www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-03-16

Samyeang Pizza Domino's dan Kepak Ayam Haseyo Rasa Pedas Yang Gempak

Samyeang Pizza Domino's dan Kepak Ayam Haseyo Rasa Pedas Yang Gempak | Makan Pizza ala K-Pop? Pernah tak korang try? Pergh.. pedas dia tu lain. Menitik peluh jantan cik en masa makan Samyeang Pizza Domino's tadi. Cik en bukanlah seorang pengemar makanan Korea sebabnya dok dengar samyeang tu pedas. Cik en ini lidah mat salleh sikit. Hihi. Sukakan makanan tak berapa pedas. Tapi bila dok try Samyeang Pizza Domino's ini rupanya pedas dia ada kombinasi dengan manis. Memang sedap walaupun bercawan cawan air cik en minum. Rasa dia tu katanya sepedas ramen yang korang dok makan kata pedas tu. So korang yang suka makan ramen tu boleh try menu Samyeang Pizza Domino's ni. Lepas itu ada menu Kepak Ayam Haseyo yang menggunakan sos yang sama tuk Samyeang Pizza Domino's. Memang terlagi lagi cik en ratah Kepak Ayam Haseyo tu.

Samyeang Pizza Domino's dan Kepak Ayam Haseyo Rasa Pedas Yang Gempak
Samyeang Pizza Domino's dan Kepak Ayam Haseyo Rasa Pedas Yang Gempak

Samyeang Pizza Domino's dan Ayam Haseyo Rasa Pedas Yang Gempak


Samyeang Pizza Domino's dan Ayam Haseyo ini diinspirasikan dari muzik pop Korea dan mengelarkan menu terbaru dorang ini The Samyeangs, kumpulan muzik Domino's yang ada 3 ahli iaitu Samyeang Tuna Pizza, Samyeang Chicken Pizza dan Samyeang Beef Pizza serta ada bintang wanita mereka Ayam Haseyo. Dan yang penting "muzik" yang bawa adalah rahsia korea terhangat iaitu Sos Samyeang. Sos Samyeang ini la bahan rahsia penting yang dibuat khas dan ada di Dominos saja. Korang takkan dapat rasa Sos Samyeang ini kat mana mana selain Dominos. Meh cik en nak kenalkan biodata ahli ahli The Samyeangs ini. Hahahahhaha

Samyeang Pizza Domino's Tuna Pizza


Tuna adalah dalam favorite di Domino's dan disebabkan itu Tuna menjadi pilihan untuk join team ni. Samyeang Pizza Domino's Tuna Pizza ini adalah gabungan Tuna, bawang, tomato ceri, pasli, sos bawang berkrim dan semestinya sos samyeang. Dengan mengekalkan rasa dan bau tuna original dan ditambah dengan sos samyeang yang pedas pedas manis ini buat satu kombinasi yang umphhh.. Cik en suka walaupun pedas. 

Samyeang Pizza Domino's Chicken Pizza


Chicken Pizza pula adalah menu classic Domino's dan disebabkan itu juga Chicken menjadi ahli kedua team ini. Samyeang Pizza Domino's keluarkan Samyeang Chicken Pizza yang mana toppingnya ada ayam panggang, bawang, lada hijau,pasli,sos bawang berkrim dan sos samyeang. Yang ini mana yang level kepedasan sederhana boleh cuba. Sebabnya rasa pedas dia half dan sesuai untuk golongan ini makan. 

Samyeang Pizza Domino's Beef Pizza


Samyeang Pizza Domino's Beef Pizza ini diketogerikan dalam First Class. Dengan adunan daging panggang, cendawan, tomato ceri, pasli dan sos Samyeang menjadikan ianya nampak mewah. Daging yang digunakan segar dan ianya menjadikan Samyeang Beef Pizza ini paling favourite cik en. Dan kalau korang jenis suka extra pedas, korang wajib cuba Samyeang Beef Pizza ini. Memang pedas dan menangis cik en makan. Tapi cik en suka!!!

Ayam Haseyo


Inilah bintang wanita Samyeang Pizza Domino's!! Kepak Ayam Haseyo. Ianya ada bila Samyeang Pizza ni ada sebabnya sos yang digunaka adalah sos yang sama. Sos Samyeang ini menyaluti kepak ayam dan ditabur bijan ini akan buat korang rasa lengkap semuanya. 


