Blogger Ini Pencinta Kucing | Pencinta Kucing adalah seseorang yang meminati, menyayangi dan mencintai kucing TANPA mengira rupa, keadaan, jantina dan baka seseekor kucing. Ramai mengaku pencinta kucing tapi mereka tidak layak mendapat gelaran itu JIKA membeza bezakan satu kucing dengan kucing yang lain. Sayangkan kucing berbaka "muka kemek" dari "muka lonjong". Minatkan kucing berbulu panjang dari berbulu pendek, dan Cintakan kucing yang tiada berpenyakit dari kucing yang kurap dan berkudis. Korang TIDAK LAYAK dipanggil pencinta kucing.
Entri ini sudah lama dalam draf entri cik en, tapi masih belum ada idea untuk mengarang. Dan Blogger ini pun sudah lama cik en mengikuti perkembangan anak anak bulusnya dan cik en sendiri sentiasa ada jika beliau memerlukan khidmat nasihat mengenai anak anak bulus yang bermasalah. Blogger ini adalah junior cik en semasa di belajar dulu. Kami berjumpa semula bila dia seorang blogger dan cik en mula aktif dengan blogger. Beliau tidaklah sekaya mana, rumah beliau hanyalah teres dan cik en sendiri pernah ke rumahnya beberapa kali. Tapi sifat mulia yang ada di hatinya cik en dapat cakapkan, dia mempunyai lebih dari 10 ekor kucing di rumah keluarganya pada masa itu, Setiap kali terjumpa kucing terbuang, beliau tanpa segan silu, membantu dengan mencari Adopt yang baru di media media sosial. Beliau yang hanyalah pekerja biasa selalu menjalankan Jualan Amal untuk dana kucing kucing beliau. Dan setahu cik en beliau telah mengkasikan atau memandulkan banyak juga kucing beliau untuk menjaga kebajikan kucing itu.
Tapi seperti mana cik en cakapkan tadi, tidak ramai yang mempunyai hati mulia seperti blogger ini. Pengiklanan mengenai adopt untuk kucing yang berkurap dan terbiar selalu tidak mendapat perhatian dan akhirnya beliau sendiri yang terus menjaga kucing tersebut. Pelbagai usaha seperti Jualan Amal, blogger tersebut membuat juga perniagaan atas talian dalam menampung kos kos tersebut. Cik en sendiri seorang vet pun tidak mampu untuk membuat apa yang blogger ini buat. Disini cik en bukan nak membuat program "Bersamamu" tapi cik en kagum dengan sikap dia. Semoga Allah membalas jasa beliau. Siapa Blogger itu? Klik je kat Blogger Ini Pencinta Kucing dan FB Blogger Ini Pencinta Kucing
Jadi, cik en cuma nak berpesan, jika kita tidak mampu untuk membeli, sudi sudikanlah share Jualan Amal blogger ini manatau mungkin ada kawan FB kita dapat membantu beliau.
semoga rakan sahabat, rakan blogger cik en iaitu nurul dipermurahkan rezeki sentiasa ya cik en. for sure, PG akan uar-uarkan dekat blog PG nanti. semoga dapat membantu nurul untuk mendapatkan dana. inshaAllah.
ReplyDeleteAllahu..betul cik en cakap pencinta kucing dengan penggemar kucing berbeza..gemar atau suka ikut citarasa tapi pencinta..tidak ada pilih status dan beza kasta..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteada jugak orang yg berhati mulia seperti awak :)
I love cats... Kat rumah saya ada 5 ekor dan saya gelarkan mereka askar wataniah.. =D
ReplyDeleteaah memang ada kak muka buku blogger ini pencinta kucing,saya pun pencinta kucing jugak :-)
ReplyDeletewahhh
ReplyDeletenampak manja je tu...
Bonde ada 2 ekor...
ReplyDeletex larat nak bela lebih sebab berkerja...
Sejak terjadi sesuatu antara kyan dan kucing..kak yan terus tak leh dekat kucing...huhu
ReplyDeletecik EN, ramai rakan blogger yang kak ana kenal, memang pencinta kucing, Alhamdulillah .
ReplyDeleteOkay! nak pi terjah blogger ini pencinta kucing
ReplyDeletecutenyeee... penyayang sis ni.. :)
ReplyDeleteooo patutlah banyak cerita pasal kucing....veterinar assistant
ReplyDeletetrima kasih kak..
ReplyDeletetak taulah. hati ni sayu tgk nsb kucing trbuang.. org dlu pun ngek pasal mandul semua tp bila dah lalui dan kenang. mmg byk kebaikan,
moga dipermudahkan urusan
tq kak selalu ada saat org perlukan khidmat nasihat..
adorable creature...love meowwww...
ReplyDeletesalam,sudi sudilah masuk blog online sy...
ReplyDelete