Peringatan Untuk Pemandu Yang Melalui Jalan Sayong ke Parit Perak | Disebabkan cik en melalui jalan ini untuk ke Manjung, cik en nak kongsi sikit peringatan kepada semua pemandu pemandu yang melalui Jalan Sayong ke Parit Kuala Kangsar. Jalan ini sebenarnya salah satu jalan alternatif bagi sesiapa yang dari Utara nak ke Klang, Kuala Lumpur dan sekitarnya kalau tak mahu menghadap kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Kangsar - Terowong Menora - Ipoh terutama waktu perayaan atau cuti.
Kalau korang nak melalui jalan ini, korang boleh keluar tol Kuala Kangsar dan menuju ke Sayong melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil. Dari situ korang belok ke kanan dan akan melalui Sayong-Kampung Bendang Kering - Kampung Buaya - Kampung Menora - Kampung Kubang Pekan - Senggang - Kampung Bekor - Kampung Mandah. Selepas itu belok ke kiri untuk ke Pekan Parit dan ke kanan untuk ke Tanjung Belanja. Dan nak dipesankan laluan ini sangat sunyi dan agak menakutkan pada sebelah malam jika tak pernah melaluinya. Tempat ini sangat sesuai la buat pengambaran macam movie Highway Karak. Hahahhaha
Selepas sahaja Kampung Mandah, korang akan masuk sempadan daerah Perak Tengah dan kawasan ini dah ada jalan yang besar seakan akan highway berbanding dulu yang kecil dan sempit. Kawasan ini lah korang kena berhati hati, sebabnya ada individu individu yang akan cuba merompak dengan cuba mem"block" kenderaan korang. Selain itu kawasan ini ada ternakan macam lembu yang suka melepak di atas jalan raya.Berhati hati takut nanti berlaku kemalangan pula. Dan terakhir ada satu tempat berhampiran dengan tapak perlupusan sampah dan jalannya agak berminyak. So time hujan berhati hati, takut terbabas. Jadi berhati hatilah kalau melalui laluan atau jalan ini ye. Pesanan ikhlas dari www.nurfuzie.com . hahahaha
terimakasih atas peringatan, alhamdulillah, setakat ni tiada apa2 yg buruk terjadi spjg saya gunakan jalan ni. laluan ini biasa digunakan mereka yg datang dr bota, parit, batu gajah, tronoh & kaw sekitar utk ke utara. memang sunyi tapi kondisi jalan mmg baik. dinasihatkan guna waktu siang sahaja, kalau malam gunalah jalan manong - tjg belanja jika perlu (byk kg. di sekitar jalan ni). kalau menjelang cuti panjang jalan sayong - parit ni tak sunyi, kenderaan seperti di litar lumba, kenderaan dipandu laju sedangkan kawasan memang gelap dan dikelilingi hutan tebal.
ReplyDeletealert sentiasa kawan2 di mana saja.