
Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri
Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri | Seperti dijanjikan pada entri yang lepas, cik en nak share dengan korang mengenai Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri. Walaupun Safi Balqis OxyWhite ini disarankan kepada pengguna beumur 18 tahun hingga 30 tahun tapi ianya tak salah nak digunakan oleh peringkat umur yang lain. Cuma selalunya dah capai umur 30 tahun keatas, ramai yang memilih penjagaan muka untuk elak kedutan. Yang nak putih ini selalunya yang masih bujang macam cik en. Ha.. sebab itu cik en masih gunakan Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri walaupun dah berumur 31 tahun. Hahahha
Safi memperkenalkan Safi Balqis OxyWhite 3 Steps ini adalah step permulaan atau basic yang diperlukan oleh semua wanita untuk penjagaan muka. 3 Steps ini perkara asas yang perlu korang tahu untuk mendapatkan kulit muka yang bersih, sihat, cerah dan berseri seri. 3 steps tersebut adalah
Korang kalau nak dapatkan kulit bersih janganlah skip step 1 ini. Even kerja di pejabat pun, korang tak terlepas terkena kotoran dan habuk. Bila kulit muka kotor, kulit akan jadi kusam dan tak bermaya. So apa kata gunakan Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka dengan teknologi buih mikro membersihkan pori kulit sehingga mendalam, menghapuskan kotoran lebihan dan menanggalkan makeup serta mengekalkan kelembapan kulit. Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka sesuai untuk semua jenis kulit
Selesai mencuci, secara asasnya, pori kulit akan terbuka disebabkan proses membersihkan dan mengeluarkan kotoran. Masa ini, korang cepat cepat apply Safi Balqis OxyWhite Penyegar untuk menegangkan pori kulit dengan Ekstrak Cendawan supaya kulit kekal bersih, menyediakan kulit untuk menerima penggunaan produk dengan lebih berkesan dan menyegarkan kulit tanpa menyebabkan rasa melekit tanpa formulasi alkohol.
Ini step terakhir Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri. Selesai mencuci, dan menyegar, masa untuk melembabkan kulit dengan Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR. Pelembab dari Safi Balqis OxyWhite ini akan menjadikan kulit menjadi 2 kali cerah sempurna melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB dengan SPF20PA++, memudarkan pigmentasi dari radiasi inframerah (IR) dengan IR perisai, melindungi kulit 100% dari radikal bebas, mencerahkan kulit lebih cepat dan intensif, menghaluskan kulit dan yang penting menyamaratakan tona kulit.
Selesai 3 Step ini, korang boleh start dengan foundation dan solekan gojes korang itu. Kalau korang amalkan 3 steps ini, Insyallah, kulit korang akan kekal cerah berseri walaupun muka tanpa secalit solekan.
Apa yang cik en nak kongsi dengan korang. Safi Balqis OxyWhite ini berbeza dengan skincare memutihkan kulit yang lain. OxyWhite ini ada 2 gabungan iaitu Nano Oksigen dan Nano White yang mana korang bukan saja nampak cerah tapi berseri. Ala ala pakai aura gitewwww.. Kalau nak diumpamakan macam lagu Sicomel Pipi Merah nyanyian Siti Nurhaliza. Putih dan berseri.
Untuk tutorial Safi Balqis OxyWhite 3 Steps boleh tonton di chanel youtube cik en di Safi Balqis OxyWhite 3 Steps . Untuk info lanjut mengenai Safi Balqis Oxywhite ini boleh baca di entri Berikan Nafas Baharu Pada Kulit Wajah Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
at
Friday, September 21, 2018

loading..
7 comments
Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terbaek :)
ReplyDeleteSaya pon salah sorg pengguna safi.... Mmg best.. Dan sesuai dgn kulit saya
ReplyDeletesalam singgah. dulu lama jugak saya guna safi ni, masa zaman sekolah. puas hati sangat ^_^
ReplyDeleteHi it's me, I am also visiting this web page
ReplyDeleteon a regular basis, this web site is in fact fastidious
and the visitors are truly sharing pleasant thoughts.
As soon as I detected this internet site I went on reddit to share some of the love with them.
ReplyDeleteDulu pun pernah pakai safi ni..
ReplyDeleteterasa nak beli utk kak Nurin la, cikEN.
ReplyDelete13 thn, ok tak agak nyer ye?