debu debunya. So mana yang tak tahu, masa kami ke sini, kami dilarang untuk dekat dengan kaki gunung merapi disebabkan gunung merapi memuntahkan asap asap yang menandakan bila bila masa larva boleh meletus. So kami cuma boleh bergambar di kawasan Bunker Kaliadem dan berjalan jalan di kedai kedai menjual cenderahati. Excited tak nak tahu apa Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi ? Kena la baca entri ini sampai habis okey?
Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi | Trip Joja Indonesia
Dari tapak sunrise ke Bunker Kaliadem ini tak jauh mana. so takyah kot cik en nak sediakan map. Tempat kami pergi ini keliling Gunung Merapi je. Tak jauh mana. Dari tempat letak jeep kami kena melalui kedai jualan cenderahati yang terhasil dari kesan larva.
Nampak tak bunga bewarna warni itu? Nama bunga itu bunga abadi atau dalam bahasa saintifiknya Anaphalis javanica yang tumbuh di kawasan pergunungan Indonesia seperti Gunung Rinjiani di Lombok, Gunung Merbabu, Gunung Semeru, Gunung Papandayan, dan sebagainya. Walaupun di luar negara ada bunga ini tapi tak sama yang ada di Indonesia. Digelar bunga abadi disebabkan bunga ini ada hormon yang mampu mencegah kelopak bunga gugur. Tapi populasinya semakin menurun dan mungkin akan pupus satu hari nanti. Jadi bunga ini menjadi bunga terancam dan pihak kerajaan Indonesia tidak membenarkan sesiapa untuk memetiknya. Info penuh di entri Bunga Abadi Indonesia
Berdepan dengan kedai ini, ada satu tangga naik keatas dan bila sampai ke atas korang akan nampak tulisan Bunker Kaliadem berlatar belakangkan Gunung Merapi
Di sini ada bunker atau bilik bawah tanah ini ada sejarahnya sendiri. Kalau sesiapa yang follow story awal di instagram cik en, cik en akan cerita mengenai kematian 2 orang penjaga Gunung Merapi pada tahun 2006 kerana terperangkap dalam bilik bawah tanah ini semasa larva sampai muka pintu bilik bawah tanah ini. Kematian kerana kepanasan sehingga mencecah 200 darjah celcius. Mangsa bernama Warjono dan Sudarwanto. Salah seorang ditemui mati di dalam bilik air. Mati dalam air mendidih. Lagi seorang pula di temui di luar dengan kesan terbakar pada kulit luar sahaja. Jadi pihak Indonesia hasil post mortem salah seorang mangsa mengeluarkan kenyataan mereka meninggal kerana suhu yang tinggi. info
Cik en dan yang lain berpeluang masuk tapi ianya agak menyeramkan dan supir pun menunjukkan tempat mangsa di temui mati. Naik juga bulu roma cik en tapi apa pun ianya itu bahagian mereka berdua. Mungkin ada yang tanya kenapa tak lari terus dan kenapa masuk dalam bunker ini. Dikatakan mereka tak sempat melarikan diri kerana kelajuan larva yang 100km perjam (kalau tak silap cik en dengar la). Bayangkan kalau kita di tempat mereka berdua. Tak boleh nak bayangkan keadaan mereka masa itu kan?
Itulah Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi ini. Tapi dengan lava itulah buat tanah di sekitarnya jadi subur dan cantik. Ini antara gambar yang sempat cik en tangkap.
Settle di kawasan Bunker Kaliadem ini, lepas ini kami menuju ke Batu Alien pula. Kenapa di sebut Batu Alien? Kena tunggu la next entri Trip Joja Indonesia ini. Jumpa nanti... daaaaaa...
Entri Trip Jogja Indonesia
Entri : Itinenary Trip Jogja Indonesia
Day 1