www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-06-25

The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill

The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill | Di Malaysia, negeri yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di luar dan negara adalah Pulau Pinang atau senang dipanggil Penang. Tempat tarikan utama apabila sampai di Penang adalah Penang Hill atau Bukit Bendera. Salah satu tarikan di Penang Hill, The Habitat dibuka pada tahun 2016 dengan tarikan Langur Way Canopy Walk, Curtis Crest Tree Top Walk, Trail and Garden, Sunset Walk dan terbaru sekali adalah The Flight Of The Colugo Zip. Cik en berkesempatan mencuba The Flight Of The Colugo Zip ini minggu lepas dan nak sharing apa yang best di The Flight Of The Colugo Zip, berbaloikah mencuba aktiviti ini, dan info menarik yang lain mengenai The Flight Of The Colugo Zip ini. | The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill


The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill 


Trip ini, cik en bersama dengan Lia Hasty yang merupakan blogger Penang. Kami berdua naik train jam 8.24 pagi dan bersarapan dulu sebelum bergerak ke check point The Habitat di dataran Penang Hill. Selepas itu, kami menaiki Hilux dan menuju ke pinti masuk The Habitat. 




Selesai pendaftaran, kami terus masuk The Habitat dan menunggu di bahagian The Flight Of The Colugo Zip tak jauh dari pintu masuk The Habitat. Kami adalah orang terawal yang mengikuti trip The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill untuk pagi itu. 






Untuk aktiviti yang sebegini, semestinya kita perlu pakai kelengkapan keselamatan. Menariknya disini, ranger yang ditugaskan akan memakaikan untuk kita sebab disini keselamatan adalah perkara paling utama. Jadi kita tak dibenarkan untuk mengusik apa apa peralatan yang dipakai. Jika rasa tak selesa, inform ranger yang ada untuk mereka betul dan selaraskan semula. 


Selesai pemakaian peralatan keselamatan, kami diberi penerangan ringkas sebelum melakukan aktiviti. Ada 4 peraturan yang korang kena ingat. 4 peraturan itu korang akan tahu kalau korang datang kesini melakukan aktiviti ini. 


Selesai penerangan ringkas, kami terus naik ke point yang pertama. Point ini dipanggil Honeymoon Zip Line 


Honeymoon Zip Line ini masih baru dan ianya sesuai untuk couple activities disebabkan aktiviti ini boleh gliding 2 orang serentak dengan berpegangan tangan. Panjang Honeymoon Zip Line in 80 meter.


Selesai Honeymoon Zip Line, korang perlu berjalan sikit untuk ke point no 2. Kali ini kami dilepaskan one by one. Sementara menunggu, disediakan tempat duduk untuk korang berehat dulu sementara tunggu turn. Oh ya, untuk satu trip ini, maksimun person yang boleh ikut dalam satu kumpulan adalah 8 orang. Termasuk dengan guide ranger 2 orang. Ini sebab di setiap pokok, maksimun bilangan orang yang boleh ada dalam satu satu masa adalah 10 orang.


Untuk point ke 2 ini atau 2nd Zip Line ini, cik en pergi dulu. Selepas itu baru Lia. Dan la cik en dan dia ambil gambar. Cuma di Honeymoon Zip, tak ada gambar kami berdua flying 

Sampai di 2nd Zip Line, cik en dah mula pelik. Pokok mana untuk kami glidding lagi. Sebab semua tempat perlu langgar ranting pokok. Aduh, ranger ini pula memainkan kami dengan suruh memilih pokok mana nak pergi. Hahahhaha. Cik en dah mula rasa macam dah sampai point asbeiling. Dan memang benarlah. 


Ketinggian ini adalah 4 tingkat bangunan. Mula mula macam takut tapi seronok sangat la. Rasa nak buat lagi. Tapi Lia tak boleh nak lepaskan kedua dua tangan. hahahhaa. 


