11 Aktiviti Menarik di My Pets Carnival 2017 Untuk Pencinta Haiwan Kesayangan

11 Aktiviti Menarik di My Pets Carnival 2017 Untuk Pencinta Haiwan Kesayangan | Siapa pencinta haiwan disini? Cik en tahu, kebanyakan pembaca blog nurfuzie.com merupakan pencinta haiwan kesayangan kan? So, ada satu berita baik untuk korang yang memang anggap kucing atau anjing korang bukan saja haiwan kesayangan malah salah satu dari ahli keluarga. I Tiara Production Sdn Bhd telah menganjurkan My Pets Carnival 2017 Untuk Pencinta Haiwan Kesayangan di Malaysia bermula 29 September 2017 sehingga 1 Oktober 2017.

11 Aktiviti Menarik di My Pets Carnival 2017 Untuk Pencinta Haiwan Kesayangan
My Pets Carnival 2017 Untuk Pencinta Haiwan Kesayangan 

Cik en sempat ke media release mereka di 1 Utama Bandar Utama beberapa hari lepas dan cik en tak sabar sabar nak share dengan korang 11 aktiviti yang korang dan haiwan kesayangan korang boleh join sepanjang 3 hari My Pets Carnival 2017 ini berlangsung. My Pets Carnival 2017 ini telah disertai oleh 3 orang selebriti, pelakon Mr Hafiz Bahari dan Mr Johnson Low serta Miss Malaysia Petite SpokesPerson 2017 Miss Subashini Ravichandreni. 

Hafiz Bahari, Irene Tan, Subashini Ravichandreni dan Johnsin Low 

Selain itu 1 Utama juga merupakan rakan koloborasi utama dalam menyediakan tempat berlangsung karnival ini. Dah boleh bayangkan bagaimana keadaan My Pets Carnival 2017 ini di buat di One Central Park 1 Utama Bandar Utama kan? Mesti meriah dan menjadi keterujaan korang dan haiwan korang itu nanti. Selain itu, ada beberapa sponsar produk seperti Taro Chats, Pets Lover Centre, 88 Pets Mart dan Baddogz Jin Studio. 

Cik en di Media Release My Pets Carnival 2017 

11 Aktiviti Menarik di My Pets Carnival 2017 Untuk Pencinta Haiwan Kesayangan 



1. The 70 Meters x 6 Meters Water Slide

Pernah meluncur dengan kucing atau anjing korang? Mesti tak pernah kan? Kalau ada pun hanya guna papan gelongsor di taman permainan. Tapi di My Pets Carnival 2017 korang berpeluang untuk meluncur air dengan kucing atau anjing korang tu tau! Memang awesome la, teruja pula cik en nak sertai bersama peah nanti. Lagipun ini merupakan aktiviti pertama yang bakal di buat di Malaysia. Mesti terfikir kan takkan nak campur kucing dan anjing dalam aktiviti macamni. Korang jangan risau, mereka akan separate antara kucing dan anjing. 

2. Swimming Pool

Selalunya korang hanya tengok kucing dan anjing di luar negara berenang di swimming pool kan? Tapi korang berpeluang untuk berenang bersama sama dengan haiwan kesayangan dalam kolam air masa  My Pets Carnival 2017 ini nanti. Seperti Water slide, kolam akan diasingkan antara kucing dan anjing. So tak perlu risau ok?

3. Costume Parade and Contest

Acara ini mesti acara yang menjadi favourite semua orang. Mesti semua excited untuk grooming kucing dan anjing korang dan korang juga berpeluang untuk menyertai pertandingan. Masa ini korang bebas untuk cantikkan kucing atau anjing korang dengan costume yang comel dan hebat bersama anak anak korang juga

4. Catwalk Show by Miss Malaysia Petite Spokesperson

Ini barulah namanya cat-walk. Kucing yang berjalan diatas pentas seperti model. Aktiviti ini bersama dengan Miss Malaysia Petite SpokesPerson 2017 Miss Subashini Ravichandreni

5. Hammock Area

Ingat orang bercinta je lepak dan tengok langit bersama? Dengan kucing atau anjing korang pun boleh tau!  My Pets Carnival 2017 menyediakan tempat untuk korang spend time dengan haiwan kesayangan korang itu. 

6. Camp With Your Pets / Kayaking

Pada 30 Sept dan 1 Oktober, korang sekeluarga bersama kucing atau anjing korang boleh untuk overnight sambil tengok bintang bintang malam di dalam khemah yang disediakan. Selain itu, korang boleh buat aktiviti kayak di tasik.

7. Adoption Drive

Yang ini antara aktiviti terbaik cik en rasa. Aktiviti adopt ini adalah aktiviti paling humaniting untuk membantu stray cat dan stray dog yang mana mereka juga inginkan kasih sayang dan belas ikhsan manusia untuk terus hidup. Di samping ianya dapat membantu masalah stary animal yang terlalu banyak di jalanan dan akhirnya mati dilanggar atau dipukul oleh orang tak bertanggungjawab. 

8. LED Lighting 

9. Magic Shows, Children Colouring Contest & Games

10. Inflatable Ballon, Backdrop/Photo Wall dan Welcome Tent

11. Flea Mrket, Food Truck dan Food Stalls


Rasanya sebagai pencinta haiwan dan memiliki haiwan kesayangan, korang tak boleh lepaskan peluang untuk ke  My Pets Carnival 2017 dan join kesemua aktiviti diatas ini. Aktiviti yang cik en rasa pertama kali dibuat secara besar besaran ini bakal menarik lebih dari 30 000 pengunjung. Aktiviti yang sihat bersama haiwan kesayangan dan keluarga. Dan pihak penganjur juga akan ada perkhidmatan veterinar sepanjang 3 hari My Pets Carnival 2017 ini berlangsung bagi menjaga kebajikan haiwan haiwan.


Bekesempatan selfie dengan Hafiz Bahari dan anak bulusnya. Comel sangat

So sila lock date dan masa dibawah ini untuk ke My Pets Carnival 2017. Jangan lepaskan peluang untuk hadiri karnival yang jarang di adakan ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari web dan no telefon dibawah ini. 

My Pets Carnival 2017

29 September 2017 - 1 Oktober 2017
3 petang hingga 11 malam
One Central Park @ 1 Utama, Bandar Utama
#MyPetsCarnival
010 - 8997106 (Miss Wai)
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

13 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah banyaak aktiviti yg best best. Yang part kayak tuh mesti happening

    ReplyDelete
  2. wah mesti meriah ni tengok haiwan kesayangan bertanding ni..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa! Teringin nak pergi event macam ni. Tengok tucen2 or anjing2 omey2 bergaya.

    ReplyDelete
  4. Kalau dekat boleh p.. Jauhnya x sampai

    ReplyDelete
  5. Menariknya.. Hanis anak pcl memang suka ni.. thanks info.

    ReplyDelete
  6. Bestnya boleh bawak anak2 miza dorang suka betul dengan meow ne

    ReplyDelete
  7. Wah, mcm best je aktiviti kat situ nnt.. sambil tengok kucing2 comel boleh jln2 dan buat aktiviti sekali..

    ReplyDelete
  8. macam macam aktiviti ada rupanya

    ReplyDelete
  9. mesti banyak kucing-kucing comel

    ReplyDelete
  10. waaa...seronok la kat sana ada karnival pet macam ni...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post