www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-07-08

Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor

Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor | Kadang kadang rezeki kita ini datang tiba tiba. Dalam ada masalah, Allah balas dengan rezeki yang lain. Entri ringkas ini cik en buat sebab nak ambil idea dan mood untuk entri review. Nak freshkan otak ini. Huhuhu. Cik en bekerja di Manjung yang mana dalam daerah ini terletaknya Pulau Pangkor. Lama juga tak pergi Pangkor selepas Program Pengawal Penyakit Sampar Ayam selesai. Nak berjalan pun rasa macam tak sempat sebab sibuk dengan urusan harian. Ada seorang customer dari Pangkor Priya dan Aunty dia anggap sebagai mak selalu bawa kucing untuk rawatan di klinik. Lama sudah Aunty ajak ke Pangkor tapi tak sempat lagi. Hari ini dapat Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor oleh mereka. 


Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor


Banyak betul dia bagi jenis ikan termenung (betul ke?) ini. Cik en tak kenal banyak jenis ikan. Yang ini nampak macam ikan termenung. Termenung la kot yek. Hahahha. Dah lama tak siang ikan sebab cik en jarang makan di rumah. Dah sorang kan, nak masak pun macam tak best sebab sorang sorang je makan. Huhuhu.


Nampak tak dari mata ikan memang ikan ini segar sangat. Priya beritahu tadi, bot balik pagi tadi sebelum mereka packing datang ke tanah besar. Ini pun dah bahagi 3 tau. Cuba la bayangkan banyak mana. Mau 100 ekor atau lebih. Cik en punya pun dah dekat 50 lebih ekor.

Untuk makan ini cik en suka masakan simple. So cik en masak ikan segar ini goreng rangup rangup dengan garam dan kunyit. Buat pula air asam, perghhhh meleleh ayaq liuq cik en. Hahahha


Selain nak dapatkan ikan segar di Manjung ini selain di Pulau Pangkor, korang boleh ke Kampung Sitiawan. Korang boleh baca entri Tempat Jual Ikan Segar dan Seafood dan Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung SItiawan 

p/s : Kalau mai Pulau Pangkor jangan lupa kunjungi 10 Lokasi Menarik Wajib Singgah di Pulau Pangkor

  3 comments:

  1. Done follow #1724

    Ikan termenung isinya manis. Sedap.

    Kalo buat gulai utara pun sedap.

    Buat ikan celup tepung sedap jugak :)

    ReplyDelete
  2. Lama tak ke Pangkor huhu. Segar-segar ikannya. Rezeki cik ein. Tengah elok segar ni buat goreng rangup macam ni pun dah sedap.

    ReplyDelete
  3. Wah rindunya nak pegi Pangkor! Jom baca tentang Promosi Pakej Umrah yang sangat murah dan Car Rental in Alor Setar yang semakin femes hari demi hari juga Kereta Sewa Kota Kinabalu 2020 , Kereta Sewa KL dan Kereta Sewa Langkawi

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!