www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-08-19

Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia

Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia | Tajuk cik ennnn.. seram sangat kan? Hahahaha. Anyway Ghost Museum Penang tempat berkumpulnya info dan maklumat hantu di seluruh dunia. Jadi sedikit sebanyak korang akan dapat info hantu seluruh dunia yang mana hantu dalam ini mempunyai mitos yang tertulis. Mesti nak tanya "Seram tak cik en masuk? " Anyway cik en masuk untuk FAM Trip Magic World Penang dan Malayan Culture Magic Show dan masa itu ada ramai seperti Blogger Lia Hasty dan Khaty, Papa TeddyVille, wakil Air Asia dan beberapa wakil media dan travel agent. So tak la rasa seram sangat. So far tak semua bahagian korang akan rasa seram sebab kita hidup dalam pelbagai masyarakat. Bila part masyarakat Melayu, mungkin kita rasa seram sikit sebab dimomokkan dari kecil. Khas for my reader, cik en nak kongsi apa yang cik en sempat rakam masa masuk ke Ghost Museum Penang ini. | Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia

Ghost Museum Penang
Ghost Museum Penang 

Ghost Museum Penang Tempat Berkumpulnya Hantu Hantu Seluruh Dunia


Ghost Museum Penang ini ada 30 jenis hantu yang akan cuba mengantui korang. Hahahha. Ada 8 jenis masyarakat yang famous dengan cerita hantu. So far dalam Ghost Museum Penang ini korang akan boleh get real close dengan hantu yang ada, free photo opporrunities, free penerangan dari tour guide, boleh cuba customes dan prop yang ada dan juga korang akan melalui real scene punya keadaan. Macam di bahagian masyarkat Melayu, mereka bina scene di belakang rumah orang kampung. So korang akan rasa feel dulu dulu balik mengaji lalu belakang rumah di kampung. 


Bila korang masuk je Ghost Museum Penang ini 1st korang akan melalui perkampungan orang Melayu atau dalam flyer dia letak nama Malaysia. Kat sini korang akan jumpa pocong, toyol, langsuir, pontianak dan banyak lagi. Dengan sound dia, memang terasa juga la seram itu. 


Masuk bahagian no 2 di Ghost Museum Penang korang akan masuk dalam masyarakat orang cina atau China. Of course kat sini hantu paling famous hantu lompat lompat. Hahhaha. Cik en cuba customes hantu ni. Hahahhaha. 


Bahagian ke 3 pula, kita terbang ke padang pasir, Mesir atau Egypt. Masa ini tak ada gerun pun. hahaha mungkin disebabkan kita tak pernah dengar cerita hantu di padang pasir. Menurut Puan Mawar, tour guide kami merangkap Business Development Executive, kalau pelancong dari sebelah mesir atau sekitarnya, dorang memang percaya hantu mereka dan mereka akan seram di bahagian ini. 


Bahagian ke 4 pula kami dok naik tangga tingkat ats, kat sini kami semua kena serang dek Zombie. Dah macam masuk hospital yang kena jajah dengan zombie je. Mereka menggunakan ilustrasi bergerak di pintu dan juga tingkap. 

Gambar ini tak clear sebab snap dari video

Bahagian ke 5 pula, hantu pirate atau lanun. Tak seram sangat. Dah macam tengok cerita pirate of Carribean lakinan Jonny Deep je. Anyway sedikit sebanyak tahu juga info yang pirate ada hantu. 


Bahagian ke 6 pula, dari suasana gelap terus cerah dan kami memasuki hantu Drakula. Kat sini tak gerun tapi ada tangan putus la, organ dalaman la, so geli pulak pegang semua tu sebab rasa real macam tangan. Kat sini jangan lepaskan peluang tengok potret di bahagian tepi. Korang akan ambil masa untuk rasa sedikit seram. Nak tengok? Korang boleh tengok di Ghost Museum Penang


Masuk pula ke masyarakat Jepun di bahagian 7. So far hantu disini cik en kenal dari tengok cerita Doraemon. So sebelum tengok info tau la nama nama hantu ini. Hahahhaha. Seperti Kappaa, Ju on dan banyak lagi


And last, korang akan masuk bahagian hantu Halloween. Yang ini gelap balik sebab mereka menggunakan lampu lampu untuk nampakkan effect Holloween. 


Masa ini korang boleh masuk Witch House yang mana korang boleh beli cenderahati untuk dibawa balik. 

For information, untuk sesiapa yang nak ke Ghost Museum Penang ini korang boleh baca detail dibawah


10 minit berjalan dari Komtar
20 minit dari Terminal feri
Located in the heart of Georgetown Heritage

Address
Ghost Museum Penang
57, Lebuh Melayu 10100 Georgetown Pulau Pinang

No Phone
04 2612352

Facebook

Operating Hour
10 pagi hingga 7 malam (last admission 6.30 petang)

Harga 
Dewasa (mycard) : RM18
Kanak Kanak (Mycard) RM 10
Dewasa : RM 28
Kanak Kanak : RM18

For fully video, boleh tengok di channel youtube cik en di Video Ghost Museum Penang

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!