Cara Memandikan Kucing

Cara Memandikan Kucing | Entri ini ada kaitan dengan pertanyaan daripada email semasa cik en sibuk seminggu itu. Sebenarnya ada 2 pertanyaan, Cara menguruskan kucing berbulu tebal dan cara memandikan kucing. Sebabnya dia dah beberapa kali dicakar bila mandikan kucing dia. Cik en menulis entri dari pengalaman cik en sendiri. Sebabnya peah cik en dan anak bulus cik en baik baik je bila di mandi. hahahha. Hope ianya memberi sedikit panduan untuk korang cara memandikan kucing korang ye? Andai ada yang nak share pengalaman boleh saja komen di bawah sebabnya cik en open untuk semua komen. 


Cara Memandikan Kucing 

Sebenarnya korang tak perlulah mandikan kucing korang tu setiap hari macam manusia. Berbanding dengan haiwan lain, kucing sememangnya pembersih tau. Haiwan yang paling kerap menjilat bulu atau grooming ini adalah kucing. Menjilat bulu adalah mandi bagi kucing korang. Kalau dorang jilat anu atau montot dorang, itu cara mereka membersihkan diri. Bila korang rajin memandikan kucing ini, mereka akan hilang jati diri. Sebabnya bau masham dorang itu adalah cara mereka mengenali kawan atau musuh dorang. Andai kata kucing korang kotor sangat mungkin bergaduh atau jatuh longkang, korang boleh ikuti cara yang cik en listkan dibawah ini ye?

Barang di perlukan untuk memandikan kucing

  1. Ruang yang tertutup seperti bilik air yang pintunya di tutup. 
  2. Bekas seperti besen atau kucing jenis agresif boleh gunakan sangkar besi. 
  3. Cebok air ( in bahasa malaysia baku panggil apa ye? )
  4. Syampu kucing yang mana ianya free dari kimikal dan sebolehnya cari yang PH balanced dan coconut oil. 
  5. Air suam. Jangan terlalu panas dan sejuk. Better gunakan heater dalam bilik air. 
Cara Memandikan Kucing 

  1. Ada 2 step la. Kalau kucing yang manja, korang boleh main kejar kejar dan bermain sebelum masukkan dorang dalam bilik air. Kalau jenis agresif masukkan didalam sangkar.
  2. Jangan lupa tanggalkan kolar ye.
  3. Jangan terus mandikan dengan air.. Main main air dulu dengan dorang.. Ala ala manja gitew. Awal awal renjiskan sikit sikit. Bila dah mula rasa selesa. Baru perlahan lahan mandikan. Bermula dari ekor, kaki belakang, badan, kaki depan dan seteruskan kepala. Ini untuk elakkan kucing terkejut. Andai kucing agresif, take time untuk dorang ye. Ajak la sembang sembang ke, gosip gosip ke. Untuk mengurangkan tekanan gitew. Hahhaha. Kucing ini kalau diajak berborak mereka boleh releks.
  4. Selesai basahkan baru la urut perlahan lahan. Buang segala kekotaran dan segala mak nenek yang tak diperlukan
  5. Selesai, boleh korang syampu kucing korang itu.. Buat dengan gentle, jangan ganas ganas pulak. Kalau boleh, korang pun mandi sekali. barulah kucing rasa fair. bukan dorang saja yang basah. hahahha
  6. Ambik masa 5 minit ke 10 minit untuk syampu seluruh badan. 
  7. Bilaskan sampai tiada sisa syampu. Ini penting, sebab kucing suka menjilat. Nanti keracunan pula kalau de bahan kimikal. 
  8. Lap dengan tual bersih.
  9. Cari hair dryer dan keringkan. Kalau kucing agresif sebab bunyi bising, masukkan dalam sangkar dan keringkan dari luar. Kalau korang mampu keringkan dengan sempurna, its ok, kalau tak ok, sila jemurkan dorang kat cahaya matahari. Jangan lelama. Nanti kering pulak kucing korang. Paling cantik, cahaya matahari pagi.
  10. Selesai semuanya pakai semula kolar dan biarkan dorang masa bertenang untuk jilat bulu. 
Kalau korang nak tau, kalau korang mandikan pun, kalau dorang tak jilat bulu dorang, bulu dorang takkan shinning cantik. Itulah kekuasaan Allah dalam air liur kucing ini. Antara antiseptik untuk kucing dan kecantikan bulu kucing sendiri. 

Ini antara tips yang cik en boleh kongsi, mungkin ada yang cik en lupa nak letak, bolehlah korang bantukan pembaca pembaca entri ini.. Tapi kalau korang dah mandikan kucing korang tapi masih kucingberbau busuk, mungkin korang kena baca entri Kenapa Kucing Berbau Busuk
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ok bagus tips ni... nnt nak cuba mandikan sendiri kos groming pon dah mahal..boleh ler jimat

    ReplyDelete
  2. Oraittt. Pasni boleh la akak tolong mandikan kucing makcik kat kampung. Selalu tak berani 😁

    ReplyDelete
  3. Selalu mandikan sendiri jugak. boleh jimat, btw nice tips, thankyou! :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. kalau cuaca panas terik mcm sekarg ni perlu x mandikan kucing. takut die dehydrate je. kesian tgk kadang tu lidah jeler cam hanjing. tu tandanya apa. tp tu jenis kucing yg bulu lebat. sis pon cuaca skrg ni mandi 5 kali sehari, xtahan panas ketiak masam

    ReplyDelete
  6. Boleh mandi kucing tapi jangan lupa RABIES (anjing gile) yang turut kena kucing sekali! Untuk kucing agresif (macam ganas punya), terpaksa anda guna sarung tangan serta pakaian khas macam saintis amerika mengawasi makhluk asing kononnya. Mana tahu ada bahayanya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post