Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali

Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali | Tahukah korang yang orang Itali tak akan makan Spaghetti Bolognese atau membuatnya di rumah dan restoran mereka? Mesti korang terkejut kan? Sedangkan korang dah dimomok atau diberitahu dari dulu lagi yang Spaghetti Bolognese adalah masakan orang Itali. Cik en sendiri pun terkejut lepas tengok satu dokumentari di BBC Earth iaitu Indise in Factory. Rupanya resepi Spaghetti Bolognese adalah daripada orang luar Itali. 


Di Itali, ada lebih 350 jenis pasta. Walaupun semuanya dihasilkan dari bahan yang sama tapi ianya mempunyai pelbagai bentuk. Setiap bentuk pasta mempunyai sos yang tersendiri. Mungkin kita di Malaysia kenali pasta seperti Spaghetti, Angel Hair, Lasagna, Macaroni dan Futtuccine. Tapi di Itali korang akan tengok lebih banyak lagi jenis pasta. 

Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali



Berbalik pada tajuk cik en Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali tadi, sebenarnya di Itali, sos Bolognese adalah untuk pasta jenis Tagliatelle dan cara masakannya juga berbeza. Kalau Spaghetti Bolognese yang kita tahu, kuah dan pasta tidak bercampur tapi kuahnya hanya diletakkan di atas spaghetti yang siap direbus. Tapi di Itali Tagliatelle Bolognese dimasak dan digaul bersama semasa masak. Macam kita makan mee goreng atau bihun goreng. 


Setiap pasta yang berbeza bentuk memberi maksud tertentu dan adalah gabungan yang sesuai dengan sos. Seperti pasta Fusili yang berpintal sesuai untuk sos berasaskan tuna dan bawang. Kerana kawasan berpintal itu terletaknya tuna dan bawang untuk dimakan. Pasta jenis cengkung seperi Conchiglie sesuai dengan sos yang ada ketulan sayur. Fungsi cengkung itu untuk memudahkan sayur dimakan bersama pasta. Pasta jenis reben seperti farfalle sesuai untuk sos keju berkrim kerana ada 2 sudu (berbentuk reben)

Patutlah cik en tak minat makan Spaghetti Bolagnese rupanya gabungan tu salah. hahahha. Didalam rancangan itu pun ada nyatakan mereka memotong spaghetti kepada 30 cm kerana ianya saiz sesuai untuk dimasak menjadi masakan pasta. Walaupun kita rasa terlalu panjang untuk kita rebus didalam periuk yang ada kan? Tapi disebabkan pasta di hasilkan oleh orang Itali, mereka lebih tahu kenapa saiz itu yang paling sesuai untuk dipasarkan. 

Selain dari ilmu spaghetti ini, cik en dapat ilmu teh di rancangan Indise in Factory. Cik en ada story di Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap . Tak sia sia la masukkan HyppTV dan ada rancangan ilmiah macamni. Dari melayan drama yang tak ada faedah baik layan dokumtari camni. Kalau ada drama pun ianya berfakta dan bagi ilmu pada penonton. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. spagetti bolognese ni kdg jumpa yang sedap, kadang terlalu masam. tapi, jarang jumpa menepati rasa. ^^

    ReplyDelete
  2. oo baru mama tau perbezaannya dgn yg ori di itali

    ReplyDelete
  3. wahhh baru tauu. kalau tak ingat semua spaghetti datang dari Itali.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post