www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-02-10

Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com

Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com | Sesiapa yang tinggal di Ipoh terutama di kawasan Falim, korang dah ada pilihan hypermarket baru untuk korang shopping. Giant atau GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd merupakan hypermarket yang menjual pelbagai jenis produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak Rakyat Malaysia. So tak hairanlah GCH Retail ini pernah memenangi Retail Asia-Pasific's Top 500 Gold Winner sebagai Malaysia's Number 1 Retailer. Dengan menekan 2 konsep mereka yang terbaru iaitu Citarasa Malaysia dan Amaxmall.com menjadikan Giant Falim sebagai hypermarket Giant yang pertama melaksanakannya.| Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com


Giant Falim dirasmikan pembukaan pada 9 Februari 2018 oleh Dato Basaruddin Sadali yang merupakan anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Dalam ucapan beliau, beliau memuji GCH retail dalam membantu pengusaha pengusaha produk dan makanan di Malaysia memasarkan produk mereka. Beliau juga berharap ianya dapat memberi keuntungan kepada kedua dua pihak untuk jangka masa yang lama.



Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com



Giant Falim ini menambah konsep yang sedia ada sebelum ini dengan memberi peluang kepada peniaga peniaga di Malaysia memasarkan produk mereka di Giant. Produk dan barangan Made in Malaysia ini diberikan tempat demonstrasi khas di Citarasa Malaysia. Citarasa Malaysia telah dijadikan satu area khusus untuk display produk produk hasil idea anak tempatan yang mana mampu bergerak lebih jauh.Antara barangan yang telah ada adalah Opah Yang, Makmah, Skinkare, 2nd Chance by Suri, Norrich dan lain lain lagi. Dengan inisiatif Giant Falim ini dapat membantu banyak pengusaha kecil kecilan ini untuk menjadikan produk mereka di kenali di pasaran Malaysia. 



Walaupun ianya tidak setanding dengan nama nama besar di pasaran antarabangsa, cik en nampak peluang yang diberikan oleh Giant ini kepada pengusaha pengusaha tempatan menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu milik. Manatau kan, satu hari nanti, produk produk kampung ini mampu menembusi pasaran luar negara. So kalau korang nak mencuba produk produk ini, korang carilah area Citarasa Malaysia dan tengoklah produk produk yang ada wujud lebih dari 30 tahun lagi dan masih mampu bersaing. 

Penjanjian Persefahaman (MOU) Antara Amaxmall dan GCH Retai Malaysia



Dalam masa yang sama berlaku Penjanjian Persefahaman (MOU) Antara Amaxmall dan GCH Retail Malaysia telah dibuat. Apa itu Amaxmall? Amaxmall adalah platform e-dagang milik penuh rakyat Malaysia yang mana menempatkan banyak produk jenama Malaysia yang terdiri daripada makanan, kesihatan, kecantikan, fesyen, teknologi dan produk untuk ibu dan kanak kanak. Telah beroperasi lebih 2 setengah tahun dan sedang berkembang untuk menawarkan produknya secara online dan offline. Berbeza dengan shopping online yang lain adalah menyediakan peluang kepada semua pengsuaha untuk menerokai dan memanfaatkan secara online ( Amaxmall.com) dan offline ( Produk dijual di Pasaraya Giant).

Dalam bulan Februari ini, produk produk yang ada di dalam Amaxmall ini boleh didapati di 29 pasaraya pasaraya Giant di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang melibatkan 13 usahawan merangkumi 51 unit stok penyimpanan. Kumpulan ini adalah kumpulan pertama yang diberi peluang masuk ke dalam Giant dan meliputi 3 ketegori itu makanan minuman, kesihatan, kecantikan dan fesyen. Seperti yang lain, Amaxmall mementingkan ciri ciri keselamatan dan sesuai dengan slogan mereka "Mall Yang Dipercayai". Jadi korang bolehlah cuba usha Amaxmall ini untuk alami perbezaan shopping online yang lain

Dah alang alang sampai Giant Falim itu boleh la korang tengok wayang di MBO falim

  1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads