Anjing itu Merajuk la


salam semua!
selesai jer cik en update kesemua entry untuk pencarian cik en
sengaja cik en x update apa apa untuk bagi link korang ada di blog depan cik en..
waluapun boleh buat sticky post cik en rasa better macamni
ini cik en nak mulakan kisah mengenai kisah 2 ekor anjing yang cik en dan perhatikan selama 1 minggu




so cik en akan cerita dari awal bagi semua orang faham cerita cik en
Famili cik en memang dari dulu membela anjing dan sekarang anjing cik en silih berganti. 
mati dan berganti dengan anak
pada hari ini cik en mempunyai 3 ekor anjing. cik en akan memperkenalkan semua anjing tu. Citam merupakan anjing betina dan bewarna hitam dewasa. Jonny anjing jantan remaja bewarna oren dan UIT UIT merupakan anak anjing jantan bewarna hitam kelabu.
pada satu hari tiba tiba ada 3 ekor anjing lagi datang ke rumah cik en dan berkawan dengan anjing anjing cik en ini. seekor jantan bewarna oren, seekor hitam bulu panjang betina dan anak anjing bewarna hitam
so ngam la mereka berenam.. masing masing ada geng..
hampir 2 minggu mereka together2 semua..
untuk pengetahuan semua. famili cik en membela anjing untuk menjaga kebun belakang rumah dan untuk jaga rumah..

Babi pun banyak dan ada banyak ayam itik dan angsa.. so mereka la yang menjaga..
Untuk dijadikan cerita, seminggu lepas cik en tengok anjing jantan dan betina yang datang umah cik en dah hilang.. tinggal anak anjing yang kecil yang masih bermain dengan UIT UIT
mula mula cik en pelik.. dah lari ke mana 2 ekor lagi ini..
dan untuk pengetahuan semua cik en perlu berulang alik kerja agak jauh... lebih kurang 90 km hari hari dan akan melalui kampung, kebun dan ladang kelapa sawit. 
sehari selepas cik en perasan 2 ekor itu tak ada, awal pagi cik en g kerja cik en jumpa si betina ada ditepi jalan lebih kurang 20 km dari rumah cik en ke tempat keje cik en
bila balik petang cik en tengok si jantan tepi jalan berjalan lebih kurang 5 km dari rumah cik en ke tempat keje cik en.
2 hari lepas tu, belah pagi cik en jumpa anjing betina berjalan sehingga 25km dari rumah cik en ke tempat keje cik en
belah petang anjing jantan dalam jawak 15 km dari rumah cik en ke tempat keje cik en.
aik.. cik en mula pelik.. asal dorang lari sama lari ni
cik en pun buat la x kisah. 
keesokkannya belah pagi cik en tengok anjing betina dah mula patah balik ke jalan rumah cik en
belah petang si jantan merayau tepi jalan dalam lingkungan 20 km..
wo.. pe kes 2  ekor anjing ni  kan?
dan untuk pengetahuan semua..
pagi tadi cik en tengok kedua dua pasangan ini seiringan berjalan balik mengikut jalan balik umah cik en.
so bila bawa kereta tadi.. cik en dapatkan simpulkan satu cerita..
si betina cemburu bila si jantan rapat dengan citam.
si betina merajuk dan lari jauh2
si jantan yang sayangkan si betina g la mencari si betina
mencari mencari tapi tak jumpa.
mungkin si betina ubah fikiran kerna dah lari terlalu jauh patah balik..
dan pasangan ini berjumpa dan balik sama sama ke rumah cik en..
dan cik en harap petang ini kedua dua anjing tu dah ada di sekitar rumah cik en...


p/s : cik en rasa ini la cerita cik en leh rumuskan..
korang pulak camne? rasa rasa cmtu ke ceritanya?
pemenang entry terbaik antara yang terbaik cik en akan umumkan nanti yek?
Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

12 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anjing pon pandai merajuk? hehe~

    ReplyDelete
  2. THANKS SUDI JOIN SEGMEN EMMA ^_^ DAH UPDATE DLM BLOGLIST.

    ReplyDelete
  3. hopefully mcm tue la kan

    ReplyDelete
  4. Mungkinkah anjing2 tu nak ikut cik en ke tempat kerja. Anjing terkenal dengan sifat suka mengikut tuan dia. Lol. Tapi kes cemburu pun mungkin juga.

    ReplyDelete
  5. oooo...utk jaga kebun...ingatkan kenapalah bela anjing pulak kan...hehe...

    ReplyDelete
  6. wah ada anjing..bru sy tau..hih.comel!

    ReplyDelete
  7. hihii sy rs sama cam cik en rs gak kot story anjing tu 2 ekor.. :-)

    ReplyDelete
  8. anjing2 cik ein tu ikut ckp tuan tak..?

    ReplyDelete
  9. selalu jumpa anjing yg merayap jauh2...

    p/s : si betina tak nak si jantan cari lain, tu yg dia balik semula... hehehehe

    ReplyDelete
  10. owh...nasib baik diterangkan tujuan bela anjing tu

    ReplyDelete
  11. wahh..lagi ramai geng diorang kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post