Tips - Dinding dan Lantai dipenuhi Kutu Anjing?


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entry kali ini adalah info veterinar untuk bacaan umum tidak mengira bangsa kerana ianya satu keyword mengenai anjing
Ini merupakan pengalaman Cik EN dalam mengendalikan kes kes di klinik Cik EN
Kisah lebih kurang begini :-


kutu



Soalan 
Doc! macamana ya saya mau buat, saya punya jiran ada bela itu anjing. tarak jaga. banyak sangat itu kutu babi sampaikan sudah naik dekat dinding rumah saya. Kain banyak kena. sampai kami satu keluarga gatal gatal badan. 
(abaikan penggunaan nama doc. ini kerana semua yang datang akan memanggil nama itu walaupun cik en hanyalah vet asst)

Kes ini banyak berlaku kepada kebanyakan chinese yang mempunyai jiran yang membela anjing tapi tidak dijaga kebersihan dan kebajikannya.
Ini adalah nasihat seorang vet untuk pelanggan yang mempunyai masalah ini


  1. Datang ke mana mana pejabat veterinar dan beli ubat disinfectant seperti lindores, tactic dll. Basuh lantai, dinding dan anjing sendiri (jika ada) seminggu 3 kali
  2. Pergi berjumpa jiran dan cadangkan ubat kutu (syampu) anjing (boleh dapat di pejabat veterinar) untuk anjingnya.
  3. Kenapa Cik EN  tak cadangkan syampu yang di jual di Pet shop, ini disebabkan banyak produk di Pet Shop bukan "pure". Tapi kalau Pet Shop menyatakan ia "pure" boleh digunakan. 
  4. Jika tidak, boleh cadangkan kepada jiran pergi kemana mana klinik veterinar kerajaan atau swasta untuk mendapatkan rawatan iaitu injection untuk parasit. Boleh rujuk klinik kerajaan veterinar dan swasta di perak jika anda di sekitar negeri perak
  5. Jika susah untuk mendapatkan bekalan syampu pure boleh gunakan clorox dalam mencuci lantai dan dinding.
  6. Jika tiada perubahan, panjangkan adukan kepada yang berwajib seperti Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya atau pihak veterinar( rujuk kepada undang undang kajian tempatan di sesebuah daerah). Contoh di Manjung Perak, untuk kes melibatkan kawasan MPM, aduan boleh terus ke bahagian aduan MPM. 
ini merupakan cadangan yang dapat cik en berikan kepada yang mempunyai  anjing atau mempunyai jiran yang membela anjing

ini ada cara tradisional untuk merawat kutu bagi kucing atau anjing

Veterinar - Rawatan Tradisonal Bagi Ternakan (KUTU)


p/s : segala pertanyaan bolehlah diajukan melalui pm di page blog cik en

Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post