www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-05-23

Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen

Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen | Dah lama cik en usha Restoran Mecca Towers Meru Ipoh ini tapi tak kesempatan untuk merasai keenakan makanan Arab Yemen yang disebut sebut orang terutama kawan cik en yang pernah datang makan disini. Tempatnya sangat strategik iaitu seberang jalann Mydin Meru Ipoh. Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini terletak di end lot rumah kedai 2 tingkat. Menurut adik cik en, kat sini orang sentiasa penuh dan buat cik en teringin nak makan. So di kesempatan berbuka puasa bersama keluarga cik en tempah untuk berbuka di Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini minggu lepas. 

Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen

Walaupun bulan puasa, Restoran Mecca Towers Meru Ipoh ini menyediakan Ramadan Set dan set yang sedia ada di sini. So korang boleh pilih la. Tapi bila ditengok menu dan harga bagi cik en berbaloi juga la. Makanan arab ini antara makanan kegemaran cik en. Mungkin nasi yang digunakan untuk buat cik en selalu craving lagi lagi bulan puasa. Hahahha. 


Ini menu cik en ambil Set for 4 Person -Mix Lamb & Chicken . Dalam set ini ada 12 jenis tau. !2 jenis itu adalah
  1. 1 kg Mix Lamb & Chicken with Rice
  2. Kurma
  3. Mushroom Soup
  4. Arabic Salad
  5. Mullwah Big
  6. Mix Kabab
  7. Sambossah
  8. Spaghetti
  9. Fahsa or Oqdah (Lamb & Chicken)
  10. Cream Caremel or Mix Fruit (cik en pilih cream caremel)
  11. 1 Jug of any type (cik en pilih watermelon)
  12. Mineral Water
Banyak kan? cik en sebenarnya tempah meja melalui call pukul 12 tengah hari. Dan bila sampai Ipoh dari Kuala Kangsar dalam pukul 6 petang, Terus cik en tempah untuk makanan dan cik en terus shopping di Mydin sementara waktu berbuka puasa. Cik en dan keluarga sampai untuk berbuka betul betul lagi seminit nak berbuka. So tak banyak menu yang cik en sempat ambil gambar. Hanya yang ini je sempat cik en selfie. Hahahhaha

 
So orang yang duduk di Ipoh atau ada perancangan nak berbuka puasa di Ipoh atau bulan bulan yang lain serta teringin nak makan nasi Arab atau makanan Arab Yemen yang lain korang boleh mencubanya di Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini ye. Kat bawah ini cik en seitkan detail Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini.

Restoran Mecca Towers Meru Ipoh 
71 Jalan Meru Bestari A2
Medan Meru Bestari 
30200 Ipoh 
Perak
05-5263825 / 012-5832609 / 013-3833637
Facebook : Mecca Tower

Untuk Set Ramadan cik en kongsi dengan korang pamplet yang cik en ambil minggu lepas


  7 comments:

  1. wau..sedapnya menu makanan arab ni.

    ReplyDelete
  2. Sabar je akak tengok ha...menggamit mata betul la makanan tu semua..mesti sedap kan...

    ReplyDelete
  3. dah lama x makan makann arab.. teringin lak rs.. huhu

    ReplyDelete
  4. Huhuhu orang Malaysia yg buat umrah/haji pergi Mecca Tower sebelah Masjidil Haram tu cari makanan melayu dekat Felda Restaurant.. terbalik pulak

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!