www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-11-19

Apabila Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia

Apabila Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia | Selama ini cik en ingat Pulau Orang Utan Bukit Merah mendapat dana kerajaan dalam menjalankan aktiviti mereka disitu rupanya tidak. Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) mempunyai 16 ekor orang utan yang hampir semuanya lahir disitu. Dibuka pada tahun 2000, YPOUBM dibina pada masa itu bertujuan membantu Kerajaan Malaysia amnya negeri Perak sendiri untuk menjalankan program-program penyelidikan, pendidikan, pemuliharaan dan pemulihan, serta merangkumi dasar dasar pelindungan orang utan yang boleh menjadi rujukan seluruh dunia. Tapi selepas 18 tahun, masih tiada bantuan dari pihak kerajaan dalam membantu yayasan ini untuk terus berkembang dan memberi bantuan penyelidikan, pendidikan dan sebagainya. Sayangnya Pulau Orang Utan ini sangat dikagumi oleh pihak luar negara dari segi pakar rujuk tapi di Malaysia ianya dipandang sepi. | Apabila Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia


Apabila Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia

Pada 10 November 2019, satu memorandum Persefahaman (MOU) telah dimeterai diantara YPOUBM dengan Seoul Grand Park Zoo (SGPZ) bagi menjalankan program-program penyelidikan dan pendidikan selain menjadi pusat rujukan bagi orang utan di zoo mereka. Difahamkan, mereka juga mempunyai beberapa ekor orang utan dan ada diantara mereka yang kurang sihat. Jadi dengan MOU ini, dapat membantu mereka meningkatkan kecekapan didalam bidang zoologi, terutama spesis orang utan disamping dapat menerokai program-program lanjutan yang saling menguntungkan terutama kepakaran saintifik dalam bidang veterinar dan pemuliharan hidupan liar.


Cik en sangat berbangga dengan Dr. Sabapathy Dharmalingam, Ketua Pengawai Eksekutif merangkap Veterinarian bagi Pulau Orang Utan kerana menjadi salah seorang pakar rujuk bagi  penyelidikan dan pendidikan orang utan ini. "Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah terkenal di seluruh dunia dalam pemuliharaan dalam aspek primatologi seperti tingkah laku orang utan, penjagaan serta aspek perubatan veterinar dan biologi pemuliharaan " kata Ketua Pengarah Seoul Grand Park Song Chun-Hun


Selain SGPZ, banyak universiti dan institusi pengajian tinggi dari Singapura, Australia, United Kingdom, Kanada, Jepun, dan Malaysia sendiri seperti USM, UM, UPM, UKM, Universiti Cyberjaya  dan MRSM Pulau Pinang yang telah menjalinkan kerjasama dengan YPOUBM. Nampak kan? Organisasi luar mampu melihat kebolehan dalam bidang saintifik biologi pemuliharaan ini, dan membuktikan Malaysia boleh mengekspot pengetahuan dan kepakaran ini ke seluruh dunia kenapa organisasi dalam Malaysia tak nampak dan boleh membantu memberi dana untuk meluaskan program ini.

Kalau korang nak melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort Perak ini, ianya dibuka kepada orang ramai setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang. Maklumat lanjut boleh hubungi 05-8908110 atau www.orangutanisland.org.my

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!