The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan

The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan | Cik en seorang yang suka bercuti. Ada trip bercuti cik en yang memenatkan seperti explore satu satu kawasan. Kepuasan itu ada sebab cik en boleh melihat tempat orang tapi dalam masa yang sama, cik en perlukan percutian yang mendamai, releks dan tenang. That why, cik en mencari cari tempat percutian yang tidak terlalu jauh dan sangat releks selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid19. Cik en survey dan cik en ada satu tempat yang tidak terlalu jauh dan persekitarannya sangat mendamaikan. Tempat tersebut adalah The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak. Dengan konsep semulajadi atau nature menjadikan pecutian korang tenang bersama keluarga tersayang. | The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan



The Haven All Suite Resort, Ipoh Tempat Percutian Yang Mendamaikan


Selalunya percutian korang agak rushing nak berjalan jalan, cari kedai makan, risau keselamatan anak anak, bising, serabut, udara yang tidak sihat dan banyak lagi. Jadi semua itu akan buat korang tidak dapat merasakan percutian yang sebenar. Sedangkan percutian adalah masa untuk kita rehatkan fizikal dan mental. The Haven All Suite Resort, Ipoh adalah tempat yang paling tepat untuk percutian yang tenang, selamat dan selesa di setiap tempat. Disebabkan itulah dipanggil The Haven yang membawa maksud syurga.


The Haven All Suite Resort, Ipoh ini kalau korang melalui Lebuhraya PLUS Utara Selatan, korang perlu keluar  tol Ipoh dan susur Tambun. Macam cik en dari Sitiawan, hanya melalui lebuhraya WCE dan turun lebuhraya Ipoh Lumut untuk sampai ke Ipoh. The Haven All Suite Resort, Ipoh terletak selepas Lost World Tambun dan Banjaran Hotspring. Sebelum masuk ke kawasan The Haven All Suite Resort, Ipoh, korang kena melalui security guard. Yang bestnya, security guard akan ceritakan secara asas apabila masuk ke dalam The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Memang laju dan rasanya setiap orang yang masuk, dia akan bercerita secara ringkas, padat dan laju. Mesti uncle itu kerja lama disitu. Terhibur rasanya. ahhahaha


Selesai semuanya di guard, cik en pun masuk ke dalam dan kiri kanan dipenuhi pokok pokok yang merimbun, rasa sejuk je. The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 buah apartment yang diberi nama Acacia, Banyan dan Cycas. Bahagian reception terletak di Banyan yang merupakan apartment tengah. Nak cari parking memang senang, ada outdoor dan parking bertingkat. So jangan risau juga, setiap parking ini berhampiran dengan pintu masuk bangunan. Selesai pendaftaran dan pemeriksaan suhu yang merupakan SOP Covid19, cik en terus ke bilik untuk berehat. 


Cik en dapat Apartment Banyan, tingkat 13. Jangan risau, semuanya menghadap permandangan indah. Sama rata setiap bilik dan yang berbeza ketinggian dan kedudukan. Sebagai langkah keselamatan, access card digunakan didalam lif untuk ketingkat yang kita duduk. Sampai sahaja apartment cik en, cik en buka dan rasa teruja betul. Cantik, kemas dan semestinya ada balkoni. 

Cik en memilih 3 Bedroom Lakeview Executive Suite yang boleh memuatkan 8 orang. Apa yang ada untuk 3 Bedroom Lakeview Executive Suite?



