Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)

Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA) | Biasa dengar Hyaluronic Acid atau HA? Mesti korang biasa dengar jika korang pencinta kecantikan atau beauty lover. Ianya merupakan kandungan yang membantu melembabkan dan anti penuaan pada kulit wajah. Itu juga la fungsi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini tapi Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini menggunakan 8 jenis HA dan ekstrak bahan aktif semulajadi bagi membantu kulit menyerap air dan menjadikan kulit lembab untuk jangka masa yang lama sehingga 72 jam dengan satu mask sahaja | Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)



Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Dengan 8 Jenis Hyaluronic Acid (HA)


Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask merupakan mask yang perama menggunakan 8 jenis HA untuk membantu melindungi kerosakan pada kulit wajah. Menggunakan kaedah penghidratan yang menghilangkan kotoran pada kulit dan memudahkan pertukaran oksigen pada lapisan kulit. Ianya juga membantu menjadikan kulit kusam menjadi berseri seri. Oksigen yang cukup sebenarnya menjadikan kulit kita sihat dan masa ini, kulit kita akan halus dan mulus 

Simpton Kulit Kekeringan


Dari tadi cik en cerita pasal kulit kering kan? Mesti korang nak tahu, apakah simpton yang menandakan kulit korang kulit kering. Simpton tersebut adalah

  • Kegatalan
  • Kulit Kusam
  • Mata Terbenam (Sunken Eyes)
  • Lingkaran gelap bawah mata
  • Garis garis halus dan kedutan

Bagaimana Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask Membantu?


Dengan satu sheet sahaja, dengan HA, ianya menjadikan 2 lapisan yang mengandungi HA dan Miracle HA (Nano). HA akan duduk dilapisan atas dan nano terletak di bahagian bawah kulit dan ianya mengekalkan kelembapan. Selain itu Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask membantu

  • Hidritasi
  • Melembabkan
  • Mencerahkan
  • Memperbaiki/Melindungi kulit
  • Soothing
  • Refining
  • Purifying
  • Re-energizing


Apa itu 8 Jenis Hyaluronic Acid(HA)


Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask menggunakan 8 jenis HA yang mana setiapnya memberi tindakan dan eksan yang berbeza. 8 jenis tersebut adalah

  1. Hyaluronic Acid
  2. Hydrolyzed Hyaluronic Acid - membantu meningkatkan kelembapan dari dalam dan mengekalkan pada wajah
  3. Potassium Hyaluronate - Membawa air dari dalam ke bahagian luar dan memberi kelembapan pada kulit
  4. Sodium Acetylated Hyaluronate - Menarik lembapan dan udara dan mengunci pada lapisan paling luar kulit 
  5. Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate - Menyimpan air dala kulit dan membentuk lapisan moisture film
  6. Sodium Hyaluronate - Menyimpan air dala kulit dan membentuk lapisan moisturizing film
  7. Sodium Hyaluronate Crosspolymer - Menyimpan air dalam kulit dan membentuk lapisan moisturing curtains
  8. Hydrolyzed Sodium Hyaluronate - Memberi kelembapan jauh kedalam kerana molekulnya yang kecil

Bahan Semulajadi Yang Lain


Selain daripada 8 jenis HA, terdapat beberapa ekstrak aktif semulajadi yang menjadikan Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask lebih baik iaitu

  • Saccharide Isomerate
  • Hydrogenated Lecithin
  • Chondrus Crispus Extract
  • Arginine

Pendapat Cik En Terhadap Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask 



Jika sebelum ini, cik en kongsi dengan korang mengenai IMBZ AQUAGENIUS COLDMED MASK DARI AIR MATA? kali ini cik en kongsi dengan korang untuk Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask.




Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini dibuat untuk kulit orang Malaysia memandangkan ianya made from Malaysia. Mask dia besar dan menutup keseluruhan muka cik en. Kerap sangat beli mask tapi kecil je. Tapi yang ini puas memakai. Serum dia pula tidak terlalu pekat dan cair. Tapi bila kita sentuh serumnya memang terasa likat dan lembab. Cik en dah pakai 2 sheet dan memang kulit cik en rasa lembab tapi tidak berminyak untuk sehari dua. Jadi bila pakai solekan, foundation senang blend atas muka. Korang kena cuba sendiri. Jenis mask digunakan memang berkualiti. Cik en boleh cakap satu perkataan "Best Pakai Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask ini"



Kalau korang berminat bolehlah

Harga : RM168
Bilangan mask dalam satu kotak : 10 keping
Laman web : http://imbz.vip/

No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.