Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua | Agak lewat cik en update tempat berbuka puasa cik en dah keluarga untuk minggu kedua. Sebelum ini cik en ke Ipoh, minggu kedua ini cik en menuju ke Utara. Dan pilihan cik en dan adik cik en untuk bawak mak abah kami ke Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort . Macam biasa plan last minit dan tugas adik cik en untuk call dan buat tempahan di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini. So disebabkan ianya buffet sememangnya cik en tak ada la gambar yang menarik cuma nak share dengan korang apa best berbuka puasa di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini. 

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort
Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort 

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua


Apa yang buat cik en dan adik cik en tertarik untuk berbuka puasa buffet di Cafe Le Lac Bukit Merah Laketown Resort ini sebab harga buffetnya yang berbaloi juga la iaitu RM48.00 untuk dewasa dan RM35.00 untuk kanak kanak, warga emas dan OKU. 


Dan kalau korang tak tahu cik en seorang saja bayar untuk dewasa. Adik cik en ada kad OKU dan mak abah cik en warga emas. Untung tak cik en? Hahahahha. Adik cik en la untung, kalau naik ETS ke, bas ke mesti dapat half price. Hihihi. Tu senang bawa dia jalan jalan. 

Ok la, back pada Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort tadi. Kami tempah lewat sikit so meja kami di bahagian luar mengadap tasik 


Kebetulan hujan renyai renyai jadi tak kesempatan bergambar tepi tasik. 

Kat Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, makanan mereka di hidang di dalam cafe dan bahagian luar. Di dalam ada pencuci mulut, buah buahan, kerabu dan ais kacang. 


Disebelah luar Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort yang mengadap tasik pula dihidang secara gerai. Macam Gerai Bubur, Gerai Cucur, Gerai Tomyam, Gerai Nasi Mandy, Gerai Mee Udang, Gerai Makanan Panas, Gerai Nasi Ayam, Gerai Kebab dan minuman. 

Ini port kami sekeluarga. Sementara tunggu waktu berbuka selfie dulu


Dan ini menu kami untuk round pertama.. ahahhaha


Untuk menu di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, cik en recommended ikan patin masak tempoyak, bubur kacang, mee udang, cucur dan teh tarik dia. Sodapppp pada tekak cik en. Kalau korang pula maybe lain la kan. 

Cuma kat sini, menu tak semeriah sangat la. Dan port kerabu cik en sedar bila dah last. Port kerabu ini di bahagian pintu cafe dan cik en tak berapa perasan. Papadom kecik itu keras dan nasi mandy dia macam berminyak lebih. Meja kami kecik dan cik en terpaksa cari troli untuk letak pinggan yang dah digunakan. Mungkin staf masih berbuka puasa. Tapi kira ok la. banyak yang cik en suka dari tak suka. Boleh bagi 3.8/5 bintang

Lepas berbuka, korang boleh solat maghrib sebabnya ada surau di sediakan. Cik en sempat bergambar tapi suasana renyai buat gambar tak berapa cantik la. 



So kalau korag rasa nak berbuka kat Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, korang boleh usha sosial media dorang yerk

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort
Facebook Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort : https://www.facebook.com/BMLaketownResort/
Nombor telefon untuk tempahan : 05-8908888

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post