Sampai saja bawah, cik en mencari lagi, mana point seterusnya. Rupanya di bahagian bawah dan pokok seterusnya adalah pokok dalam kawasan Hutan Simpan. So ini untuk 3rd Zip Line


Sampai point 3rd ini, kami diberi penerangan jenis pokok yang kami berdiri. Pokok itu adalah pokok Jelutong. Yang mana getahnya dibuat chewing gum pada masa dulu. 


Untuk point seterusnya adalah Rope Bridge. So untuk point ini tidaklah menakutkan seperti point yang lain. hahahaha. Yakinnya kamu.. So far dah sampai dihujung mula la rope ini bergoyang goyang. hahahah. 



Untuk point seterusnya kita kembali kepada Zip Line yang ke 4. Sebelum itu, ada penerangan juga mengenai pokok. Sambil itu, cik en ada tanya, berapa lama mereka buat inspection setiap pokok, peralatan dan lain lain. Sebabnya ianya melibatkan keselamatan setiap pengunjung disini. Untuk rutin inspection, setiap traning rangers akan checking setiap hari sebelum menerima pengunjung, Untuk inspection dari luar akan dibuat kalau tak silap cik en la 3 minggu sekali (serius lupa pula yang ini) dan inspection khas akan dibuat setahun 3 kali. Rangers pula akan renew qualificated mereka 3 bulan sekali. So korang tak perlu takut pasal keselamatan sebab The Habitat sangat mementingkan keselamatan korang yang join aktiviti ini. 



And last Zip Line yang ke 5. Untuk pokok disini setiap bulan Jabatan Perhutanan akan check semua pokok yang diguna pakai untuk aktiviti ini. Segala pokok tak boleh ditebang sesuka hati. Hanya Jabatan Perhutanan sahaja yang boleh buat untuk pemotongan apa jua pokok. Pemilihan pokok masa awal The Flight Of The Colugo Zip ini dibina pun adalah keputusan Jabatan Perhutanan. 


Selesai aktiviti The Flight Of The Colugo Zip kami dan wajibla, kena selfie menandakan kami dah selesai mencabar diri kami untuk The Flight Of The Colugo Zip ini. Haahahaha


Anyway ingat dah habis aktiviti The Flight Of The Colugo Zip ini, cik en nak ke Conopy Walk dan yang lain lain tapi tak sempat sebab cik en perlu ke event seterusnya. 


So kalau korang nak ke sini korang boleh beli tiket secara online atau walk in. Harga adalah

Train : RM 12.00 (warganergara Malaysia - jangan lupa bagi kad pengenalan)
Entrance Ticket : RM 53.00
The Flight Of The Colugo Zip Ticket : RM 106.00

Laman Web : https://thehabitat.my

Untuk harga terkini train Penang Hill boleh tengok update terbaru di entri Harga Tiket Bukit Bendera

  11 comments:

  1. wooooo seronoknyeee.... klu berkesempatan nk jugak merasainye..

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok..lama tak buat aktiviti macam ni..alahai..ad geng buat ni semau memng syok..nanti boleh repeat ajak kita erk..ehhee

    ReplyDelete
  3. best tgk org ber outdoor mcm ni. Akk ni makin tua makin takut tinggi

    ReplyDelete
  4. This looks like a really challenging trail

    ReplyDelete
  5. Bestnya naik zip ni..1st time nail dkt escape..xtaulah mana lebih panjang..sekali buat..nak buat byk kali

    ReplyDelete
  6. Akak pernah masuk The Habitat ni tapi masa masuk semuanya tgh dibaiki...tak dapat merasa. Nanti nak masuk lagi nak join semua ni

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya cik en.. dapat join aktiviti macam nii

    ReplyDelete
  8. Waaa.. Cik En.. Bestnya. Satu aktiviti yang mencabar je kan. Dalam takut takut tu, bila selesai semua, hilang rasa takut tu kan.

    ReplyDelete
  9. I heard about this but have not visit and try it yet.

    ReplyDelete
  10. Ala bestnya. Nanti datang Penang nak buat juga aktiviti ni.

    ReplyDelete
  11. Wow bestnya, kalau pergi penang nanti bolehlah ke sini. Menarik sekali.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!