www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2020-03-27

Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19

Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19 | Sekarang trending mengenai #makcikkiah dan semua sosial media menceritakannya. Contoh yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhiyudin Yassin memang on point sangat bagi rakyat Malaysia memahami bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat disebabkan Covid19. | Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19



Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19


Ini merupakan petikan ucapan TSMY mengenai Mak Cik Kiah 

Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.
Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120. 

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

Apa pun, ringkasan bantuan yang diberikan adalah 

Bayaran tunai one-off

  • RM1,600 - Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah
  • RM1,000 - Isi rumah berpendapatan RM4,000 - RM8,000
  • RM800 - Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  • RM500 - Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 - RM4,000
  • RM200 - Pelajar IPT
  • RM500 - Penjawat awam dan pesara kerajaan

Ada banyak lagi bantuan bagi rakyat menghadapi Covid19 ini. Rakyat Malaysia faham bila libatkan duit tapi PM minta untuk duduk rumah ada segelintir tak faham faham. Stay At Home tau korang. Putuskan rantaian virus jahat ini bagi memastikan Malaysia bebas Covid19 ini. 

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads