www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-09-16

D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke?

D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke? | Entri ini sepatutnya cik en keluar lebih awal tapi biasalah mood seorang blogger ini ditambah dengan job yang ada due date buat entri ini pending dekat sebulan. Apa apa pun ini bukan paid review ye. D'marmalade Cafe Lumut cik en tak pernah cuba sebelum ini. Selalunya dengar team Samudera Vet cerita yang makanan dia not bad juga. So bila dah kelapangan itu, cik en pun ajak mereka teman cik en makan di D'marmalade Cafe Lumut ini. Nak tengok gak, apa menu D'marmalade Cafe Lumut yang ada dan Sedap Ke? | D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke?

D'marmalade Cafe Lumut
D'marmalade Cafe Lumut


D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke?

Untuk D'marmalade Cafe Lumut ini cik en tertarik dengan ketiaw kicap kuah sup. Kalau korang nak tahu, cik en memang peminat chinese food dan salah satunya ketiaw kicap ini. Kat Ipoh dulu ada beberapa port yang cik en akan layan habis ketiaw kicap dia. Sampai satu tahap, cik en sendiri dah keluarkan resepi rahsia ketiaw kicap keluarga mentua tak jadi cik en. Nak tau? Cik en share kat Resepi Ketiau Kicap Halal Kuah Kari Halal . Ini dia menu cik en yang dipilih


Dan ada kisah lucu tau, entah la macamana depa boleh lupa letak kicap dalam ketiaw kicap cik en ini. Hahahha.. Nasib mereka perasan dan hantar kicapnya. Kalau tak cik en leh cakap ketiaw kosong kuah sup. Hahahhaha. Anyway rasanya tak leh lawan la yang memang portnya hanya ketiaw kicap ini. Kari dia biasa mungkin untuk kesesuaian dengan penduduk di Manjung. Cuma bagi seorang ketiaw kicap lover cik en boleh bagi 3.8/5 . 


Cik en takkan makan kalau tak order 2 menu. Hahahha. Cik en order Sotong Kangkung dan ok la, macam biasa dan tiada cacat cela. Yang ini cik en bagi 4/5


Menu atas ini Mee Kari. Rasanya Kekda yang order. Yang ini cik en suka. Kuah dia pekat likat. Yang ini cik en bagi 4.5/5 


Kalau cik en tak diet (kekononya) cik en akan pilih menu ini. Kalau tak silap, asam pedas. Memang sedap. recommended. Kuah dia buat cik en tersedak dengan hirupan pertama. Hahahhaha. Kena pula dengan papadom dan nasi putih camni. Untuk asam pedas cik en bagi 4.8/5

 
Zoom sikit asam pedas dia. Nampak menyelerakan kan? Sama juga dengan rasanya. Memang Umphhh


Menu sampingan lain adalah cucur udang. Kuah dia sedap. Rasa nak repeat masa tengah tulis entri ini. Yang ini cik en kasi 4.5/5 

Untuk air, cik en macam biasa akan order green tea panas atau air suam so untuk menu minuman cik en memang tak kan review dalam ini. Disebabkan ada yang order minuman manis yang lain, cik en review minuman ini



Cik en rasa kesemua air minuman ini. Green Tea Ais dia terbaik! Cik en random bagi 4.8/5 untuk kesemua air minuman ini. 

Mana yang duduk di Manjung atau sesiapa nak mai Lumut Perak, korang boleh cuba menu menu yang ada di D'marmalade Cafe Lumut ini. Tempat dia tak jauh dari Teluk Batik dan Lumut. Cafe dia bersih dan selesa. Boleh masuk ramai dan pelayan ramah ramah belaka. 

Kesemua rate cik en bagi adalah dari review tekak cik en. So setiap orang mempunyai rasa dan kegemaran yang berbeza beza. So apa salahnya korang sendiri mai dan cuba menu menu di D'marmalade Cafe Lumut  ini. Ini detail cafe D'marmalade Cafe Lumut 

D'marmalade Cafe Lumut 

No 13 Jalan Pundut Raya 1,Taman Pundut Raya
Lumut 32200
4.205779, 100.642062
Waze : D'marmalade Kafe Lumut


  2 comments:

  1. Lama tak makan sotong kangkung..semuanya nampak sedap

    ReplyDelete
  2. lama tak minum greentea tu, teringin pulak

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!