Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Pemandangan Penang di Top View Restaurant | Sesekali belanja ibu dengan suasana yang lain dari yang lain lagi lagi sempena Hari Ibu apa salahnya kan? Idea yang cik en nak kongsi dengan korang kali ini mungkin jarang atau tak pernah korang dengar. Pernah tak terfikir cuba berikan kejutan dengan makan malam istimewa sambil menikmati permandangan di Penang? Permandangan malam di Penang ini rupanya cantik juga dan selalunya nak dapatkan view sebegitu agak mahal. Tapi korang boleh dapatkan dengan harga RM 98 seorang di Top View Restaurant (Level 59) di Komtar Penang
Top View Restaurant |
Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Pemandangan Penang di Top View Restaurant
Manjakan ibu/mama/umi/ dan mana mana panggilan korang kepada ratu hati korang ini dengan hidangan terbaik di Top View Restaurant (Level 59) di Komtar Penang ini.
Sambil itu korang boleh habiskan masa chit chat sambil menikmati keindahan permandangan malam di sekitar Penang. Dinner antara korang berdua menjadi lebih istimewa dengan hidangan lain dari yang lain di Top View Restaurant (Level 59) ini.
Ini merupakan full menu untuk korag yang berhasrat nak bawa ratu hati korang menikmati makan malam di Top View Restaurant ini
Dok tengok menu tapi tak tengok macamana rupanya menu mesti tak best kan? Meh cik en kongsi dengan korang sebahagian daripada menu Top View Restaurant yang ada ini.
Saffron Tempura Oyster |
Salad Of Mirin Glazed Tiger Prawn |
Wild Mushroom With Chamoline Tea |
Cured & Pan-Seared Salmon |
Char-Broiled Beef Tenderloin |
Dessert |
Coffee or Tea |
Sambil sambil itu boleh la tengok permandangan sekitar Penang. Dengan lampu dan laut nampak mendamaikan hati.
Berita baik lagi ada diskaun sehingga 50% untuk senior cetizen berumur 60 tahun pada 13 Mei 2018 dan menu ini akan available bermula 13 Mei 2018 sehingga 14 June 2018. Maklumat lanjut korang boleh hubungi
TopView Restaurant & Lounge
Komtar, Level 59 & 60, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Facebook : Top View Restaurant