Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta

Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta | Alhamdulillah, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam 2 atau 3 bulan lepas banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia, tapi dengan inisiatif yang kerajaan beri seperti perlepasan beberapa pinjaman dapat membantu cik en melangsaikan hutang yang ada. Komitmen cik en tinggi walaupun masih bujang. Banyak pinjaman yang cik en buat dan ada pinjaman dah selesai seperti PTPTN dan beberapa hutang sesaje (ambil handphone. ahahhaha). Dan baru baru ini cik en berjaya tutup lagi satu pinjaman iaitu pinjaman kereta. Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta

No photo description available.


Rezeki PKP Langsaikan Pinjaman Kereta

Sebelum cik en bercerita mengenai pinjaman kereta ini, cik en nak kongsi dulu bagaimana cik en beli kereta kerana cik en tak buat macam orang lain yang hanya pinjaman kereta, cik en guna konsep berbeza. 


Cik en membuat pinjaman peribadi dan menggunakan 80% untuk bayaran muka (deposit) kereta. Banyak benefit cik en dapat dan baki 20% cik en buat satu lagi pinjaman di bank lain. Kenapa cik en buat begitu? Sebabnya cik en memerlukan duit lebihan 20% daripada pinjaman peribadi untuk kegunaan peribadi. Jadi cik en boleh dapat benefit rebat daripada syarkat kereta dan dalam masa yang sama ada duit tunai ditangan. Pinjaman kereta yang cik en baru selesaiakn ini adalah pinjaman 20% untuk pinjaman kereta. Cik en bayar RM238 sebulan untuk 9 tahun. 

Mengikut perjanjian pinjaman, cik en akan tamat perjanjian pada bulan Februari 2021 dan semenjak PKP diumumkan dan dapat beberapa potongan ditangguhkan, jadi cik en dapat kumpul duit dan langsaikan. Jadi dah jadi hak milik buah hati MR Barney cik en tu, kalau tak masih dalam berjaga jaga. hahahah.

7 comments

  1. Alhamdulillah
    Kurang sikit bebanan pikul Mr Barney tu.

    ReplyDelete
  2. seronoknya bila dapat selesaikan satu persatu hutg. rasa hlg beban.
    tahniah cik en!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Cik En! Alhamdulillahhh :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. memang lega kalau hutang kereta dah abis

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.