La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai | Makan dalam sungai? Atau makan atas sungai? Kalau dalam sungai, blup blup la kan? Hahahhahaha. Mesti korang pernah melihat di media sosial konsep makan dalam sungai menjadi trend terbaru di Malaysia. Dikatakan mengambil idea di Thailand. Di Malaysia ada hampir lebih 20 lokasi makan dalam sungai. Antara yang popular adalah BBQ Lamb KL Kemenseh, Castella Cafe Grik, Rimba Cafe Baling dan yang terbaru tular di media seluruh Perak La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak. Kesempatan cik en ke Ipoh minggu lepas, cik en dan bersama rakan rakan cik en, Criz Lai, Tan See Wah, Lia Hasty dan Nazrul mencuba La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai




La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai


Cafe ini terletak di Kampung Sahom Kampar dan diusahakan oleh Chef Akob dan Chef Adila. Sesiapa yang melalui jalan lebuhraya PLUS boleh turun di Tol Gopeng. Dari Tol Gopeng ke La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak ini ambil masa dalam 17 minit dan berhampiran dengan Sahom Rocky Garden, Sahom Valley Resort dan Embun Resort Lake Sahom. Kalau korang sampai, korang boleh parking dibahagian bawah berhampiran cafe. Jika penuh, terpaksa parking di tepi jalan atau diatas jambatan. Jadi parking agak terhad jika waktu kemuncak. 


Kami sampai masa itu ada lebih kurang 7 atau 8 keluarga sedang menjamu selera dan ada yang sedang bermandi manda. Jadi pastikan korang buat tempahan awal. Kebetulan, La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak baru saja di tularkan di media seluruh Perak. Mungkin kerana ini, masa kami sampai, ramai orang sedang menikmati menu makan tengah hari. 


Kami parking kereta di tepi jalan dan berjalan kaki turun kebawah dan dalam masa yang sama di kiri kanan terletak bunting pakej menu yang tergantung di pokok kelapa sawit. Jadi sambil berjalan, sambil la tengok menu yang ada. Anyway, makan di La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak diajak oleh Criz Lai yang telah menempah set udang galah.


Meja kami sudah tersedia dan hanya menunggu makanan siap sahaja. Sementara itu, cik en dan Lia Hasty dengan photographer kami Nazrul ahahahha buat sesi bergambar gambar. Selesai bergambar cik en pun tukarlah baju dan terus la masuk sungai.. Huuuiii sejuk aihhhh. Macam sungai di kampung cik en je. Dah lama tak mandi sungai ni. Menahan sabar melihat adik adik mandi ini sebabnya cik en akan berendam selepas makan.


Masa yang ditunggu tunggu telah tiba. Makanan satu persatu dihidangkan. Nampak sedap kan? Sabar jap na, sebelum cik en komen sedap kah? berbaloi kah? Kita close up setiap makanan ini. 


Sebagai seorang yang mempunyai tekak Melayu, cik en suka dengan Gulai Kawah dia. Daging dia lembut dan rasa umbut pisang. Yang letak umbut pisang ini selalunya sebelah Utara punya style. Kari dia kari melayu phew. Hahhaha


Udang Galah dia ok, cuma sedikit kecik dan Chef Akob maklumkan, musim udang galah yang diterima kecil sedikit. Agak kecewa tapi menunya sedap. Cik en suka sambal udang galah dia. 


Nasi Teratai dia tak ada rasa yang lain, masih sama. Cuma di balut dengan daun Teratai. Disebabkan cik en tak suka nasi yang sedikit lembik pun, jadi nasi itu cik en just ambil sikit je. Tapi masih nice, korang jangan pulak fikir lembik macam bubur itu. Bab nasi cik en memang memilih sikit.


Ayam Bakar dia sedapppp. Lembut dan rencah dia memang cik en suka. Cik en memang cadang korang ambil ayam bakar dia asing kalau tak ada dalam pakej. Tak liat macam ayam bakar lain. Serius memang sedap


Kerabu Taugeh kot nama dia sebab dalam menu hanya kerabu. Yang ini menu kegemaran cik en. Pergi la kemana pun, kalau ada menu kerabu, cik en akan ambil itu dulu. Dan masa makan ini, memang kerabu yang cik en ambil dulu. Cik en rasa cik en makan lebih untuk kerabu itu. Sedap dan menyelerakan cik en.


Ada 2 jenis ikan masin yang cik en nampak iaitu ikan masin talang dan ikan masin bulu ayam. Ikan masin talang sikit sangat dibagiiii. Dan ikan masin bulu ayam tak berapa rangup. Tapi ok la. Boleh la makan. Sepatutnya ada ikan rebus kan dalam menu tapi ditukar kek telur masin.. Yummy sangat. Kegemaran betul telur masin ini


Sambal yang ada, sambal tempoyak, sambal belacan dan air asam bersama ulam ulaman. Sambal tempoyak dia padu tapi lagi 2 tu, cik en tak rasa, so tak boleh nak komen. Hahahahha


Dessert dia bubur caca dan buah buahan. Bubur caca dia tak terlalu manis dan tawar. Kira sesuai la untuk semua lapisan umur. Cuma buah dia mungkin dipotong lebih awal, jadi tak nampak kesegaran. Tapi semua itu cik en tak kisah sebab tembikai yang dihidangkan masih ok dan tak ada la rasa masam walaupun nampak tak seperti baru dipotong. 


Komen untuk lokasi pula, sangat sesuai, tak jauh dari lebuhraya dan senang jumpa. Batu yang ada besar besar jadi macam sakit sikit kaki. Tapi perlu ada, sebabnya kalau pasir saja yang ada, rasanya kerusi meja makin lama makin tenggelam. Menurut owner La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak , beliau sendiri menyapu batu sungai itu. Bukan macam kedai lain, cafe yang menggunakan konsep makan dalam sungai, kena lebih alert dengan persekitaran seperti keadaan air, keadaan cuaca dan lain lain lagi. Jarak antara La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak dengan air terjun lebih kurang 30km. jadi risiko untuk dibawa arus sangat rendah dan setiap kali pelanggan datang, Chef Akob atau staf yang lain akan menunjukkan dimana mereka melihat keadaan cuaca di gunung dan tanda tanda jika air akan naik. Kalau tak ada siapa beritahu, tanya saja, mereka kaan tunjukkan.


Kesimpulan yang cik en boleh bagi, dari segi makanan tip top, cuma ada gangguan lalat mungkin kerana ada durian. Ataupun memang musim lalat. Cik en tak kisah sebabnya di Manjung ini, dah selalu dapat aduan lalat. Hihihi. Apa apa pun ada tudung saji disediakan. Jadi lepas mandi boleh makan balik. Hahahhaha

Jika korang nak ke La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak ini, korang boleh ke 

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak 
Jalan menduk Sahom,kg sahom, Kampar, perak
No Telefon :013-4966014

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.