ISU:
Saudara saya ada menuntut ilmu makrifat ini. Dia menyatakan fatwa ini telah diperjelaskan dan tidak sesat setelah Tuan Haji Shaari memperjelaskan perkara ini kepada Jakim setelah dipanggil oleh pihak Jakim. Minta bantuan perjelaskan kerana dia sedang menyebarkan hal ini kepada keluarga kami...
PENJELASAN:
Ajaran Makrifat yang dibawa oleh Shaari Mohd Yusof, anak kepada Yusof Che Wook yang berasal dari Tanah Merah Kelantan antaranya melalui buku Ilmu Makrifat dan juga Khasyaf al-Haq Mengenal Allah, mempunyai beberapa keraguan.
Walaupun asal ajarannya mungkin berasal dari ajaran ulama-ulama berwibawa seperti Tok Kenali, namun cara penjelasannya mengelirukan. En Shaari sendiri pernah dipanggil oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan dalam dialog yang dijalankan didapati beliau sendiri tidak mempunyai latarbelakang agama dan tidak mempunyai penguasaan al-Qur'an dan Bahasa Arab.
Dalam kajian yang dibuat oleh Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam, JAKIM, antara kekeliruan yang dapati dalam huraian pengajarannya melalui buku-buku tersebut ialah:
1. Penyebaran Faham Pluralisme Agama
2. Kejadian manusia dari zat Allah
3. Mentafsir al-Qur'an dan hadi mengikut logik akal
4. Huraian faham wahdatul Wujud dan Nur Muhammad dengan cara yang mengelirukan
5. Menafikan sifat Allah
6. Penggunaan hadis-hadis yang tidak jelas asalnya
Oleh yang demikian buku tersebut seharusnya dielakkan membacanya.
Wallahu A'lam
COPY PASTE SEPENUHNYA
Tags:
informasi
Hmm, best bila Ustadh Nouman Ali Khan kata the only book yang muslims patut betul2 kenal is al-Quran.
ReplyDeleteSebab tu yang Allah ajar. Tak complicated pun Islam ni.
perkongsian yang bagus , salam ukhwah dari kak ana :)
ReplyDelete