www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-02-26

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak


Bakso Sedap Di Sitiawan Perak | Bakso bukanlah makanan kegemaran cik en sebab dulu pernah makan daging itu masam je. Sampai la rakan sekerja cik en ajak makan bakso sebelum cik en fly ke Yogyakarta. Persediaan sebelum ke sana. Kat sana akan jumpa lagi sedap katanya. Tapi malang sangat sebab masa di Jogja cik en tak jumpa bakso yang sedap. Sebab itu cik en beritahu pada kawan facebook cik en " Gi jogja tak jumpe bakso sesedap di sitiawan ini. Ke supirnya tak pandai cari port sedap? 2 kali try dan semestinya sentiasa rasa sedap yang sama " Bila up camtu ramai tanya kat mana Bakso Sedap Di Sitiawan Perak ini? 

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak
Bakso Sedap Di Sitiawan Perak

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak


Untuk pengetahuan korang, Bakso Sitiawan ini adalah makanan kegemaran staf dan doktor Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Persekutuan yang pernah datang ke Sitiawan untuk urusan kerja. Ada yang repeat buat kerja area datang sini semata semata nak makan Bakso Sitiawan ini. Kedai dia bukannya kedai yang biasa kita tengok tapi cuma warung di dalam Felcra Gugusan Lekir Sitiawan. Nak cakap memang tak tahu tapi kalau rasa nak try roger cik en la.. cik en bawakan na...


2019-02-06

Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling

Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling | Ride kali ke 5 cik en kali ini ke sebelah utara selepas ride Cameron Highlands yang pernah cik en story sebelum ini. Ride kali ini sponsar by Hiffny dan kami akan ke Penang, Sungai Petani dan Baling selama 2 hari. Kali ini cik en tak berseorang ladies so ada la geng bermalam di sana kali ini. Ride ini 2 hingga 3 Februari 2019 yang lepas. | Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Port biasa kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelah Aeon Seri Manjung. Janjinya pukul 9 untuk tayar golek tapi pukul 9 baru la depa ini mai. Hahahha. Cik en mulanya sorang perempuan dan bila Eppy mai kata bawa geng kak long. Rupanya dia bawa kakak ipar dia Ifa. Disebabkan ifa dan husband dia bawa Nouvo LC, Ifa tumpang dengan cik en. So berkawanlah cik en dengan Ifa sepanjang perjalanan. Yang bestnya Ifa ini ada bagi massage free sepanjang ride. Hahahhaa. 



Sampai Hentian Taiping kami tunggu sorang team RTCKK atau RS Kuala Kangsar Lan Sayong. Dia sampai lebih awal lagi tapi di Hentian Bukit Gantang. Dia inform cik en masa itu pukul 9 yang mana kami masing masing masih di Manjung.


Sampai saja, terus kami bergerak dan kebetulan jumpa sekali team RSM yang nak balik ke Kedah. Sekali jalan dan kami berpisah di persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 



Selalunya cik en gi Penang naik kereta dan tak pernah nak ambil tahu laluan motosikal dan kali ini merasa juga la melalui laluan ini sampai merasa sendiri angin laut area sini. Selalunya naik kereta pasang aircord. hihihi. 

Sampai seberang kami terus ke kedai Ekonomi Tomyam di Jalan Perak Georgtown. So far handle cik en dah ketat sikit sebelum ride ke sini dan agak gayat awalnya nak mencelok celok tapi so far semua ok walaupun jalan sibuk. Kebiasanya kalau cik en ride, memang kurang makan. Order nasi ayam makan suku dan adik adik yang lain habiskan. Hihi Mekasih la Faris dan Ihsan habiskan. 





Settle makan kami terus ke Padang Kota untuk tangkap gambar. Mak aihhhh lit lit panaih sungguh. Sempat la merakam dalam 15 minit lebih kurang sebelum kami bergerak ke Jeti. Kita bawa RS naik feri. 





Nasiblah tak banyak kenderaan so tak perlu tunggu lama. Tunggu feri sampai terus kami naik feri.




Sampai je ke tanah besar, kami terus menuju ke Sungai Petani. Sampai memang masing masing penat. Cik en pun berehat sampai la tertidur dalam bilik. Bangun dan mandi je dan terus kelaur tengok satey dah siap bakar. Pe lagi teruslah makan sebelum tunggu geng lain untuk datang malam. Team Ladies Kedah tak dapat datang sebab masa itu hujan lebat sangat. So ada team RS Sungai Petani yang datang. 






Asalnya pukul 10 malam nak gerak ke Kolam Air Panas Ulu Legong Baling tapi tunggu menunggu kami gerak ke sana pukul 2.30 pagi dan sampai lebih kurang dekat pukul 4 pagi juga la. Orang dah mula tak ramai so memang kami conquer la tempat tu. Dalam pukul 5.30 macam itu kami gerak balik. 




Biasala, dah mandi air panas ini, lepas mandi mesti rasa mengantuk. Sebab sebelum ini cik en biasa pergi ke sini naik kereta. Lepas mandi memang kami terus balik Kuala Kangsar, sepanjang jalan memang tersengguk sengguk. Hiffny kata nanti nak singgah pekan Baling minum dulu. Cik en kalau dah ngantuk memang muka dah macam orang meroyan. hahahah. Cik en order kopi o kaw suam kosong. Terus cerah biji mata.




Sampai rumah dalam pukul 8 terus semua terbongkang tidur dan cik en pukul 12 dah bangun dan bersiap. Terima kasih banyak pada family Hiffny sediakan makanan. Nak tolong memang cik en dah tak larat. Last masa makan tengah hari je cik en tolong membasuh. Segan pula bila orang perempuan tak tolong memasak ini. Tapi tula ride ini tak sama dengan drive. Penat dia lain macam. Mungkin cik en masih baru kan, itu yang rasa penat itu. 

Selesai semuanya cik en request untuk snap gambar kat mercu Sungai Petani. Nama pun ride to Sungai Petani tapi tak ada simbolik Sungai Petani itu.



So complete ride kali ini. Kami sampai Manjung dalam pukul 8 malam dan cik en balik rumah dah masuk pukul 9.30 malam. Sampai sampai cik en tengok Peyah dah hilang. Dah masuk hari ke3 entri ini di taip, peyah masih belum balik lagi. Macam macam cara cik en cuba untuk jejak peyah tapi dia masih tak balik lagi. Cik en cuma berharap dia akan balik tak lama lagi. Harap dia balik sebelum cik en naik flight untuk travel minggu depan. So, jumpa next entri. Bye!

Get widget

Blog Archive

Trending 1 Week

Labels

Ads

Grab Me!