Kenapa Aku Mula Make-Up Kembali?


Kenapa Aku Mula Make-Up Kembali? | Entri kali ini, cik en nak kongsi kenapa semenjak dua menjak ini, timeline facebook dan instgram korang dihiasi muka muka cik en yang mungkin berbeza dari biasa. Eh, nampak cik en dah mula bermekap, pandai pakai tudung belit belit, pakaian nampak lain dan bla bla bla... Meh sikit cik en nak cerita kenapa dan siapa cik en sebelum cik en berada dalam dunia blogger ini.

Cik en seorang free hair semenjak habis sekolah lagi. Belajar di Kolej Unikop di Batu Caves pun cik en jenis free hair, berseluar jeans dan t-shirt. Selepas beberapa semester, cik en berhenti untuk Diploma Sains kerana faktor kewangan. Selepas itu, cik en sambung belajar di Politeknik Ungku Omar dalam Diploma Kewangan dan Perbankan and I still free hair walaupun pergi kelas pakai tudung. Bermula semester ke 5, cik en dah mula bergaul dengan orang orang luar darpada politeknik. Dan masa ini, cik en berjumpa ex-boyfriend cik en. 

Disebabkan dia jenis up to date dengan fashion dan suka wanita yang bermake-up dan bergaya bagai. cik en belajar semua itu. Daripada pakaian sampai warna lipstick pun dia akan suggestkan. Seperti konsultan. Masa itu, banyak koleksi anting anting, gelang, kasut, pakaian malah barang make-up sendiri. So masa itu setiap hari cik en make up cuma tak ada nak selfie bagai (handphone pun tak ada internet) dan juga kalau ada pun banyak yang cik en dah "tereban" jauh jauh. 

Selepas putus, cik en mula berhijab dan perlahan lahan cik en buang kebiasaan cik en untuk bergaya. Cik en lebih selesa dengan tudung ala makcik makcik, seluar besar macam lelaki dan berbaju T-Shirt biasa. Hampir 4 atau 5 tahun juga cik en back to normal life dan nampak la juga, bila kita tak bergaya, tak cantik ramai tak memandang kita walaupun sebelah mata. Tapi masa itu, cik en tak kisah, sebabnya priority cik en pada pekerjaan dan keluarga. Sampailah adik cik en sendiri tegur, "Along, pakai la baju ngam ngam badan, pakai baju besar besar nampak gemuk" . Eleh dia dulu pun camtu juga dlu. Tapi bila fikir fikir balik, why not you reward diri you dengan something untuk orang pandang you. Bukan pandangan nafsu tapi untuk orang confident dengan you. Lagi lagi keadaan cik en yang tidak "berapa sihat" seperti cik en ceritakan di SINI, cik en rasa, dah sampai masa cik en perlu bangun dengan semangat baru, nampak freshy, dan untuk happy kan diri sendiri 

So cik en nampak, dengan mencontengkan muka, membelitkan tudung dan sebagainya ini buat cik en happy so cik en buat lah. Selagi cik en tak kacau orang, tak terlalu over dan bergaya mengikut syariat rasanya tak salah cik en balik pada diri cik en sebelum ini. Jika sebelum ini, cik en habiskan masa 5 minit untuk tempek bedak bedak tapi sekarang perlu 15 minit ke 20 minit untuk bersiap. Masih okey lagi kan jangka masa bersiap itu? hahahha

So harap dengan entri ini, cik en harap semua boleh menerima keadaan baru cik en ini. Bukan untuk bersaing dengan sesiapa tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri. Dan kekasih hati cik en pun suka dengan apa cik en buat, cik en rasa happy sangat. Dia terima cik en dari look georgeous kemudian makcik makcik dan sekarang freshy. Cuma satu pesan dia, jangan terlalu expose kepada yang negative dah la.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

14 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Akak pun jarang makeup bagai...hihi..cukup bedak je..

    ReplyDelete
  2. cik timm love the way u are cik en, selekeh xpe, cantik pun xpe..hihik..
    asalkn prubahan yg positif kan..

    ReplyDelete
  3. Kita pun nak mekap gak, tapi tak reti. Tau tepek bedak sikit lepastu eyeliner sikit and gincu. Muka kita jenis pale Maigadd! ahhaa. So, gincu tu kira item wajib lah. tu pun rasa macam dah over. hihiiihi

    ReplyDelete
  4. cantik cik En, berhiaslah cik EN untuk kepuasan diri sendiri... be positif :)

    ReplyDelete
  5. happy life. :) . saja datang blogwalking and klik iklan. hihi.

    ReplyDelete
  6. ke arah kebaikan xpe kaan...bukan kacau org lain pun..lgpun cik en make up simple n memg nmpk fresh je dr biasa...

    ReplyDelete
  7. support cik en,setiap org tu boleh berubah tak salah klu kita nak cantik utk diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  8. kepuasan diri tu penting asalkan buat bnda baik kan.

    ReplyDelete
  9. Betol tu cik en,, reward untuk diri sendiri, hidup ini asa ups and downs kan, at least kita rasa bahagia apa yg kita buat :)

    ReplyDelete
  10. Still okay, janji tak berjam jam hehe

    ReplyDelete
  11. Sis pun jenis yang suka kelihatan menarik wpun sis tak tahu bersolek . cuma yg ringkas je. Tàpi sis mmg suka berfesyen yg sesuai USIA. Bagi sis tak salah klu utk kepuasan diri.

    ReplyDelete
  12. Sy biasa je.. Tak make up sangat tapi tah kenapa sy ambik masa 20 - 30 minit utk bersiap haha

    ReplyDelete
  13. Kalau pergi politenik puo wajib pakai tudung ke? Im curious :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post