www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-07-19

Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah Pulak

Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah Pulak | Pernah tak terjadi pada korang bawa kucing ke klinik veterinar tapi vet marah korang. Apa la vet ini, marah kita pula. Kita bayar kan? Tak boleh cakap elok elok ke? Cik en akui kalau ini pernah terlintas di fikiran korang atau dijadikan bahan membawang, cik en la salah seorang dari mereka yang marah marah itu. Hahaha. Tapi cik en dan yang lain marah buka suka suki tapi untuk nyatakan apa yang korang buat ini tu salah, silap dan boleh bawa maut pada kucing korang.


Kalau siapa pernah menerima perkhidmatan rawatan cik en, mesti ada kata cik en ni garang, suka marah marah dan bla bla bla. Cik en akui bukan senang bekerja di bahagian klinik yang mana cik en kena banyak fikir. 

Dari pendaftaran, konsultan, rawatan, pemberian ubat, dose ubat, ubat yang sesuai, pembayaran, rekod, resit, pertanyaan, kebersihan klinik dan sebagainya. Lagi lagi bila orang bersusun untuk menunggu rawatan. 

Waktu kerja cik en bermula buka klinik 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Itu pun kalau kes banyak (kerap berlaku) akan teruskan sampai waktu makan tengah hari. 2.15 petang sehingga 4.30 petang tapi jarang la habis pukul 4.30 petang itu. Paling busuk la, pukul 5.30 baru settle kerja. Kadang kadang ada sampai pukul 7 malam. Kalau dulu pukul 9.00 malam pun belum tentu balik lagi. 

Tapi kerana minat, kerana sayang dengan haiwan kesayangan cik en happy buat semua itu walaupun kerja cik en fisabililah sebabkan tiada OT yang boleh cik en dapat. 

Disebabkan sayang dengan haiwan yang datang la cik en jadi garang dan suka marah marah. Cik en dan vet lain takkan marah jika owner terima nasihat kami, ikut nasihat kami dan berusaha untuk ikut arahan yang kami beritahu. Ini ada yang memandai ubah dose ubat, tambah ubat ubat yang di cadangkan oleh golongan "bijak pandai" dna macam macam lagi


Contoh nya kes atas ini yang cik en pernah story di SINI. Kisah kucing dan wound spray. Luka sikit tapi spray luka sampai boleh tersiat kulitnya. Macamana boleh jadi camtu? Cik en syak, spray terlalu banyak di bahagian bulu sampai bulu jadi keras dan bila nak bersihkan tersiat kulitnya.

Kes ini cik en pass pada staf lain sebab cik en risau terlebih membebel nanti. Tapi nasibnya sampai sekarang cik en tak tahu. Adakah perlu potong kaki atau boleh diselamatkan.

Jadi kalau korang Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah, cik en harap korang faham kenapa kami jadi macamtu. Tapi jangan pula ada marah tanpa sebab. Yang itu korang patut marah balik ye. Hahahahha

  3 comments:

  1. kalau marah tanpa sebab tu sebab period :P

    ReplyDelete
  2. kalau sha jadi veterinar pun marah tuan tuu..huhhu,,bukan marah kan..tegur je..kata sayang kan

    ReplyDelete
  3. Vet kat perlis pendiam, apa pun tak cakap. Hehe...

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!