www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-04-20

Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia

Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia | Lamanya cik en ambil masa untuk update trip travel cik en kali ini. Biasalah kehidupan yang sibuk buat cik en sendiri tak sempat nak mengadap laptop untuk update. Kalau yang rajin terjah blog cik en ini, beberapa bulan ini cik en memang slow dalam update blog walaupun banyak cik en nak story dengan korang. Cik en sempat update di instastory je. Kalau sesiapa rajin nak tengok boleh la follow instgram cik en Eintan Nurfuzie. Okey back to my travel, cik en nak story Trip Jogja Indonesia pada 16 Februari hingga 19 Februari 2019 lepas. Untuk entri pertama mestilah entri pemanas episod Trip Jogja Indonesia ini kan? | Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia


Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia

Untuk kali ini, cik en memilih Air Asia dan kali ini cik en memberanikan diri untuk travel dengan orang cik en tak kenal. Kami kenal masa sampai di KLIA2. Kami seramai 6 orang yang mana cik en cuma kenal seorang dari 5 orang yang lain. Yang cik en kenali blogger juga iaitu Lia Hasty. Kami berdua pun lewat sikit beli tiket flight berbanding yang lain. 


Cik en perkenalkan kesemua team trip travel jogja indonesia. Kiri cik en Lia Hastu, Belakangnya yang comel je itu Kak Alyn, sebelahnya VJ, kemudiannya Murni dan sebelahnya dan juga belakang cik en Ina. Mereka yang lain semua dari Penang. Cik en seorang dari Perak. Mereka berlima naik flight dari Penang. Cik en macam biasalah la naik shuttle bus dari Sitiawan. 

Kami terbang dari KLIA2 lebih kurang 9.45 pagi dan perjalanan megambil masa lebih kurang 3 jam. Jika sebelum ini cik en tak ambil makanan di atas flight kali ini cik en bertekad untuk makan juga sebab cik en rasa terseksa hidu bau kesedapan makanan masa trip ke Lombok sebelum ini. So kali ini cik en order ini.....



Nasi Lemak Pak Nasser yang pernah viral sebelum ini. So far memang sedap dan cik en akui menu menu dalam flight ini memang sedap. Sebabnya cik en pernah tengok di discovery channel, menu untuk passanger flight bertaraf hotel 5 bintang. Selain daripada Nasi Lemak Pak Nasser, ada menu lain yang cik en dah story di Menu Air Aisa 2019

Lepas itu, macam biasa, kita isi declaration form dan pastikan korang siap siap bawa pen ok? 


Kali ini airport yang cik en sampai tak sama dengan airport sebelum ini. Flight dia berdepan dengan ruang ketibaan. Katanya ini airport sementara mereka. Mereka akan dapat airport yang lebih besar nanti. So korang boleh tengok gambar di bawah ini. 


Sesiapa nak bergambar depan flight pun boleh. Hahahahha. So sampai saja airport ini, kami buat urusan ketibaan dan menunggu supir yang dah ditempah. So stay tuned untuk next entri. 

Entri Trip Jogja Indonesia


Day 1 

2019-04-17

Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh

Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh | Beberapa hari yang lepas cik en berkesempatan untuk mencuba Ramadhan Buffet Preview di Tower Regency Hotel & Apartment di Ipoh Perak. Bertemakan Semarak Rasa Ramadhan ini, pihak cafe @6/Polo Side memilih tema makanan ala kampung di hotel. Hidangan menu istimewa ini akan mengungkap nostalgia resepi masakan melayu lama bagi menyemarakkan suasana berbuka bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja. | Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh


Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Tower Regency Ipoh


Masa awal awal puasa kebanyakan ramai berbuka di rumah kerana semangat untuk berbuka dan menyiapkan hidangan bersama keluarga. Selalunya apabila masuk minggu kedua ke atas semestinya tercari cari Ramadhan Buffet yang sedap selepas sibuk dan jemu untuk memasak. Hahaha. So sesiapa yang ada di Ipoh atau travel ke Ipoh boleh memilih Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Tower Regency Ipoh untuk tempat berbuka puasa. 

