www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-05-03

Nasib Ada Klinik 1Malaysia

Nasib Ada Klinik 1Malaysia | Cik en dah lama tak ke Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan untuk menerima rawatan yang biasa macam demam, batuk atau selsema semenjak ada Klinik 1Malaysia ini. Sebabnya cik en sejenis yang tak suka nak menunggu lama lama di satu tempat. Cik en rasa macam membazir sangat masa menunggu itu. Pernah dulu cik en demam dan pergi ke klinik kesihatan di kawasan cik en, tunggu dekat 3 jam dan akhirnya demam cik en kebah sendiri. hahahha. Bila adanya Klinik 1Malaysia ini, cik en rasa lebih senang dan selalunya Klinik 1Malaysia ini tak banyak pesakit macam klinik kesihatan yang lain, suasana tenang dan semestinya bayarannya murah sama macam Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan yang lain. Selesai terima rawatan dah boleh balik dan berehat di rumah. 


Nasib Ada Klinik 1Malaysia


Walaupun Klinik 1Malaysia ini tak selengkap yang lain tapi untuk kes kes biasa ianya sangat membantu klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang lain. Kita pun sedia maklum, di klinik kesihatan dan hospital, ramai sangat orang yang perlu menerima rawatan ringan dan berat. Bila diasingkan rawatan ringan di Klinik 1Malaysia dan rawatan lebih berat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan nampak la kurang sikit sibuk. Setakat demam dan selsema tapi perlu habiskan masa menunggu cik en rasa ianya merugikan. Baik cik en mengadap blog dan siapkan kerja kerja.

Kalau korang ingat lagi kisah cik en dulu, Kisah Sepandai Pandai Mengelak Digigit, Akhirnya Digigit Juga Hari ini , cik en ke Klinik 1 Malaysia . Masa itu pukul 5.30 petang dan petang klinik kesihatan dan hospital kerajaan mana yang buka kan? Hanya Klinik 1Malaysia yang masih buka. Selalunya pergi mesti tak ramai pesakit yang menunggu, lepas saja daftar terus di panggil pengawai yang bertugas. Staf yang ramah dan siap offer nak jahit tapi cik en tolak sebab tak besar mana pun (hakikat takut sebenarnya). Cik en pun dapatkan suntikan anti tetanus pon di Klinik 1Malaysia

Ada juga kes cik en demam teruk dan terus ke Klinik 1Malaysia. Cik en kena drip air sebab dah dehydrated. Ubatan yang cik en dapat mungkin tiada antibiotik tapi dah cukup buat cik en kebah dalam sehari dua selepas itu. Daripada sebelum itu cik en ke klinik swasta, check ala kadar, doktor tak senyum pun, ubat pun 1 saja dan menjangkau ratusan ringgit kena bayar. Nak kata sihat tidak juga, cik en tetap sakit sebab tu terus ke Klinik 1Malaysia. Yang Klinik 1Malaysia ini kena injection, ubatan sampai 10 jenis macam baru bayar RM 1. Esok terus kebah sakitnya. 


Di Malaysia ada 361 buah Klinik 1Malaysia meliputi Sabah dan Sarawak. Ianya dibina di kawasan yang strategik berdekatan dengan kawasan perumahan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik 1Malaysia adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti batuk, demam, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan serta juga perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi. Beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk hari cuti sabtu ahad dan cuti umum. Beroperasi selama 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam. Cas dikenakan sama macam klinik dan hospital iaitu RM 1 dan percuma untuk warga emas. Walaupun dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital tapi tetap dipantau oleh Jabatan Kesihatan memastikan bekalan ubat dan kemudahan mencukupi.