Desert Domino's

Untuk korang yang nak rasa Samyeang Pizza Domino's  ini, korang boleh pesan 2 Pizza Deal dan rasai Samyeang Pizza Domino's  terbaru dengan lebihan keju dengan harga RM33 untuk 2 pizza regular, RM55 untuk 2 pizza besar dan RM77 untuk extra besar. Kalau nak Samyeang Pizza Domino's bersaiz personal pula, korang boleh order setiap hari selasa untuk Super Tuesday dengan harga serendah  RM3.90 untuk tempahan online dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter. 

Menu Samyeang Pizza Domino's dan Kepak Ayam Haseyo ini boleh korang order di mana mana cawangan Domino's bermula 29 Februari. Atau boleh melalui online dan telefon dibawah ini

1 300-888-333

Jika pasangan korang ada Makanan kegemaran seperti Pizza ini ada membawa maksud tertentu dalam perhubungan korang. Boleh baca di Makanan dan Pasangan 

2018-03-11

Cara Mudah Atasi Perut Buncit Dengan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion

Cara Mudah Atasi Perut Buncit Dengan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion | Ayat pedas menusuk di jiwa bila ada customer cik en usap perut cik en dan tanya cik en dah pregnant berapa bulan. Cik en dengan muka annoying dan balas " saya bujang lagi kak". Rasa hati, jantung dan hempedu di tikam tikam laju rasanya. Hahaha. Tapi ialah kan, tak boleh salahkan siapa siapa sebabnya salah cik en sendiri yang membiarkan perut cik en ini membesar dengan jayanya. Selepas kejadian itu, cik en terus bertekad nak kempiskan perut buncit, hilangkan double chin, lemak di bawah ketiak dan belakang badan ini. So dah nama blogger kan? mesti semua nak story dan share dengan korang. Mungkin ada yang dapat jadikan rujukan yang ada masalah masalah ini. Tapi yang paling penting, cik en kena stanby losyen bakar lemak yang sesuai dengan cik en. Dalam banyak banyak cik en trusted dengan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion ini. Sebabnya dia punya kelebihan losyen bakar lemak yang tidak panas dan boleh apply kat banyak tempat selain perut. | Cara Mudah Atasi Perut Buncit Dengan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion

Cara Mudah Atasi Perut Buncit Dengan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion

Banyak tips yang cik en nak kongsi dengan korang dalam Atasi Perut Buncit, Double Chin, Lemak Bawah Ketiak dan Belakang Badan ini. Tapi korang jangan lupa guna losyen bakar lemak untuk dapatkan kesan extra dan cepat sambil amalkan tips tips yang cik en akan bagi nanti. Cik en memilih untuk gunakan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion yang mana korang perlu tahu losyen bakar lemak ini sejenis losyen kurus sejuk rasanya bila apply. Tak ada rasa panas sampai merah merah kulit kita. Ingat cik en dulu, dok pakai losyen bakar lemak ini mesti duk mengelupur kepanasan sebelum ianya ada rasa sejuk. Kena pulak tang musim panas, kena pulak peluh, lagi perit kulit cik en. Hahaha. 

Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion

Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion ini bukan saja pada perut boyot korang itu, tapi pada double chin muka yang tak boleh sorok bila selfie (kecuali ambik mod slim face), Lemak bawah ketiak yang buat ketiak korang senang berbau sebab kawasan sempit, belakang badan yang bila pakai baju fit sikit, berlekuk lekuk belakang badan korang dan peha yang bergesel gesel bila berjalan. So banyak kegunaanya dan paling best tak ada bau kuat macam losyen bakar lemak yang lain. Kalau korang dalam pantang pulak, boleh kecutkan rahim dan flush nifas lebih laju. Selain itu stechmark, memudarkan parut jerawat dan kecilkan pori juga.

