www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-04-05

Tips Mudah Hasilkan Video Cantik

Tips Mudah Hasilkan Video Cantik | Nak katakan cik en ni pandai bab edit video tidak la juga tapi cik en mula edit video dari zaman belajar lagi iaitu 13 tahun yang lepas. Cik en dulu edit menggunakan gambar, effect, transalation dan lagu menggunakan application yang ada dalam laptop lagi iaitu movie maker. Selepas dari itu cik en jarang edit sebabnya sibuk bersuka ria. Cuma kebelakangan ini cik en aktif balik edit apabila cik en menawarkan perkhidmatan video dalam projek review cik en. Bezanya dulu dan sekarang, dulu kena ada laptop untuk edit tapi sekarang cik en boleh gunakan smartphone untuk edit video. Banyak Tips Mudah Hasilkan Video Cantik ini. Antara korang rajin mencuba atau tak. Hope entri Tips Mudah Hasilkan Video Cantik dapat bantu kawan kawan terutama kawan blogger cik en yang masih buntu nak Hasilkan Video Cantik.

Tips Mudah Hasilkan Video Cantik

Ramai yang tanya, "cik en pakai apps apa ye untuk video?" "cantik video cik en" . Cik en bukanlah tahap profesional tapi ada la beberapa ilmu dari hasil research, pengalaman dan pemerhatian cik en. Nak ikuti kelas video ini mahal dan perlu ada masa jadi untuk berjaya, kita kena rajin study sendiri. Ini antara Tips Mudah Hasilkan Video Cantik yang cik en gunakan untuk review cik en.

1. Edit Video Menggunakan Apps di Smartphone Untuk Hasilkan Video Cantik


Cik en pernah guna apps Viva Video tapi cik en jarang berpuas hati dengan hasilnya sebab ada watermark, gambar jadi tak sharp dan tak mesra pengguna. Lepas cik en pakai Samsung S7 Edge, cik en cuba gunakan apps yang sedia ada dalam smartphone ini. Dan cik en terjumpa edit video. Cik en cuba edit video dan hasilnya sangat cantik. Apps ini tak mengurangkan kualiti video, mesra pengguna, mudah dan yang penting tiada watermark. Apa guna korang gunakan smartphone canggih dan mahal tapi tak menggunakan apps original yang ada kan? So korang cuba guna apps yang ada dalam smartphone korang untuk edit. 

2. Rakam Video Menggunakan Mode Lanskap Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini penting sekali dan ramai yang salah. Untuk hasilkan video cantik korang rajin rajinlah tukar habit menggunakan mode potrait ke lanskap. Ini tips dari blogger Bro Framestone masa cik en join Projek Bro 2017 dulu. Mulanya kekok juga tapi lama lama dah terbiasa. Begitu juga dengan gambar, Nak snap gambar pastikan ada versi lanskap. Nak masukkan dalam blog pun jadi cantik. Nak hasilkan video cantik pun boleh bila ada gambar yang berbentuk lanskap ni. 

3. Pencahayaan Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini penting, cik en selalu menitik beratkan pencahayan. Cik en lebih suka menggunakan cahaya original dari matahari tapi ada juga menggunakan ring light atau lampu meja kalau buat kerja di waktu malam. Lagi cantik di studio la kan? Cuma pastikan pencahayaan itu cukup. Cahaya yang cukup dapat hasilkan Video Cantik dan terang. 

4. Backdrop Untuk Hasilkan Video Cantik


Yang ini pun penting, cik en selalu menggunakan backdrop dinding di rumah yang warna putih. Sebabnya ianya dapat membantu hasilkan video cantik dan baik. Bila backdrop puth, automatik, kita nampak menonjol dalam video tu. Produk yang kita review pun nampak cantik. Elakkan backdrop warna gelap sebab nanti akan nampak suram video korang itu.

5. Rakaman Suara Yang Jelas Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini cik en masih belum berjaya buat. Sebabnya cik en tak boleh nak kawal volume suara cik en. Selalu suara cik en slow macam dalam selimut. Sebab itu kebanyakkan video cik en masih tiada suara dan diganti dengan lagu. Yang ini cik en cuba untuk dapatkan mic yang berseuaian. Kalau korang ada cadangan bolehlah komen di entri ini ye.

6. Pemilihan Lagu Yang Bersesuaian Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini cik en belajar dari pengalaman. Cik en hasilkan video bersuara tapi cik en kuatkan lagu dala video itu sampai orang tak boleh nak dengar. Jadi adjust volume suara lagu tu. Pilih lagu yang bersesuaian dengan tema video. Korang boleh gunakan lagu no copyright yang ada di youtube. Caranya taip : no copyright  music. Lagi satu paling mudah gunakan lagu yang ada dalam page korang. Caranya menggunakan PC sahaja, pergi ke page sendiri, klik publishing tool dan klik sound. Ini tips dari blogger Zaza Iman

7. Font Yang Bersesuaian Untuk Hasilkan Video Cantik

Bab font ini cik en memang cerewet. Bukannya tak suka font jenis berkerawang atau fancy tapi kena tengok tema video kita. Kalau melibatkan video kanak kanak ok la gunakan font fancy atau kebudak budakan tapi kalau review barangan formal gunakan font yang jelas dan terang. Kalau jenis berkerawang jenuh pula penonton korang nak mengeja satu persatu. 

8. Elakkan Video Panjang Untuk Hasilkan Video Cantik

Cik en seeorang yang jenis banyak sangat. Pernah satu masa cik en hasilkan video lebih 10 minit. last last kena cut juga. Apa yang cik en nampak, ramai sukakan video yang ringkas, padat dan pendek. Sebab itu instagram bagi 1 minit untuk upload video. Cuba ambil isi penting saja. Yang lain korang boleh cerita di blog atau caption.

9. Beli Kamera Khas Untuk Video Untuk Hasilkan Video Cantik

Yang ini kalau ada budget lebih korang boleh dapatkan kamera yang boleh rakam video. Lagi berkualiti cuma korang perlu transfer ke laptop untuk edit. Macam cik en memang tak sempat nak buat tapi andai kata cik en dah dapat beli kamera nanti, rasanya cik en akan cuba juga. 

Selain dari ini korang boleh baca 10 tips lain di  entri 10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Smartphone untuk tambah Tips Mudah Hasilkan Video Cantik . Dan alang alang dah baca ini apa kata korang subscribe Youtube Eintan Nurfuzie

  9 comments:

  1. Waaa... terbaik punya tips.. betul viva vid. Video jd pecah.. yg tak syok sbb ada watermark

    ReplyDelete
  2. betui miza pun tak gemar viva vdeo

    ReplyDelete
  3. Good sharing cik en.. Baru tau semua ni

    ReplyDelete
  4. Tips yang berguna.. pembaikan mutu yang bagus dr cik en skrg ni..mgkin Sha 1 hari nnti kena bljr buat video jg

    ReplyDelete
  5. tq sharing cik sue pun sekarang suka lak rakam2 video ni hehehhe

    ReplyDelete
  6. nice tips..masih belajar edit video guna apps yang ada sahaja

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!