Ingin Membuat Aduan Mengenai Haiwan?


Ingin Membuat Aduan Mengenai Haiwan? | Pernah tak korang ada masalah dalam membuat aduan mengenai haiwan. Tak kiralah kucing, anjing, monyet, lembu, kambing atau haiwan haiwan yang lain? Meh cik en kongsikan info  mengenai aduan mengenai haiwan ini. 

Bidangkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar terhadap aduan berkaitan anjing hanya melibatkan:

  1. Penyakit berjangkit seperti anjing gila
  2. Aduan berkaitan anjing yang mengigit perlulah dibuat laporan polis terlebih dahulu dan mangsa telah menerima rawatan di hospital
  3. Kebajikan dan kezaliman terhadap anjing
Bidangkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah

  1. Aduan gangguan oleh ternakan/haiwan : bunyi salakan anjing, bau najis di kawasan perumahan, kacau ganggu
  2. Aduan anjing berkeliaran dan terbiar
Perkhidmatan Pengawai Makhluk Perosak Jabatan Perkhidmatan Veterinar

  1. Aduan di luar bidangkuasa jabatan perlu disalurkan kepada PBT atau Pejabat Daerah, Jabatan hanya akan membantu dari segi pelalian haiwan dan euthanasia sekiranya mendapat permohonan daripada PBT atau Pejabat Daerah
  2. Bagi kawasan milik syarikat dan persendirian, kos perlalian dan euthanasia dibayar oleh pemohon. Surat permohonan perlu dihantar kepada Jabatan
Jabatan yang bertanggungjawab dalam aduan haiwan

Jabatan Perhilitan Negeri atau Daerah 
Haiwan liar seperti monyet, babi hutan, ular, musang burung dan sebagainya

Pihak Berkuasa Tempatan / Pejabat Daerah
Anjing, kucing, lembu, kerbau (haiwan ternakan) berkeliaran dan terbiar sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk seperti dikejar, menyalak dan bau najis

Jabatan Perkhidmatan Veterinar / Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
Anjing berpenyakit atau haiwan berpenyakit (kurap) atau cedera




Sumber : Laman web Veterinar Perak

10 comments

  1. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya, kalau kawasan rumah terganggu dengan bau busuk dari haiwan peliharaan boleh buat aduan gak ke

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    saga nak tanya kalau nak melaporkan kuda terbiar macam mana? di kawasan kejiranan saya ada seekor kuda padi yang ditinggalkan di kawasan tali air yang tiada sebarang pokok atau teduhan untuk berteduh. tuan punya kuda tu hanya akan mengambil kudanya pada waktu malam sekitar jam 9 atau 10 malam. kadang-kadang saya pun tak pasti samada kuda tu ditinggalkan semalaman dekat situ. sebabnya sehingga lewat malam saya masih dengar suara kuda tu dan pagi esok selepas subuh kuda tu dah ada di tempat yang sama. mohon bantuan. sedih tengok makluk Allah yang tak berdosa dibiar sepi disitu atas kezaliman manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk ini, bidang kuasa penguatkuasa jabatan veterinar, boleh terlefon HQ jabatan negeri dan minta sambung ke bahagian penguatkuasa

      Delete
  3. Assalam..kalau nak buat aduan pasal bau najis kena pergi majlis daerah direct..@ boleh emailkan Surat aduan je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. email boleh tapi sertakan bukti2 seperti video kotor atau gambar.. bau x leh plk nak send kan.. hiihih

      Delete
  4. My pet dog suddenly bite me... my quiet worry because my dog do same thing with my kids....I have to do

    ReplyDelete
  5. Nak buat aduan bau najis dengan bau luka haiwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kepada tmpt.. jika kawasandi bawah kuasa PBT, kena rujuk majlis perbandaran

      Delete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.