Kesan Awal Yang Cik En Rasa Selepas Seminggu Gunakan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion


Cik en dah guna hampir seminggu dan cik en apply setiap pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Apa yang cik en boleh katakan pasal Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion adalah

  1. Baunya wangi macam aromaterapi. So tak ada la kena duk perli " pakai losyen bakar lemak ke tu?" Sebab baunya tak sama dengan bau biasa losyen bakar lemak yang lain.
  2. Tidak melekit lekit sampai melekat pada baju. Susah tau nak hilangkan kalau dah melekat pada baju
  3. Warna losyen bakar lemak putih buat cik en selesa pakai baju putih selepas apply Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion ini
  4. Walaupun namanya losyen bakar lemak tapi ianya rasanya sejuk dan tak bakarkan kulit cik en macam losyen lemak yang lain
  5. Cik en pernah try masa sakit perut dan ianya bantu cik en legakan perut cik en tu.
  6. Cik en dapat rasa yang bila apply macam lemak lemak tu dah pecah pecah dan mula membakar walaupun tak ada rasa panas
  7. Bukan saja pada perut, Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion boleh apply di peha, lengan, belakang badan, dan bawah dagu yang berlapis (double chin). 

Fungsi Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion

  • Fungsi utama Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion adalah untuk membantu memecahkan lapisan lemak degil yang berlebihan
  • Mengawal selera makan (suka sangat sebabnya cik en sejenis kuat makan)
  • Mengurangkan masalah perut buncit
  • Memudarkan kesan selulit yang ada di peha dan perut
  • Membantu mengecutkan Rahim dengan cepat (terutama ibu berpantang)

Kelebihan Gunakan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion


  • Lulus KKM dan tiada bahan terlarang yang tak baik tuk tubuh
  • Tidak melekit macam produk losyen bakar lemak yang lain dan paling best mesra wuduk
  • Boleh dibawa untuk solat jadi tak perlu tunggu lepas solat baru apply
  • Tidak panas dan tidak pijar
  • Aroma wangi ekslusif dan menyegarkan dan bertindka sebagai aromaterapi baik untuk badan
  • Mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana sebabnya packaging yang senang masuk dalam beg tangan
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat umur
  • Berkualiti tinggi dan berkesan

Cara Guna Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion

Cara paling mujarab gunakan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion ini adalah 
  • Sapu pada perut mengikut arah jam sampai kering. 
  • Lepas itu tepuk manja manja dan cubit cubit rasa di kawasan lemak. 
  • Ulang beberapa kali 
  • Guna sebelum tidur, lepas jogging (untuk legakan sakit sakit otot) dan sebelum bersukan.

Bahan/Kandungan Utama Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion

  • Vegatol Ivy
  •  Jojoba Oil
  • Argan oil
  • Olive Oil
  • Sunflower Seed Oil 
  • Marine Collagen

Harga dan Dimana Boleh Dapatkan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion 

Harga Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion ini RM99 untuk isipadu 150ml dan korang boleh dapatkan di 

Cara Mudah Atasi Perut Buncit, Double Chin, Lemak Bawah Ketiak dan Belakang Badan 

  1. Jaga Pemakanan. Terutama lebihkan sayuran dan buah buahan. Kalau rasa nak makan ringan boleh tukar kepada kekacang seperti Almond. Sayur sayuran bagus untuk usus dan pencernaan. 
  2. Senaman. Macam cik en yang sibuk siang malam pagi petang takkan sempat nk ke gym atau jogging tapi cik en amalkan sit up, lunges untuk perut, angkat botol air untuk lemak bawah ketiak, senaman mulut dan tepuk tepuk untuk double chin dan bow pose untuk lemak belakang badan
  3. Kurangkan pengambilan gula dan tinggalkan terus gula putih
  4. Jangan ambil langsung minuman berais (ketul ais kiub) dan amalkan minuman suam atau panas
  5. Elakkan makan malam
  6. Pakai Bengkung. Cik en pakai bengkung sajat. Boleh baca di Review Lets Bengkung by Nursajat
  7. Boleh baca artikel Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat Ubatan
  8. Jangan lupa gunakan Losyen Bakar Lemak Effenzee Myracle Lotion sepanjang buat Cara Mudah Atasi Perut Buncit yang cik en share ini.

