www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-09-17

Mee Hailam Parit Perak Port Rahsia Mee Hailam Sedap

Mee Hailam Parit Perak Port Rahsia Mee Hailam Sedap | Kalau kome orang Perak lagi lagi duduk di Parit mesti kenal dengan Mee Hailam Parit ini. Parit ini bukan Parit Buntar tau, ini parit di Perak Tengah. Asalnya cik en sendiri tak tahu de port rahsia ini sampailah duk berkawan dengan geng vet ini. Port dorang selepas habis program kesihatan lembu di sekitar Manjung, Perak Tengah dan Kuala Kangsar ini. Mee Hailam Parit Perak ini ada 2 cawangan. 1 di Parit dan 1 lagi di Pengkalan Ipoh. Kalau orang lama lama suka Mee Hailam Parit Perak di Parit sebab ini tempat asal bermulanya Mee Hailam Parit Perak ini. Macam cik en suka Mee Hailam Parit Perak di sebelah Ipoh sebab de menu istimewa yang tak ada di Parit. 

Mee Hailam Parit Perak Port Rahsia Mee Hailam Sedap
Mee Hailam Parit Perak Port Rahsia Mee Hailam Sedap 


Mee Hailam Parit Perak Port Rahsia Mee Hailam Sedap 

Anyway dah lama cik en nak story port rahsia ini kat blog tapi biasalah, seorang blogger ini akan utamakan entri yang lebih penting sampai lupa nak story kisah sendiri. Hahahha. 

Oh ya, mesti ada yang tertanya apa menu istimewa yang cik en suka Mee Hailam Parit Perak di Ipoh kan? Mee Hailam Parit Perak di Ipoh ada menu Mee Hailam Petai. Hahhahha. Cik en kan peminat mati petai. Hahahha. 



Menu kat sini paling famous mee hailam la. Ada 2 jenis mee hailam iaitu kering dan basah. Cik en kurang tahan pedas so selalu order Mee Hailam Daging Kering Petai macam atas tu.  Nak kata kering sangat tak la, ada kelembapan juga.

Selain Mee Hailam Daging, ada Mee Hailam Sayur, Mee Hailan Udang, Mee Hailam Ayam dan Mee Hailam Buah Peria. Yang lain cik en tak pernah cuba sebab cik en dah jatuh hati tahap gaban dengan Mee Hailam Daging Kering Petai cik en tu. 

Air wajib cik en akan order dengan menu cik en tadi Chinese Tea Suam Kosong. Ada juga air cincau susu, air buah dan air panas dan sejuk yang lain. 

Apa cik en suka dengan Mee Hailam Parit Perak ini disebabkan mee homemade sendiri, daging dicincang separuh halus dan tidak liat, kuah kicap dia yang marbeles dan kuantitinya yang banyak. Harga pun berpatutan. 

Halal ke? Selama cik en makan cik en yakin dengan halal dalam hati disebabkan kebanyakan pelanggan mereka dari pelbagai bangsa. Tapi kalau korang rasa ragu dan nak juga rasa Mee Hailam Parit ini boleh cuba makan di Mee Hailam Perak . 

Cik en tak pernah cuba tapi ada kata boleh la feel macam Mee Hailam Parit. Katanya pemilik mee hailam perak pernah bekerja dengan Mee Hailam Parit sebelum ini. Tapi cik en sendiri pun tak dapat nak sahkan. 

Kalau korang yang duduk area Perak atau ada nak ke Perak dan nak cuba Mee Hailam Parit ini korang boleh pergi ke Pekan Parit dan cari Medan Selera. Pekan Parit tak besar mana, korang boleh cari Medan Selera Parit di tepi Sungai Perak. Tutup setiap hari Ahad dan dibuka dari 10 pagi hingga 5 petang. Di Parit, owner asalnya yang masak.

Mee Hailam Parit

Jalan Haji Wahab, 32800 Parit, Negeri Perak

Kalau nak ke Ipoh (anak owner yang masak) yang suka restoran berhawa dingin dan makan menu kegemaran cik en tu boleh cari Mee Hailam Parit ini di bawah ini. Restoren ini dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang. Dan tutup setiap Isnin dan Selasa


Mee Hailam Parit

3, Jalan Bunga Raya 6, Taman Onn, 31650 Ipoh, Negeri Perak

Mee Hailam Parit korang jangan stress kalau makanan korang sampai lambat. Memang kena tunggu lama sikit dari kedai lain. Kalau di Ipoh korang boleh call nombor diatas dan order awal. Tapi cik en tak suka sebab cik en suka menunggu dan bila dapat tu masih panas panas dan terus makan. Nikmat tu tak sama yang makanan dah ada masa sampai. Penantian itu indah. hahahahah

  2 comments:

  1. aduh dah la belom sarapan huwaaaa lapo

    ReplyDelete
  2. Sedap kinah pernah try dulu. Itupun member bawak. Dah lama tak pekena mee hailam ni. Nasib le cik en cerita. Kinah dah lupa pasal mee hailam ni.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!