Antara menu kampung yang akan menjadi pilihan semestinya : 











Selain daripada hidangan diatas, ada ikan bakar, ayam bakar dan kambing golek di bahagian luar






Mungkin ada yang nak berbuka dengan makanan yang lebih ringan seperti sup atau goreng mungkin boleh mencuba menu di bawah ini






Nanti jangan lupa rasa Teh Tarik dia yang kaw dan sedap giler itu. Mesti terlagi lagi. Pekena masa buka puasa memang buat tekak rasa lega. Ada juga beberapa pilihan air yang lain dan ABC





Selesai semuanya semestinya kita mencari pencuci mulut. Bila konsep ala kampung ini, semestinya cik en terbayang limas, bengkang, kuih koci dan sebagainya. Pencuci mulut dia memang buat teringat duduk di kampung bersama opah dan atuk






Selain itu kalau teringin nak makan keropok lekor dan cucr udang pun ada tau!


Suasananya yang bersih, besar dan releks sangat sesuai untuk seluruh keluarga




Kesemua hidangan istimewa ini boleh didapati dengan harga RM 55.00 untuk dewasa dan RM 40.00 untuk kanak kanak. Manakala Jumaat dan Sabtu RM 58.00 dewasa dan RM 45.00 untuk kanak kanak. Pada masa itu akan ada tambahan hidangan istimewa kambing panggang dan sos sos yang lazat dan juga BBQ. Kalau beli pada masa promosi bermula 6 Mei 2019 sehingga 12 Mei 2019, harga promosi pembelian Awal Ramadan ialah RM 48.00 dewasa dan RM 38.00 Kanak kanak.

Pihak hotel juga menyediakan surau yang bersih, luas dan berhawa dingin serta selesa di tingkat 10. Jika ada yang nak menginap di Tower Regency ini, harga bilik untuk bilik Deluxe King RM180 termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk seorang. Bilik Deluxe berkembar berharga RM 250 termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang.

Tarikh 
Bermula 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019

Waktu
7.00 Malam sehingga 10 Malam

Tempat 
Cafe @6 - Tingkat 6 Tower Regency & Apartment 
6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown 30450 Ipoh Perak

Untuk tempahan 
05 - 2086900
05 - 2086888 (ext 6122)

Credit separuh gambar diatas : www.shalimaryusof.com

6 Tanda Tanda Kucing Nak Beranak

6 Tanda Tanda Kucing Nak Beranak | Untuk yang pertama kali membela kucing lagi lagi kucing betina semestinya menjadi masalah pada korang nak handle bila sampai masa nak beranak. Kucing ambil masa 62 ke 65 hari atau 2 bulan 3 hari camtu. Tanda kucing bunting korang boleh tengok pada nipple atau putingnya akan mula bengkak atau kembang dan bewarna kemerah merahan atau merah jambu. Selain dari itu boleh refer veterinar berhampiran untuk buat pemeriksaan fizikal atau scan. Dan banyak yang tanya cik en 6 Tanda Tanda Kucing Nak Beranak. So korang kena baca habis entri ringkas ini untuk dijadikan panduan nanti. 

6 Tanda Tanda Kucing Nak Beranak
6 Tanda Tanda Kucing Nak Beranak


6 Tanda Tanda Kucing Nak Beranak


Apa Tanda Tanda Kucing Nak Beranak? Ada 6 Tanda Tanda Kucing Nak Beranak yang boleh dijadikan panduan iaitu

  1. Vagina kucing mengeluarkan darah
  2. Mula menjilat vagina
  3. Kurang selera makan
  4. Mengeow dengan kuat dan kerap
  5. Mencari tempat sembunyi(untuk beranak)
  6. Mencari tuan dan seakan akan nak minta tuan temankan
Korang boleh refer entri Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak untuk step seterunya selepas ada tanda tanda nak beranak

2019-04-16

Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap

Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap | Sebut tauhu, mesti cik en akan habiskan dan kalau ada lauk ada tauhu, memang cik en kutip habis tauhu yang ada. So masa viral Tauhu Bergedil, memang cik en akan selalu mencari siapa yang mampu buat tauhu bergedil daging yang paling sedap dan kena dengan selera cik en. Tapi kebanyakan sedang sedang saja. Kalau ada pun, mesti dah stop buat tempahan tauhu bergedil sebab kekangan masa, mengandung, bersalin dan lain lain. Cik en bukannya tak pandai buat tapi masa itu tak ada sangat. So kalau sempat buat pun masa cuti saja. So untuk korang yang nak tahu Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap boleh la baca entri ini sampai habis okey. Versi Cik en Gojes gitew.. ahhahaha

Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap
Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap


Cara Mudah Buat Tauhu Bergedil Daging Sedap


Bahan bahan utama semestinya tauhu, kentang dan daging. Cik en dah cuba beberapa jenis kentang dan daging cuma ada yang sedap ada yang kurang sedap. Kentang yang rasa sedap kentang kuning. Daging pula cik en prefer daging kisar berbanding daging burger. Tauhu pula semestinya tauhu goreng. 

Bahan Bahan Tauhu Bergedil Daging 



  1. Tauhu Goreng
  2. Kentang Kuning
  3. Daging Kisar
  4. Bawang Merah India potong dadu
  5. Bawang Putih potong dadu
  6. Daun Bawang/Sup
  7. Lada Sulah
  8. Capsium dipotong dadu
  9. Telur
  10. Garam

Cara Penyediaan Tauhu Bergedil Daging 



  1. Tauhu Dipotong dan keluarkan isi tauhu. 
  2. Rebus Kentang dengan sedikit garam( ada juga goreng tapi cik en suka rebus sebab dia jadi lembut mentega)
  3. Goreng daging kisar dengan minima minyak
  4. Selesai rebus kentang, lenyekkan sampai halus
  5. Daging kisar goreng di campur dalam kentang dilenyek
  6. Masuk juga bawang, bawang putih, daun bawang, lada sulah dan capsium
  7. Gaulkan sampai sebati
  8. Campur sekali dengan isi tauhu
  9. Selesai masukkan campuran kentang tadi dalam tauhu. Kira sumbat la.
  10. Selesai pecahkan telur dan campur sedikit garam dan lada sulah
  11. Panaskan minyak
  12. Salutkan dengan telur dan terus goreng
  13. Jangan terlalu lama cukup untuk bagi masak telur disalut itu
  14. Selesai boleh hidangkan bersama cili atau sambal kicap. 
Cik en selalu makan Tauhu Bergedil ini tanpa sambal kicap. Cukup dengan cili dan gigit. Kalau nak resepi sambal kicap bergedil boleh refer entri Resepi Sambal Kicap Tauhu Bergedil. Dalam entri ini ada juga resepi Tauhu Bergedil tapi versi owner blog. Yang ini versi cik en dan mengikut rasa tekak cik en. Hihihi

Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak?

Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak? | Dah jadi kebiasaan cik en kalau ada yang bertanya atau ada kes yang berulang cik en akan kongsi di blog. Kali ini cik en nak kongsi mengenai Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak? Sebabnya ada kes pemilik kucing biarkan kucing berhari hari walaupun tahu kucing nak beranak tapi tak boleh beranak. Tahukah korang yang kucing korang boleh mati kalau berlaku komplikasi semasa beranak. Sama dengan manusia juga. Sakitnya pun sama dengan manusia. Kenapa ada yang ambil masa yang lama untuk bawa ke veterinar berdekatan? Hanya pemiliknya yang tahu. So Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak? Cik en akan kongsi dengan korang

Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak?
Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak?

Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak?


Kucing Ambil Masa 2 hingga 6 jam Untuk Beranak. Kalau lebih 7 jam cepat cepat la bawa ke veterinar berhampiran. Kegagalan korang bawa kucing secepat mungkin ke vet kemungkinan anak dalam perut tidak dapat diselamatkan dan juga nyawa si ibu pun dalam bahaya. Maksud ucing Beranak Ambil Masa 2 hingga 6 jam itu selepas berlaku pecah ketuban atau berlaku lendiran yang keluar dari vulvanya. Nanti cik en akan kongsi pula apa tanda kucing nak beranak okey? So ingat tau, jika nampak kucing itu pelik untuk jangka masa lebih 7 jam, cepat cepat bawa ke veterinar berhampiran. Jangan gunakan alasan kewangan sebab ianya kes kecemasa yang boleh bawa mati. 

2019-04-15

Cara Yang Betul Menggunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle Pada Kulit Muka

Cara Berkesan Menggunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle Pada Kulit Muka | Kalau dulu, penggunaan serum pada muka sangat kurang digunakan oleh wanita apatah lagi lelaki. Tapi sekarang serum adalah perkara wajib yang perlu diambil dalam penjagaan kulit seharian. Seperti korang tau, muka sunburn cik en masih belum hilang sepenuhnya. Anyway cik en kena lebih berusaha dalam menghilangkan sunburn muka sebab cik en perlu mengahdiri event penghujung bulan ini. Mungkin agak mustahil untuk cik en capai kulit sihat dalam masa 1 bulan ini. Tapi dengan bantuan salah satunya Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ianya mampu mempercepatkan misi cik en untuk kelihatan berseri semasa event itu nanti. Tapi cik en kena guna Cara Yang Betul Menggunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle Pada Kulit Muka untuk mendapatkan hasil maksima 

Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle
Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle

Cara Yang Betul Menggunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle Pada Kulit Muka


Penggunaan serum yang salah akan buat kulit muka tidak boleh menyerap kebaikan serum sepenuhnya. So rugi sebenarnya korang spend duit yang banyak beli serum tapi ianya tak beri kesan yang maksima. Cara Yang Betul Menggunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle Pada Kulit Muka ini cik en nak share pada korang yang mana ianya amalan cik en setiap malam. Ianya bersangkut rapat dengan amalam mencuci muka sebelum tidur. 


Cara Yang Betul Menggunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle Pada Kulit Muka dan Membersih Muka 



  1. Bersihkan solekan dengan make up remover. Walaupun hanya pakai sedikit foundation atau base make up ianya tetap dikategorikan solekan. Jadi make sure gunakan make up remover yang ada pelembab dan tidak mengeringkan muka 
  2. Ambil pemcuci muka dan bersihkan lagi untuk double kesan
  3. Jangan lupa gunakan scrub muka. Scrub muka baik untuk buang kotoran yang mendalam
  4. Step ini jangan skip, gunakan penyegar atau toner untuk membantu serapan terbaik serum selepas itu
  5. Terakhir gunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ini. Pastikan ianya di apply keseluruhan wajah dan leher. Yang best, Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle boleh korang guna pada body wash. Ambil body wash dan letak atas span dan letakkan sedikit Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle diatasnya dan boleh apply pada badan. 



Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ini 
  • No sulphate 
  • No paraben
  • No animal derivatives
  • No mineral Oil
  • No alcohol
  • No harsh Detergant
  • No Artificial Colours
  • No EDTA
  • No Propylene Glycol
  • No Synthetic Frangrance

Yang itu buat cik en yakin dengan serum ini. Selain itu kaya dengan 
  • Vitamin E
  • Vitamin B5
  • Vitamin B3
  • Calendula 
  • Olive Oil. 
Kebaikan kebaikan  Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle  adalah 
  • Lighten Pigmentation 
  • Reduce Acne & Post Acne Mark
  • Reduce Scar 
  • For Dehydrated Skin 
  • Reduce Sunburn Effect 
  • Stretch Mark 


Selain dijual di Malaysia, Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle yang hadir dalam isipadu 10ml dan 30ml ini, ianya menjadi pilihan di China, Thailand dan Singapore. Dengan menggunakan formula cooling dan non oily buatkan ianya menjadi serum pilihan orang ramai. 

Harga Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle mampu milik. 30ml pun masih dibawah RM100. Boleh beli secara online di Sannyjoleen.com atau boleh cari di farmasi terpilih di setiap negeri. 

PROMO CODE: EINTAN
CUSTOMER GET DISCOUNT: 15% storewide
VALID TILL 20 MAY 2019
WEBSITE: www.sannyjoleen.com

EXAMPLE HOW TO ADD IN: This Antioxidant Serum by @sannyjoleen is now 15% when purchase on www.sannyjoleen.com. Save additional 15% storewide with code EINTAN. Free shipping in Malaysia, code valid till 20 May 2019

Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating

Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating | Lamanya cik en tak story pasal kucing ini kan? So disebabkan ada yang tanya pasal tajuk entri ini banyak kali so cik en nak kongsikannya dalam blog supaya kalau korang google tajuk itu akan keluar entri dari blog cik en ini. Hahhaha. Ok la, malas nak taip panjang panjang sebab korang bukannya suka nak baca habis and then private messenger and tanya walaupun cik en dah karang panjang lebar dalam entri itu. So korang nak tau tak bila Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating ?

Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating
Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating

Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating


Sebenarnya Masa Sesuai Kucing Betina Bunting Atau Mating adalah 1 tahun keatas. Tapi kucing betina dah boleh bunting masa umur 4 bulan lagi mengikut pengalaman cik en di klinik. Kes tersebut owner kurungkan kucing atau boleh lagi dpanggil kitten berumur 4 bulan dengan kucing jantan yang tengah on heat. So masa kitten itu umur 6 bulan, dia dah beranak 4 ekor dan banyak kesan yang berlaku pada ibu muda tersebut seperti tubuh badan terbantut dan kurus sehingga dia dewasa. Anak anak juga kurang daya ketahanan kerana si ibu masih belum cukup bina antibodi sendiri dan terpaksa kongsi dengan anak anak sebelum masanya. 

2019-04-14

Hannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream

Hannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream | Ada sesetengah yang sukakan foundation dan ada yang hanya sukakan cream yang ringan dan tidak terlalu tebal. Antara pilihan yang ada seperti BB Cream, CC Cream, DD Cream dan EE Cream. Tapi pada cik en, walaupun dah sampai EE Cream sekarang cik en masih sukakan BB Cream berbanding yang lain walaupun fungsinya berbeza. Kalau siapa yang masih tak tahu perbezaan semua krim itu boleh baca di entri Apa Perbezaan BB Cream CC Cream DD Cream dan EE Cream. So kali ini cik en nak share dengan korang satu BB Cream yang mungkin boleh menjadi kegemaran korang yang sukakan BB Cream macam cik en. BB Cream yang dimaksudkan ialah Hannah Cushion BB CreamHannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream


Hannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream



Hannah Cushion BB Cream ini best sebab ianya hadir dengan warna natural dan sangat sesuai dengan semua kulit wajah. Kelebihannya adalah cushionnya yang senang untuk kita apply tanpa perlu guna tangan atau berus yang lain. Hanya pulas dan BB Cream keluar terus apply ke muka. Mengandungi daun pegaga yang sangat sesuai dengan kulit sentitif dan berjerawat. Mempunyai SPF 35++ UVA/UVB dan Melindungi kulit dari Blue Light yang menyebabkan aging. Hannah Cushion BB Cream ini sangat sesuai dengan cuaca kita di Malaysia yang panas so ianya diformulakan dengan sweatproof

Harga Hannah Cushion BB Cream : RM69.90
Dijual di : Lazada, Shopee dan Agen agen

2019-04-12

Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ?

Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ? | Ada yang tanya cik en Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ? . Terlalu banyak sangat produk kosmetik di pasaran sekarang sehingga ada pengguna yang blur dan susah nak buat pilihan kan? So kali ini cik en share dengan korang Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ? Harap ianya dapat membantu korang yang masih tak tahu apa maksud ketiga tiga cream ini. | Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ?



Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ?


Awal awal dulu, hanya wujud BB Cream, lepas itu barulah keluar CC Cream dan selepas itu DD Cream and last EE Cream. Fungsi dia pun berbeza dan ianya memberi kesan yang berbeza pada kulit muka

BB Cream 


BB Cream bermaksud blemish balm, blemish base, beblesh balm, atau beauty balm. Produk kosmetik semua-dalam-satu untuk menggantikan serum, pelembap, primer, asas dan sunblock

CC cream 


CC cream bermaksud Color Correction cream yang mana ianya berfungsi mengurangkan kemerahan kulit atau sllowness atau untuk memperbaiki nada kulit yang tidak sekata.

DD Cream 


DD Cream bermaksud "Dynamic Do-All" atau "Daily Defense" Cream. DD Creams mempunyai tekstur yang sama seperti BB Cream tetapi ada lebih fokus kepada Anti Aging dan extra perlindungan SPF serta penghalang untuk mengelakkan kehilangan lembapan. Ia juga sama CC Cream. So DD cream lebih kurang campuran BB cream dan DD Cream

EE Cream


EE Cream masih baru dan cik en sendiri tak pernah cuba lagi. Mungkin masih belum meluas pasarannya. EE cream adalah Even Effect. EE cream adalah gabungan BB Cream, CC Cream dan DD Cream dan ada tambahan whitening dan prevent darkening of skin



So harap ianya dapat membantu korang untuk membezakan ketiga tiga ini. Sekarnag ini pun foundation pun dah ada semua yang ada dalam BB Cream, CC Cream dan DD Cream dan EE Cream ini. Cuma kornag kena lebih banyak research setiap produk foundation yang ada di pasaran. Itu yang membezakannya

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!