www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-06-11

Cara Mengelak Kucing Sakit Selepas Boarding

Cara Mengelak Kucing Sakit Selepas Boarding | Even agak lewat cik en share topik ini tapi harap dapat membantu korang selepa sini. Topik ini cik en pilih sebab banyak kucing yang datang ke klinik selepas boarding sempena Raya Aidilfitri 2019 ini. Antara kes yang banyak cik en terima adalah, selsema, batuk, demam, bulu gugur, kutu, kurap dan lain lain lagi. So cik en akan kongsi dengan korang Cara Mengelak Kucing Sakit Selepas Boarding ini untuk mengurangkan kucing yang sakit atau kematian kucing

Cara Mengelak Kucing Sakit Selepas Boarding
Cara Mengelak Kucing Sakit Selepas Boarding

Cara Mengelak Kucing Sakit Selepas Boarding


Cara ini adalah pendapat cik en melalui situasi pengalaman cik en di klinik. Ada beberapa cara yang boleh mengelak kucing sakit selepas boarding seperti
  1. Pastikan kucing vaksin lengkap. Untuk mengelakkan ada berlaku salah faham, setiap vaksin ada buku vaksin. Jika tiada buku dianggap tiada vaksin. Sebab ramai salah faham. cucuk je maknanya vaksin sednagkan bukan vaksin. 
  2. Pastikan petshop dan tempat boarding dalam keadaan bersih. Better masuk ke dalam tempat boarding untuk memastikan keadaan bilik yang sesuai untuk kucing korang. Baru korang boleh rasa confident dan senang hati untuk tinggalkan. Ada juga petshop yang tak bagi tengok alasan sebab mengelak pembawa kucing sakit. Pandai pandai la korang untuk cari alasan untuk tengok
  3. Pilih sangkar yang bersesuaian dengan saiz kucing korang. Jangan pilih 1 sangkar kecik untuk 2 3 ekor kucing. Nanti akan buat kucing stress dan menganggu kesihatan dia sepanjang boarding. Panduan Sangkar Haiwan Kesayangan 
  4. Pastikan boarding untuk kucing dan anjing berbeza tempat. Sebab itu korang kena tengok tempat boarding untuk pastikan tempat boarding kucing korang selesa dan selamat
  5. Jika kucing korang jenis memilih makanan, better bawa makanan sendiri untuk mengelakkan kes kesihatan dan susut berat badan
  6. Pastikan juga kucing korang dalam keadaan sihat sebelum hantar boarding
  7. Jangan lupa dapatkan no telefon petshop atau klinik veterinar tempat boarding. Jika berlaku apa apa, boarding akan call beritahu korang
  8. Sebelum ambil kucing, check kucing korang, jika ada apa apa masalah rujuk dulu dengan mereka history atau apa apa maklumat untuk memudahkan urusan di klinik veterinar. Jika boarding di klinik veterinar, korang tak perlu risau, doktor vet akan merawat jika berlaku apa apa sepanjang boarding.
Jika korang ada penambahan lain, boleh komen di bawah untuk rujukan yang lain. 

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!