Klinik 1Malaysia bukan saja ada di kawasan luar bandar sahaja, ianya pun ada di kawasan bandar terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga. Walaupun orang kata bandar ini ramai orang senang tapi hakikatnya masih ada yang kurang kemampuan. Dengan adanya Klinik 1Malaysia ini, akan dapat membantu golongan kurang kemampuan. Antara Klinik 1Malaysia yang ada di sekitar Kuala Lumpur adalah di :

  1. Klinik 1Malaysia Desa Rejang
  2. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri
  3. Klinik 1Malaysia PPR Perkasa
  4. Klinik 1Malaysia Taman Melati / Pusat Komuniti Gombak
  5. Klinik 1Malaysia Kerinchi
  6. Klinik 1Malaysia Desa Tun Razak
  7. Klinik 1Malaysia PPR Muhibbah
  8. Klinik 1Malaysia Segambut
  9. Klinik 1Malaysia PPR Seri Alam
  10. Klinik 1Malaysia Flat Danau Kota F
  11. Klinik 1Malaysia Terminal Bersepadu Selatan
  12. Klinik 1Malaysia Alam Damai
  13. Klinik 1Malaysia Suria Magna
  14. Klinik 1Malaysia Kuchai 
  15. Klinik 1Malaysia Hang Tuah
  16. Klinik 1Malaysia UTC Pudu Sentral
  17. Klinik 1Malaysia Sungai Mulia
  18. Klinik 1Malaysia Seri Semarak
Klinik 1Malaysia di Kuala Lumpur ini adalah inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dan seharusnya kita kena guna sepenuhnya kemudahan yang disediakan. Jadi mana yang tak tahu itu, korang boleh semak Klinik 1Malaysia di tempat korang. Banyak kemudahan yang boleh korang gunakan.


Sebenarnya untung kita ini. Di negara lain, tak banyak klinik klinik kecil untuk penduduk mereka. Di malaysia, bab perubatan, klinik dan hospital memang diberi keutamaan yang tinggi. Banyak kemudahan kita dapat dengan bayaran sangat rendah. Hope Klinik 1 Malaysia ini akan sentiasa ada untuk membantu golongan yang memerlukan. Dimana ada Klinik 1 Malaysia ini? Korang boleh baca di Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia 

  23 comments:

  1. salam kenal.
    Follow sini dan link terus ke blog kita. semoga cepat sembuh. kita belum pernah pergi klinik 1 malaysia lagi.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kemudahan terbaik

    ReplyDelete
  3. kalau diberi pilihan pun, memang akan pergi klinik 1 Malaysia ni. Moga cepat sembuh ye cik en!

    ReplyDelete
  4. Pernah bawa isteri ketika dia mengandung .... malam, dah dekat nak tutup pun, tapi sib baik derang terima gak ...walaupun masa tu dah turunkan grill

    ReplyDelete
  5. Byk juga klinik 1 Malaysia ni ya... Good info

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah kemudahan yg sgt membantu pd kita semua lag2 yg kurang berkemampuan nak rawat kesihatan

    ReplyDelete
  7. itu baru klinik 1 Malaysia di area KL..cuba seluruh malaysia...banyak kann

    ReplyDelete
  8. CN pun prefer Klinik 1M ni, murah je ;)

    ReplyDelete
  9. servis slalu cepat kat klinik 1M ni...

    ReplyDelete
  10. Xpernah p lagi.. Tapi bagus klinik 1 malaysia.. Klau kes2 ringan p ja klinik 1 malaysia ni.. Cepat

    ReplyDelete
  11. Kemudahan utk golongan kurang kemampuan pastu buka sampai jam 10 malam pulak tu..terbaik

    ReplyDelete
  12. banyak betul cawangan KSM nih..murah plak tuh.

    ReplyDelete
  13. Bayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.

    ReplyDelete
  14. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  15. husben penah dptkan perkhidmatan kat klinik 1M ni utk cuci luka operate..bayar singgit je..jimat sgt..klu pi private, ntah baper la kena caj gamaknya....

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, dah semakin dikenali dah klinik 1Malaysia ni

    ReplyDelete
  17. banyak jugak klinik 1 malaysia ni eh

    ReplyDelete
  18. Murah dan servis bagus. Banyak cawangan pula tu.

    ReplyDelete
  19. Banyak jugak cawangan klinik 1 malaysia di wilayah

    ReplyDelete
  20. memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    ReplyDelete
  21. Mmg suggest sgt. Mcm ena rumah mmg dekat dgn klnik 1msia. Kalau setakat sakit biasa mmg terus p sana sbb servis cepat. Ubat pon serasi. Xperlu nak ngadap jem tggu turn lama kt kk.. jimat masa.

    ReplyDelete
  22. bagusnyaa. klinik 1 Malaysia ni. kc pun suka

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads