Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration

Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration | Untuk kaki jalan tipulah kalau korang tak pernah tau pasal Matta Fair ini. Sebut saja ada Matta Fair, mesti berduyun duyun orang pergi semata mata untuk survey Matta Fair Promo seperti pakej percutian, travel dengan promosi dan promosi yang menarik. So kalau korang nak tau, Matta Fair 2019 akan diadakan pada bulan Mac di KL dan April di Penang kali ini. Mungkin macam cik en yang duduk di Perak ini, sedih rasanya macam tak sempat nak ke dua dua tempat ini kan? Tapi sebenarnya cik en ada juga la dengar, pada masa yang sama ada Traveloka Saleabration. Traveloka Saleabration ini ada banyak tawaran dan harga terbaik untuk kaki travel ini. | Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration



Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration

Traveloka Saleabration ini adalah kempen yang menawarkan banyak diskaun yang berbaloi baloi. Bukan saja pada tiket flight tapi harga untuk hotel dan juga yang terbaru adalah tarikan dan aktiviti. Sebenarnya lagi jimat kalau korang boleh buat tempahan terus semua dalam satu satu masa. Memudahkan dan boleh mengurangkan risiko masalah masalah semasa travel. Kira korang dah tak payah pening fikir bila sampai kat tempat korang travel nak mencari hotel lepas itu nak survey harga tiket aktiviti atau sebagainya. Tempah awal siap siap dah korang boleh enjoy semasa travel. Tapi sangat sangat berbaloi la korang nak tempah semua ini masa Traveloka Saleabration ini. Tak perlu nak penat penat ke Matta Fair, cari parking dan apply cuti. Tengah malam pun dah boleh dapat diskaun yang sama ke Matta Fair di Traveloka Saleabration. Ini yang boleh buat cik en nak tambah list travel tahun ini walaupun macam dah penuh. hahahhaha. Tapi boleh juga survey kan mana la tahu ada promosi yang boleh cik en ambil peluang. Bukan senang kan nak dapat promosi camni.


Traveloka Saleabration ini lebih mudah kalau korang guna apps Traveloka. Dimana mana saja korang boleh check dan tak perlu nak mencari PC untuk mencari. Kalau ikutkan, cik en dah familiar dengan Traveloka dari dulu lagi. Apps dia memang banyak kelebihan berbanding apps yang lain. Lebih kurang macam All in one la apps dia. Selalunya kalau nak travel mesti korang kena lebih dari satu apps, 1 untuk book flight dan 1 lagi untuk hotel dan klepas itu nak book tiket aktiviti kan? Dengan Apps Traveloka korang boleh book semuanya sekali. Mudah kan? Bila dah include semua semestiny akan dapat jimatkan korang lagi lagi yang nak buat travel budget. Selain itu bab harga memang honest pricing la. Tak ada nk cas cas tersembunyi. That why korang kena juga guna traveloka apps ini. Sangat mudah dan berbaloi.

Anyway mana yang baru pertama kali nak travel itu, cik en sebenarnya nak kongsi tips pada korang. Mungkin boleh jadi panduan untuk korang. Dan lepas itu akan ada travel kedua ketiga dan seterusnya ahhahaha. Anyway travel ini gian tau. Sekali dah travel lepas itu mesti akan ada next travel.


  • Tempat Travel


Kalau nak travel dalam negara ini, macam tak la susah sangat sebab matawang, bahasa dan suasana lebih kurang sama. Kalau ke luar negara pilih negara yang dekat dan tak jauh dari budaya hidup kita. Kenali dan kalau dalam travel budget cari negara yang matawangnya lebih rendah. So untuk masa in negara yang rasa berbaloi untuk travel adalah Indonesia, Thailand dan kalau ada budget lebih boleh ke Singapura. Cik en sendiri dah explore Singapura, Thailand, Lombok dan Yogyakarta.


  • Budget dan Itinery


Yang ini penting. Listkan tempat menarik yang ada beserta dengan harga tiket. Dan jangan lupa masukkan budget supir atau kenderaan. Semua itu korang boleh cari di internet dan kalau tiket flight dan hotel pula boleh gunakan apps seperti Traveloka. So masa Traveloka Saleabration la ini korang boleh nampak berapa budget dan itinery yang korang boleh explore di tempat tu.


  • Makanan, budaya dan bahasa


Yang ini korang boleh belajar di internet je. Makanan yang halal dan vegetarian korang kena tau, kang sampai sana dok cari maggi pula. Budaya dorang juga ambil tahu manatau salah kan? Contoh di Jepun, kornag takdi benarkan bagi duit tips dan kalau dibagi tanda rasuah. Bahasa korang boleh guna google translate kalau ada masalah komunikasi.


  • Pilih partner travel yang sekepala


Kenapa cik en kata sekepala? Sebab kalau ada yang kepala angin, mesti travel korang jadi tak best. Cari kawan yang boleh bantu korang ambil gambar menarik sepanjang travel. Sebabnya bukan selalu dna mungkin itu kali pertama dan terakhir korang di situ, jadi abadikan jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar. Selain itu jangan cari terlalu cerewet sampai menyusahkan korang. Ada sesetengah orang yang tak kisah semua itu sebab boleh bawa diri sendiri tapi kalau korang rasa tak yakin nak lone ranger, korang cari kawan atau saudara mara yang boleh teman korang.

Ini antara tips yang cik en boleh kongsi dengan korang. Mungkin korang ada pendapat sendiri lagi lagi yang pernah travel itu. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Thanks Cik En share pasal Traveloka Seleabration ni... nk travel memang kena cari geng yang sekepala baru best kannn..

    ReplyDelete
  2. jom kita pergi Matta Fair Penang jom jom =D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post