Kesan Mengambil Ubat Luvox 50

Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 | Entri ini adalah sambungan daripada entri Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun. Dalam entri tersebut cik en ada kata, cik en dalam treatment dengan cara makan ubat cuma cik en tak nyatakan ubat apa dan berapa dose. Kali ini cik en nak sambung balik pengalaman cik en dengan ubat tersebut. Cik en diberi ubat 50 mg fluvoxamine maeate atau dengan nama jenama Luvox 50 dari company Abbott. Cik en harap sesiapa yang makan ubat ini boleh sharing pengalaman korang di bahagian komen di entri Kesan Mengambil Ubat Luvox 50  ini nanti untuk rujukan kawan kawan. 

Kesan Mengambil Ubat Luvox 50
Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 


Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 

Bermula dengan 1/2 tablet Luvox 50 ini, cik en nampak perubahan pada dalaman cik en dan tiada perubahan pada fizikal. Cik en mula calm down. Emosi lebih stabil, dah mula takutkan kematian (yang ini doktor nak dengar sebabnya ia akan menghalang pesakit cuba membunuh diri). Cik en mula positif tapi step by step. 

Sampailah, musim PKP, cik en mula menurun balik. Mybe duduk di rumah seorang diri dan buat cik en tertekan. Ramai kan jadi tak normal bila PKP dijalankan. Jangkanya 2 minggu sahaja tapi rupanya sampai 3 bulan. Masa ini rawatan masih dijalan dengan doktor telefon cik en dan bertanya keadaan cik en. So far, cik en jawab ok dan cik en ada bertanya perlukah cik en naikkan dose ke 1 tablet? Sebabnya kali terakhir cik en jumpa doktor (tapi bukan doktor ambil kes cik en disebabkan doktor tersebut ada patient lain) minta cik en naikkan dose ke 1 biji. Dan jawapan doktor perlu. Dan bermulalah cik en dengan dengan dose Luvox 50. Dan disini cik en nak kongsi dengan korang keadaan cik en

Kalau tak silap cik en, cik en mula ambil dose baru pada PKP 2 dan seminggu lepas itu, cik en mula kurang selera makan. Tapi cik en tak berapa kisah sebabnya cik en memang nak kurus pun. hahahah. Mulanya tak anggaap kerana Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 ini. Sebabnya dalam 6 atau 7 tahun dulu, cik en pernah kena gastrik. Rupanya pesakit gastrik ini tak makan pun akan jadi masalah, lebih makan pun sama. so dari situ cik en fikir cik en mula loya, pening sebabkan gastrik. Tapi makin lama cik en makin tak berselera dan mula syak kerana Kesan Mengambil Ubat Luvox 50

Kalau nak tengok perubahan badan cik en, memang terasa tulang di bawah bahu, jari mula nampak tulang dan cik en mula membongkok apabila berjalan. So cik en tahu, cik en dah mula susut berap berat badan. Cuma perut cik en masih boroi (hahahaha) disebabkan sakit cik en yang lain. 

Sepatutnya 1 Jun lepas, cik en ada temujanji tapi kerana PKP, doktor hanya telefon dan kebetulan cik en pun tengah buat surgery kucing, cik en janji nak call balik. And last cik en terlupa dan sampai la entri ini ditaip baru cik en teringat. Hahahaha.

Kesan pada psikologi cik en pula, Luvox 50 ini banyak beri kesan positif. Cik en mula positifkan diri, tak meroyan, tenang, happy dan boleh jalankan rutin harian macam normal. Sesekali akan moody apabila missed ambil ubat. Hilang la dari radar sekejap dan bila makan semula ubat dalam 2 hari akan normal balik


Insyallah, kalau Luvox 50 ianya beri kesan positif cik en, cik en akan makan dalam beberapa tahun. Mungkin ada yang kata, cik en akan bergantung dengan ubat ini pulak nanti. Ianya akan bantu cik en dalam mengawal brain cik en. One day, cik en akan jadi normal dan akan reduce ubat dan seterusnya stop.

Masih awal untuk cik en buat rumusan, tapi cik en akan cuba kekalkan ubat ini sehingga mana yang mana boleh. Dalam masa yang sama, cik en kena bantu diri cik en untuk cepat sembuh. Do something yang boleh happykan diri. Ianya dapat buat cik en cepat sembuh. Dan cik en hanya perlu tumpu pada sakit satu lagi. Sakit apa? Cik en masih merahsikannnya pada orang dan hanya orang rapat sahaja yang tahu. Insyallah apabila cik en bersedia untuk kongsi, cik en akan kongsi. 

Cukup dulu sampai disini, cik en akan story lagi kisah cik en nanti. Bye!

2 comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.