Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini

Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini | Semenjak Covid19, cik en jarang sangat nak masuk mall besar sebab rasa renyah nak berdiri lelama. Lepas cik en support team RS Manjung derma darah di Aeon Seri Manjung dan nampak dah tak perlu beratur panjang, so cik en cuci mata sambil beli barang dapur di Aeon minggu lepas. Dah lama tak window shopping, cik en berjalan setiap baris rak dan sampai tempat wangi wangian. Hahahha. Cik en suka part ini dan terbeli satu benda ini sebab nak letak dalam kereta. Malam cik en letak dan esoknya cik en masuk kereta, baunya macam kereta baru weiii.. Semangat terus nak pergi kerja. Hahahah | Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini


Bau Dalam Kereta Macam Kereta Baru? Boleh Cuba Ini


Mesti korang nak tahu kan? Cik en sebenarnya nak kereta berbau natural. Tapi tak jumpa yang ok. Semuanya berbau bauan. Cik en cuba letak arang aktif/charcoal tapi rasa macam biasa je. Dan cik en jumpa Deodorizer Charcoal dari Farcent. Cik en beli walaupun harganya boleh tahan mahal juga. RM11.50 masa itu. Sedangkan charcoal je pun. Tapi sebab ada add essential oil, mungkin sedap kot bau dia. Jadi cik en pun belilah. 


Letak semalam je, esoknya masuk kereta Ya Allah, rasa macam masuk kereta baru even kereta bersepah. Luar pun penuh lumpur sebab sini kerap hujan. Kira ala ala rumah setinggan, dalam kondo gitew. Hhahahaha.  Cik en pun, cerita kat kawan dan dia pun nak cuba, so tadi cik en masuk Aeon dan borong sampai 3.. hahahhah. Nampaknya ada less sebab dari RM11.50 jadi RM10. Tapi jangan beli di bahagian aksesori kereta sebabnya ianya masih harga asal. Cari dibahagian deoderizer ye. 

Untuk pembelian online, cik en check di Shoppe memang tak banyak dan yang ini langsung tak ada. Kalau nak, korang boleh beli di Lazada : Farcent Charcoal Deodorizer Anti Tobaccco Charcoal 200g

Musim durian mesti kereta bau durian. Ini tips korang boleh baca - Petua : Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

1 comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.