www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-01-20

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 | Diakui bila aktif moto, masa cik en untuk update blog sangat terhad. tapi cik en tetap juga update seperti biasa cuma terlambat sikit. Kali ni cik en nak share dengan korang aktiviti cik en dengan team RSM dan RTCKK minggu lepas. Ride ke Cameron Highlands adalah ride yang cik en tak sangka akan terjadi. Cik en masih newbie dengan ride dan awalnya rasa was was juga untuk join. Tapi disebabkan nak meraikan ride terakhir bersama team RSM iaitu Jack yang nak kembali ke Sabah cik en cuba beranikan diri. Apa apa pun cik en selamt pergi dan balik dan rasanya satu pencapaian peribadi terbaik pada cik en. | Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150
Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150


Port pertama kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelahan dengan AEON Manjung. Cik en sampai dah terus bersarapan ala kadar. Selesai semua, kami start " tayar golek " dan sampai ke RV ke 2 iaitu Ayer Tawar. Team Ayer Tawar dah siap semua kami terus ke RV seterusnya Petronas Simpang Simpang Pulai. Kat sini kami tunggu team RS Kuala Kangsar dan bila dah selesai kami terus memulakan perjalanan naik ke Cameron Highlands. 



RV seterusnya adalah lagi suku nak sampai ke atas. Patutla masa cik en naik Cameron Highlands, port disini ramai rider yang singgah. Kalau tak silap ianya RNR dan ada kawasan untuk rider berehat atau menunggu rider yang lain yang masih tak sampai. Sampai je kawasan ini, kepala cik en dah pening. Mungkin tak biasa tekanan. Selalunya pakai aircord kalau naik mr barney cuma kali ini ianya live. So korang layan la gambar di kawasan RNR ini. 






Dalam 30 minit camtu, semuanya dah sampai dan kami teruskan ke Cameron Highlands. Sampai di Cameron Highlands kami menuju ke Food Court di Tanah Rata. Betul betul bersebelahan dengan Avillion Hotel yang pernah cik en review. Yang Review korang boleh baca di Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Bonding Bersama Firman. Tak sangka selepas sebulan cik en naik lagi ke Cameron Highlands tapi dengan motosikal. Gambar masa makan memang cik en tak ambil sebab terlupa. Kelaparan masing masing. 

Selesai makan tengah hari, kami menuju ke signboard Cameron Highlands untuk sesi bergambar. 


Selesai kami terus ke Kea Farm tapi singgah solat di Brinchang



Selesai semuanya kami terus ke Kea Farm. Cik en ak shopping apa apa sebab baru sangat datang kan. So misi cik en cari madu. Dan berjaya juga makan dan lupa nak bawa balik. Hahahha. Sampai Kea Farm kami masuk Garden Kea Farm dengan harga RM 1 seorang.









Selesai KEA Farm kami menuju Avant Chocolate Cameron Highlands untuk makan aiskrim dan bergambar. 




Anyway banyak lagi gamabr disini cuma cik en tak tahu pada siapa. Kat sini korang boleh bersantai dan tiada bayaran. Sambil itu ada cafe dan kedia menjual barangan Cameron Highlands

Masa untuk turun dan kebetulan kami turun selepas hujan dan jalan agak licin. Nak di jadikan dukanya ride ini, salah seorang kecundang dan tiada kecederaan yang serius. 


Kebetulan ada sepasang suami isteri naik hilux dan kebetulan mereka ke Lumut, kami naikkan motosikal dan dibawa ke Lumut dan mangsa kecundang ini namanya Faris ambulans bawa ke Hospital Ipoh. Cik en pun ikut bersama rider yang lain dan semuanya baik baik aja. 

Cik en sampai ke Manjung pun hampir 12.00 tengah malam juga dan sebelum tidur itu fikir juga, berjaya juga Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 hari ini kan? hihihi

  3 comments:

  1. tahniah cik en. comel je cik en jadi biker :)

    ReplyDelete
  2. wowww, hebatnyaa cik EN. wawa sampai skang takut nak bawak motor. Last ride masa 2010, waktu tu study kat shah alam. hihi

    ReplyDelete
  3. bagusnya :)
    aktif la cik En. rider lagi.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Blog Archive

Trending 1 Week

Labels

Ads

Grab Me!