2018-03-01

Cara Mudah Ketahui Umur Kucing

Cara Mudah Ketahui Umur Kucing | Entri ini cik en dibuat atas janji cik en di live facebook #sembangsembangkucingciken minggu lepas. Masa itu cik en tak dapat nak jelaskan dengan baik sebabnya cik en letih dan tak boleh nak recall. Hihihi. So kali ini cik en nak kongsi dengan korang Cara Mudah Ketahui Umur Kucing korang tu melalui fizikal kucing korang. Panduan ini juga yang cik en kongsi dengan pelanggan klinik cik en. Cik en ambil dari pembacaan dan research cik en. Hope dengan entri Cara Mudah Ketahui Umur Kucing dapat membantu korang yang ada kucing lagi lagi kucing yang korang baru jumpa.


Cara Mudah Ketahui Umur Kucing

Ada 4 cara mudah untuk ketahui umur kucing ini yang mana korang boleh buat pemeriksaan keatas kucing itu. Tapi pastikan kucing tu friendly, jangan la garang korang nak check, takut nanti tangan korang kena ngap. Hihihi. 

Bulu dan Badan Kucing

Selalunya kucing tua bulunya agak kasar dan sedikit nipis. Kalau muda, bulunya lebih lembut, bersinar dan lebat. Tapi kalau kucing itu ada masalah kulit, susah la untuk korang check kecuali selepas mendapatkan rawatan di klinik veterinar. Bulu kucing tua selalunya bertukar warna seperti warna hitam berubah menjadi keperangan.

Dari bentuk badan pula, kucing muda lebih nampak tough (berotot) gitew. Ala ala main gym. haahhaha. ini disebabkan aktiviti harian kucing. Kucing dewasa pula lebih berisi dan bulat bulat. Kucing tua pula akan nampak tulang dan kulit lebih berkedut. Kalau korang perhatikan sama juga dengan manusia kan? Kalau cik en buat injection secara subcut (bawah kulit), ianya agak liat nak tembus. Tapi ada juga kes disebabkan dehydrate. 

Behavior atau Tingkah Laku

Selalunya kucing tua ini sangat sentitif dari segi emosi seperti agresif, takut berlebihan dan stress ( 10 Tanda Mungkin Kucing Stress / Tertekan )  Tuk kes camni korang kena bagi mereka tempat dan suasana yang baik. Contohnya yang cik en pernah cerita di 10 Cara Mewujudkan Persekitaran Yang Baik Pada Kucing . Dorang juga akan mula cerewet dengan litter box, pemakanan, dan lain lain lagi. Selain itu kucing tua ini akan banyak tidur berbanding bermainan. Kalau kucing muda banyak habiskan aktiviti bersosial, dating (hahaha) dan bermain main.

Mata



Kebanyakan mata kucing muda lebih cerah, clear, irisnya lebih smooth, bersih tapi kalau yang tua ini akan mula ada katarak,iris mula menipis, mata berair seperti menangis dan masa itu tepi mata akan ada comot comot.

Gigi



Andai yang semua atas itu korang tak leh nak check mungkin sebab confius korang boleh check melalui gigi dia. Yang ini senang sikit korang nak check on the spot.

  • 2 hingga 4 minggu - tumbuh gigi incisors
  • 3 hingga 4 minggu - tumbuh gigi Canine
  • 4 hingga 6 minggu - tumbuh gigi Premolars
  • 4 bulan keatas - tumbuh gigi Molars
  • 6 bulan ke 1 tahun - gigi akan tumbuh sepenuhnya dan bewarna putih
  • 2 tahun - gigi ada kuning kuning ( karang gigi / plaque )
  • 3 hingga 5 tahun - Plaque akan mula banyak
  • 5 ke atas - Plaque mula ada di semua gigi.

Selain itu boleh check gigi kucing itu haus atau mula melusuh start umur 5 tahun.  Lagi tua kucing itu kemungkinan gigi akan mula patah dan tercabut.

Tapiii korang kena tengok juga tau, kucing yang muda pun ada yang luruh gigi disebabkan bergaduh. Gigi kuning sebab makan wet food berlebihan. So nak dapatkan kepastian betul betul usia kucing ini agak susah la kalau melalui gigi saja. Hanya anggaran saja yang boleh kita tengok. Kalau korang rasa tak yakin dengan penerangan cik en ini, korang boleh rujuk vet yang berdekatan dan tanya pada doktor atau pengawai yang bertugas na..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads