Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En

Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En | Lama juga cik en peram review ini sebab kekangan cik en untuk selesaikan task yang lebih urgent. Yang mana mengikuti cik en di media sosial facebook, mungkin perasan yang cik en pernah mencuba cat litter jenis tofu. Ini disebabkan pengaruh rakan PR cik en Criz Lai semasa bercuti di Ipoh bulan lepas. Seminggu selepas itu, cik en order melalui platform Shoppe Premium Super Clumping Natural Cat Litter Tofu 6L dengan harga RM13.00. Cik en memilih flavour Lavender. So cik en nak bagi Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En



Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En


Seperti pertukaran makanan, cik en akan menggunakan tofu secara berperingkat. Cik en masih letak cat litter jenis pasir juga dan tofu. Kiranya ada 2 bekas untuk ajar kucing cik en menggunakan tofu. Hari pertama, tiada siapa yang gunakan. Masuk hari kedua, barulah ada yang menggunakan. Cuma cik en tak pasti siapa yang gunakan memandangkan cik en memiliki 3 ekor kucing. Tapi selepas kematian Adik, tofu seperti tidak diusik jadi tofu yang ada digunakan oleh Adik dn sesekali cik en perasan Oboi pun ada gunakan. 

Berbalik kepada Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En, penggunaan Tofu 


  • Jimat dan murah - Cik en boleh kata jimat, 6L hnaya RM13.00 dan apabila poo dan pee (termasuk yang cirit sebabnya adik cirit sebelum kematian) tofu clump poo pee ini dan berketul. Jadi korang hanya buangkan satu ketul itu sahaja. Memang betul betul berketul macam yang cik en tengok di youtube. 

  • Mesra Alam - Seperti yang sedia maklum, tofu boleh buang denagn flush toilet dan memang betul boleh. BAU awalnya ada tapi kalau beberapa jam selepas itu, bau memang kurang dan hanya bau lavender yang ada

  • Tidak berbahaya - Anyway, saiz tofu agak besar daripada pasir, jadi kucing agak selesa duduk di atas tofu semasa pee dan poo. Anyway ada kes salahs eekor kucing cik en makan tofu tapi tak pasti siapa. Ini sebabnya ada kesan muntah bewarna purple. So far hanya muntah dan tak ada kes kucing sakit kecuali adik yang mati disebabkan digigit anjing. 

  • Keburukan pula korang kena letak banyak tofu dalam bekas poo pee kucing sebabnya kalau sedikit, memang akan bocor terus ke dasar bekas so itu yang macam melekit. 

  • Selain itu, tofu senang melerai, mungkin kerana kualiti atau murah. Tapi apabila kerap scop, ada tofu yang hancur menjadi debu debu


Anyway itu sahaja Review Jujur Penggunaan Tofu Untuk Kucing Cik En. Mungkin korang pun ada pendapat korang, so rajinlah drop komen review penggunaan korang pulak.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post