  • Bilik Utama


    1. 2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)
    2. TV
    3. Bilik air dengan shower
    4. Hot Water
    5. Bathtub
    6. Hairdryer In Room
    7. Iron
    8. Iron Board
    9. Safety Deposit
    10. Tingkap dan view
    11. Almari dengan cermin besar
    12. 2 baju tidur
    13. Meja dan kerusi
    14. Penghawa dingin




  • Bilik Ke 2


    1. 2 katil single (boleh juga request, king atau queen bed)
    2. Bilik air dengan shower
    3. Hot Water
    4. Safety Deposit
    5. Tingkap dengan view
    6. Almari dengan cermin besar
    7. 2 baju tidur
    8. Telefon
    9. Penghawa dingin




  • Bilik ke3


    1. 1 katil single
    2. Ada tingkap tapi tiada view
    3. Meja dan Kerusi
    4. Penghawa dingin




  • Ruang Makan


    1. Peti Ais
    2. Microvawe
    3. Dapur elektrik
    4. Mesin Kopi
    5. Makanan ringan/minuman
    6. Air Tapis (Coway)
    7. Sinki
    8. Meja makan 
    9. Penghawa dingin




  • Ruang Tamu


    1. TV dengan siaran HBO, MTV dll
    2. Sofa
    3. 2 Kerusi 
    4. Telefon
    5. Penghawa Dingin




  • Balconi


    1. Permandangan gunung dan tasik
    2. 2 kerusi dan 1 meja


  • 1 bilik untuk sidai baju
  • Wifi dengan high speed
  • Keluasan apartment 135 m2 / 1453 ft2
  • Grill di pintu masuk aprtment
  • Tempat letak kasut 

Lengkap kan? Complete dan terasa macam duduk di rumah dengan permandangan yang mendamaikan. So duduk dalam apartment pun dah terasa releks. Untuk versi video korang boleh tengok di The Haven All Suite Resort Ipoh by Eintan Nurfuzie. Tapi cik en nak kongsi dengan korang apa lagi yang korang boleh explore dan cuba di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. 

Kemudahan lain yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh


Ini antara yang sempat cik en explore dan cik en akan kongsi juga kemudahan lain yang cik en tak sempat nk explore okey? Manatau korang nak tahu keseluruhan kemudahan yang ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh. Masa dibuka dan lokasi nanti korang boleh tanya di bahagian reception. 


  • Junior Playroom
Bilik ini sangat sesuai untuk anak anak pelbagai usia. Ada permainan, TV, bilik bacaan, bilik komputer, bilik permainan playground, dan ada seekor Guinea Pig yang mana anak anak boleh bermain

  • Dinosaur
Diletakkan seekor replika dinosaur dihadapan 1 bukit batu yang dipanggil Rockhaven untuk anak anak. Disini korang boleh menangkap gambar. Simbolik dinasour ini adalah Rockhaven telah wujud pada zaman dinasour lagi. 


  • Lake Viewing Deck
Deck ini sangat sesuai kalau nak dijadikan tempat bergambar. deck jenis kayu ini kecil dan berada di tepi tasik. Sangat sesuai untuk private weeding. Ala ala English style. Tapi tak boleh ramai around dalam 50 orang. Boleh ditempah dengan The Haven All Suite Resort, Ipoh atau Love And Love

  • Meditation Deck/Yoga
Dibahagian ini sangat tenang dan tak ramai orang. Jadi sesiapa yang sukakan Yoga boleh la buat aktiviti ini disini

  • Jogging Track 
Jogging track ini sepanjang 600 meter melalui tasik dan rimbunan pokok. Mendamaikan dan sangat menenangkan. Ini kalau round 10 kali tak terasa. Hahahahha


  • Amphitheatre by The Lake
Disini adalah tempat paling sesuai untuk korang hayati view The Haven All Suite Resort, Ipoh. Disini nanti korang akan nampak 3 bangunan The Haven All Suite Resort, Ipoh mempunyai 3 warna car berbeza. Dibawah sekali bewarna kehijauan, dipertengahan bewarna kehijauan kebiruan dan tungkat atas akan nampak warna kebiruan. Ianya untuk memberi impak ketenangan antara bangunan dan persekitaran


  • Swimming Pool
Keunikan swimming pool di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini adalah swimming pool dia yang besar dan berbentuk kuda laut. Ada 5 jenis kolam yang disediakan iaitu Jacuzzi, Leisure Pool, Lap Pool, Children Pool dan Wading Pool. Dibuka seawal 7 pagi sampai 10 malam. Kalau korang mandi malam, korang nampak view sendiri disebabkan swimming pool dibina dengan kaca jernih. 

