www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-04-01

Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh Di Manjung Yang Marvellous Ini

Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung Yang Marvellous Ini | Semenjak duduk di Manjung, cik en memang susah nak cari kuetiau yang sama di Ipoh. Cik en sebelum tinggal di Manjung, memang menetap di Ipoh dari zaman belajar sampai bekerja. Semua orang sedia maklum, Ipoh memang syurga makanan dan salah satu kegemaran cik en adalah Kuetiau Kicap Kuah Kari. Port paling terkenal di Ipoh semestinya Mat Jasak dan Mee Kari Purba di Loken setiap hari Ahad. | Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh  di Manjung Yang Marvellous Ini



Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung Yang Marvellous Ini


Tapi bila cik en sampai Manjung dan menetap disini semenjak 2011 lagi, cik en tak pernah dapat merasa Kuetiau Kicap sedap di sini. So kalau rindu Kuetiau Kicap kuah kicap ini memang cik en akan ke Ipoh. Sampailah cik en diperkenalkan oleh Syahirah yang asalnya pelanggan klinik veterinar cik en untuk merasai Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini.



Banyak kali di ajak tapi cik en ini jarang nak keluar malam sebab badan letih sangat bila bekerja siang hari. Sampai la satu masa cik en mencuba dan wow!!! macam Kuetiau Kicap Kuah Kari Mat Jasak la. So memang licin la cik en makan masa itu. Kali kedua pergi cik en repeat pula Kuetiau Goreng dorang. Perghhhhh macam Kuetiau Goreng Mee Kari Purba la. Walawehhhhhhh.. napa lambat cik en tahu pasal ini. Selain itu nasi lemak dia pun sedapppp.. So repeat la kali ke tiga dengan mak abah yang melawat cik en untuk makan nasi lemak dia.



Aduhh.. aaduhh sayang.. ruginya cik en tak tahu pasal kewujudan Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini kat Manjung sebelum ini. Ini review jujur tau. Cik en memang obses dengan Kuetiau Kicap dan Kuetiau Goreng ala chinese ini dari dulu. So setiap kali ada menu ini memang cik en akan pergi dan rasa. So Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini cik en recommended sangat sangat. Korang orang Manjung jangan tak cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini. Dan korang yang nak ke Pulau Pangkor ke, Lumut ke atau Lakar Lumut jangan lupa nak singgah Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini sebab dekat sangat dengan tempat peranginan ini. Ini detail Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung

Masa Perniagaan : 6.00 petang sehingga lewat malam
Lokasi : Hadapan Starview Hotel Manjung
Facebook : Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung
No telefon : 010-4434864

  4 comments:

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Blog Archive

Trending 1 Week

Labels

Ads

Grab Me!