www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-04-11

BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank

BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank | Pernah tengok Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank yang real depan mata? Kalau tak pernah, korang jangan lupa datang ke BookXcess Kong Heng Ipoh sambil melayan buku dan menikmati keunikan dekorasi kedai buku bercirikan bank. Terletak dikawasan strategik, menjadikan BookXcess Kong Heng Ipoh bakal menjadi tumpuan pengunjung ke lokasi bersejarah Kong Heng Square atau disebut Plan B mesti orang Ipoh tahu punya. | BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank


BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank


BookXcess Kini Berada di Kong Heng Square, Lokasi Ikonik dan Bersejarah di Ipoh
Pencinta buku di Ipoh kini boleh mendapatkan buku dengan potongan harga antara 50% hingga 80% sambil menyingkap sejarah lokasi berkenaan



IPOH, 11 APRIL 2019 – Bagi mengukuhkan lagi komitmen terhadap menawarkan buku pada harga mampu milik, BookXcess terus memupuk semangat suka membaca kepada lebih ramai rakyat Malaysia dengan pembukaan kedai bukunya yang terbaru di Ipoh, Perak. BookXcess Kong Heng beroperasi di lokasi bersejarah di Kong Heng Square, yang pernah menjadi salah sebuah bank yang termasyhur di Ipoh. Premis dua tingkat ini kini telah diberi nafas baharu bagi menempatkan kedai buku yang pastinya akan menjadi destinasi pujaan para pencinta buku serta peminat foto di Perak.


Kedai buku ini menjadi pelengkap kepada kawasan sekitar Concubine Lane dengan pemasangan papan tanda neon yang dilengkapi dengan sedikit sentuhan moden di samping mengekalkan seni bina asal bangunan berkenaan. Para pencinta buku boleh menemui beribu-ribu judul buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti novel, sains fiksyen, thriller, sastera, novel remaja, buku perniagaan, resipi masakan, kesenian dan reka bentuk serta banyak lagi.


Reka bentuk serta suasana bank lama masih dikekalkan bagi mencipta satu pengalaman unik untuk para pengunjung; di mana di tingkat bawah, para pelanggan BookXcess Kong Heng boleh memilih buku yang diletakkan di dalam kotak deposit keselamatan bank dan bilik kebal bank yang telah diubah menjadi rak-rak buku.



Para ibu bapa yang mengunjung pasti gembira kerana BookXcess menawarkan beraneka pilihan buku kanak-kanak seperti buku aktiviti, buku cerita, buku bunyi dan banyak lagi. Ibu bapa kepada anak-anak kecil juga boleh mendapatkan tiga belas judul buku Augmented Reality (AR) yang dijual secara eksklusif di kedai buku BookXcess. Anak-anak boleh membaca, bermain dan belajar dengan buku AR berkenaan yang menggunakan teknologi AR tercanggih bagi merevolusikan kaedah pembacaan untuk generasi akan datang.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada kekayaan sejarah serta  seni bina indah bandaraya Ipoh. Dengan pembukaan BookXcess Kong Heng, kami berharap agar dapat memenuhi permintaan warga Perak yang mahukan buku pada harga mampu milik. Berdasarkan pengalaman kami semasa penganjuran Jualan Buku Big Bad Wolf di Ipoh, ramai pelanggan  membuat permintaan agar kami membuka sebuah kedai buku tetap dan hari ini, kami telah memenuhi permintaan mereka itu,” kata Pengasas BookXcess dan Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.



Selain daripada buku-buku dan karya pop yang unik, tingkat bawah tanah kedai buku berkenaan turut menempatkan newseum kecil ‘Yasmin at Kong Heng' (bagi mengabadikan nama beliau sebagai inspirasi kepada generasi baru). Galeri berkenaan dibuka kepada orang ramai yang berkunjung ke BookXcess Kong Heng. Di sini para pengunjung boleh ketawa, menangis, memahami erti cinta dan kemaafan apabila menonton iklan televisyen perayaan Petronas dan filem-filem terbaik arahan Yasmin. Mereka juga boleh menjenguk ke dalam minda beliau dengan meneliti kandungan komputer Mac asli yang beliau gunakan untuk menaip semua ideanya. Anda juga boleh membaca skrip asal "Sepet" dan "Wasurenegusa" yang disimpan di sini.


“Ianya merupakan satu penghormatan bagi kami untuk galeri ‘Yasmin at Kong Heng’ ditempatkan di BookXcess. Galeri tersebut membolehkan kami meneruskan legasi Yasmin dan menyampaikan cerita beliau kepada seluruh dunia agar karyanya yang disukai ramai akan terus dihargai dan diingati,” tambah Yap.


Sempena pelancaran ini, para pelanggan BookXcess Kong Heng akan menikmati diskaun tambahan 20% ke atas semua buku serta barangan bukan buku mulai 11 hingga 14 April 2019. Para pelanggan digalakkan mengikuti BookXcess di laman-laman media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran serta buku-buku terbaru di BookXcess.

BookXcess Kong Heng, Ipoh dibuka pada setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam dan terletak di No. 91, Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street), 30000 Ipoh, Perak.

Facebook              : https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram             : @bookxcess
Laman sesawang : https://www.bookxcess.com/

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Blog Archive

Trending 1 Week

Labels

Ads

Grab Me!