  • Outdoor Playground
Ini memang tempat kegemaran kanak kanak. Yang mana dah bosan di Junior Playground boleh ke sini dan semestinya semua enjoy. 

  • Clubhouse
Korang kalau datang tempat yang ada clubhouse, please korang explore semua. Tapi cik en tak sempat nak explore semua disebabkan masa tak mencukupi. Clubhouse di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini menawarkan Gym Room, Table Tennis Room, Badminton Court, Squash Court, The Haven Spa dan Herbs Garden


  • Cuisines Restaurant
Cuisines Restaurant menyediakan makanan dan minuman yang bebas bahan perasa kerana konsep mereka yang nature. Jadi korang yang makan di restaurant ini jangan risau banyak pak aji sebabnya ianya menggunakan bahan semulajadi, bahan basah yang segar dan dibeli setiap hari. Bukannya sejuk beku. 



  • Outdoor Activity
Sesiapa yang sukakan aktiviti outdoor, ada juga aktiviti untuk korang. The Haven All Suite Resort, Ipoh menyediakan Basketball Court, Tennis Court, Perkhdimatan sewa basikal, Archery dan The Havens Captivating Adventure. Sesiapa yang nak buat aktiviti bersama anak anak waktu malam, The Haven All Suite Resort, Ipoh juga menyediakan Camp Site dan boleh BBQ beserta tidur di khemah. 




  • Organic Farm

Disebabkan The Haven All Suite Resort, Ipoh menggunakan konsep nature, jadi pihak pengurusan menyediakan satu organic farm. Jadi anak anak yang tak pernah kenal sayuran sayuran asal boleh la melawat tempat ini.

Pendapat Jujur Cik EN Menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh


Cik en menginap di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini selama 3 hari 2 malam. Satu cik en nak cakap Awesome! Tapi tak cukup masa untuk cik en explore semua.

Bilik - Biliknya memang mewah dan lengkap ini memang buat korang tak perlu keluar. Lengkap dan mungkin korang takkan terasa masa berlalu. Privasi bersama keluarga takkan diganggu dengan bunyi bunyi bising ditambah suasananya yang tenang dan damai

Keselamatan - Selain daripada security guard, keselamatan disekitar swimming pool, sekitar track jogging sangat memuaskan.. Dengan norma baru, pihak The Haven All Suite Resort, Ipoh juga mengamalkan SOP yang terbaik untuk client mereka.

Tempat - Yang ini cik en rasa tak banyak resort yang boleh menyediakan tempat seperti The Haven All Suite Resort, Ipoh. Jauh dari hiruk pikuk kota, bunyi kenderaan, bunyi bising dan tempatnya sangat strategik. Tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan


Makanan - Disebabkan covid, makanan disini dihidang dan tiada buffet, Cik en boleh pilih makanan apa dan pihak restaurant akan sediakan dan serve di meja. Makanan dia sedap walaupun tak menggunakan MSG atau perasa tambahan tapi tak cukuppppp.. ahahahha Sebab sedap sangat. Ada satu air yang korang patut cuba bila datang ke restaurant di The Haven All Suite Resort, Ipoh ini. Nature Drink eksklusif ada di The Haven All Suite Resort, Ipoh sahaja.

Suasana - Sangat tenang dan kalau korang masuk The Haven All Suite Resort, Ipoh dengan fizikal dan mental negatif, korang akan keluar nanti dengan diri yang baru dan sangat POSITIF. Bercuti yang sangat berkualiti apabila memilih The Haven All Suite Resort, Ipoh sebagai pilihan.

Jika korang nak ketahui lebih banyak info dan harga mengenai bilik di The Haven All Suite Resort, Ipoh korang boleh layari web dan sosial media di bawah


No comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.