www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-02-26

8 Tips Dapatkan Mata Yang Sihat

8 Tips Dapatkan Mata Yang Sihat  | Dari Kerana Mata.. Yang Mempunyai Kuasa.. Oh, Aku Tergoda, Aku Tergoda Kerna Cinta.. Dari Kerana Mataaaa... Ini bibit lagu Dari Kerana Mata nyanyian R Azmi yang menceritakan dari mata sesorang itu, kita dapat melihat kecantikan yang sangat mendalam. Dari mata juga, kita boleh tahu, seseorang itu muda ke tua, sihat ke tidak, letih atau tak, marah atau suka dan lain lain lagi. Banyak peranan mata ini dalam mentafsir sesorang. Dari kerana mata juga, korang akan nampak natural beauty seseorang itu. Jadi penting bagi korang untuk jaga mata tu. Kat sini cik en nak share 8 Tips Dapatkan Mata Yang Sihat yang korang boleh amalkan dari sekarang. 

8 Tips Dapatkan Mata Yang Sihat
8 Tips Dapatkan Mata Yang Sihat

8 Tips Dapatkan Mata Yang Sihat 


1. Tidur Yang Cukup dan Berkualiti

Yang ini memang tips yang selalu korang akan dengar. Tapi biasalah, kalau yang jenis bekerjaya, korang akan ada masalah untuk mencukupkan tidur korang kan? Nak dapatkan 6 hingga 8 jam sehari pun susah. Tapi untuk memastikan mata korang sihat, sememangnya korang kena bagi cukup. Kalau tak qadak la pada hari cuti korang itu. 

2. Minum Air Kosong Secukupnya

Nak capai 2 liter air kosong ini kalau cik en memang senang sebab cik en akan ada bekal air kalau pergi ke mana mana sebabnya cik en jenis cepat haus. So korang yang ada masalah nak cukupkan 2 liter itu, korang boleh amalkan bawa botol air kemana mana korang pergi. Kalau di pejabat itu, korang letak je tepi meja dan kalau korang nampak je, mesti korang akan terasa nak minum. 

3. Jaga Pemakanan 

Yang ini kalau korang jaga, bukan saja mata je sihat, tubuh badan pun sihat dan otak pon cergas. Pilih buah buahan dan sayur sayuran yang bagsu untuk mata seperti lobak, tomato, hati, keju dan lain lain lagi. 

4. Cuci Make - up Sebelum Tidur

Selalunya perempuan ini kalau dah letih, selalu miss nak cuci make up. Kalau korang nak tau, make up kita tua da bahan bahan kimia yang mana ianya nampak cantik bagi kita tapi ada kesan sampingan untuk jangka masa panjang. 

5. Senaman Mata

Korang pernah tau tak mata pun perlukan senaman? Camana nak buat senaman pada mata? Caranya mudah je, tak berpeluk pon tiak korang tu. Hihihi. Korang pandang atas bawah kiri dan kanan tapi hanya mengerakkan anak mata saja. Lepas tu cuba buat bulatan pula. Buat setiap malam sebelum tidur.

6. Lindungi mata dari Sinaran UV

Korang janganlah memandang terus kepada cahaya matahari. Ianya tak baik untuk mata korang, kalau duduk di bawah cahaya matahari yang lama, gunakan cermin mata hitam. Biarlah orang kata bergaya tak kena tempat asal mata korang sihat dan dilindingi

7. Timun dan Uncang Teh

Yang ini antara yang korang boleh buat di rumah. Cari timun dan lagi bagus baru keluar dari peti ais, potong nipis dan letak di mata sebelum tidur. Selain itu boleh gunakan uncang teh yang telah digunakan. 

8. Amalkan suplemen Berry Bright

BerryBright Malaysia
BerryBright Malaysia 

Berry Brighy merupakan supplemen mata yang berasaskan makanan utuh, dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. Seawal 3 tahun boleh menggunakan Berry Bright. Sangat digalakkan pada pengguna contact lens, maa kering dan letih, berhadapan dengan skrin dan gadjet untuk jangka masa panjang, lingkaran hitam bawah mata dan sokongan nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata yang lebih baik. 

Setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant, 10 buah oren (Bitamin C 500mg persachet), tanpa pewarna dan pegawet, vegetarian dan Halal. Ada 2jenis BerryBright iaitu

  • BerryBright Original - ada fruktosa semulajadi, kandungan gula bersamaan dengan setengah biji epal dan 38 kalori setiap hidangan. 
  • BerryBright Stevia - Tidak menggunakan gula tambahan, menggunakan Stevia berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 Kalori setiap hidangan 

BerryBright merupakan pemenang anugerah Malaysia Health And Wellness Brand Awards 2017, Natural Health Readers Awars 2017, 2015,2014 Pemenang Supplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik, Long Life Health And Beauty Awars 2015 2014 dalam ketegori penjagaan mata. 

Cara penggunaannya adalah 
  1. Sediakan 150ml air bersuhu bilik/air sejuk
  2. Tambah 1 sachet Bright Berry
  3. Kacau, gaul rata dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan 
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk 


Diharap 8 Tips Dapatkan Mata Yang Sihat dapat membantu korang yang ada masalah berkaitan mata. Selain itu kalau korang pengguna lens tegar, korang boleh gunakan Air Optix Plus HydraGlade untuk menjaga mata korang. Baca pengalaman cik en di Pengalaman Menggunakan Air Optix Plus HydraGlade

2018-02-25

Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang | Kiranya entri ini entri throwback sebabnya nak story menu baru yang cik en cuba masa di Kelantan masa sukan veterinar 2018 bulan lepas. Korang pernah dengar tak Kwaycap? Mungkin ore kelate tau menu ni tapi cik en yang berasal dari Perak baru tau pasal menu ini. Menu ini cik en cuba masa shopping di Rantau Panjang. Itupun staf pejabat yang bawakkan. Bukan kedai tapi lorong lorong rumah kampung di Rantau Panjang. Korang nak tau tak rasa Kwaycap Rantau Panjang ini? 

Kwaycap Rantau Panjang
Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang



Kwaycap ini gabungan kuey teow buatan sendiri, kuah kicap, kaki ayam, telur dan sayur. Cik perasan juga, kalau sebelah Pantai Timur ke Thailand, mereka banyak gunakan kaki ayam untuk masakan dorang. Di sebelah Perak ini memang ada tapi tak banyak kedai makan tengah hari dijadikan kaki ayam sebagai salah satu menu utama. Rasanya tak terlalu masin walaupun kuahnya kicap, ala makan sup tapi ada rasa ummp tu. Kaki ayam tu lembut, tak liat, cik en makan sampai tulang tulang kecik pun cik en leh hancurkan. Telur pula adalah telur rebus. Dapat 1/2 lagi. Harga RM 3.50. Murah kan? So kalau korang yang tak pernah rasa boleh la try kalau mai ke Kelantan na?

2018-02-20

Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com

Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com | Jumaat lepas, adik cik en, ayang ajak cik en ke Pulau Pinang sebabnya dia nak hantar barang kawan dia kat Seberang Jaya Penang. Cik en asalnya malas nak pergi sebabnya masa ini cik en nak berehat rehat sebabnya jadual cik en sangat pack starting awal tahun ini. Tapi disebabkan adik seorang itu je, cik en pun ikutkan je. Asalkan dia yang keluarkan duit minyak dan tol okey la kan? Hahahha. Cik en gerak dari Kuala Kangsar direct terus ke Penang. Lepas tol juru, cik en singgahlah Petronas sebelum susur keluar ke Jambatan Pulau Pinang sebab nak "memerut". Adik cik en pula nak beli air. Selesai cik en pun nak teruskan perjalanan, cik en hidupkan kereta tapi tak boleh. Argh sudah. Pe kes pulak ini, kat Penang pulak, berdua dengan adik pulak, camana nak buat ini. Mesti pasal bateri kalau tak leh start ini. Terus cik en teringat pasal pernah baca artikel Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com. Apa lagi cik en pun terus cari dealer di Penang ini. So kalau korang ada masalah Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com ini je. Tak yah pening kepala fikirkan mana nak cari mekanik. 


Kebetulan cik en pergi masa itu Tahun Baru Cina, confirmlah susah nak cari mekanik masa itu, Cik en pula bukan familiar dengan Penang ini. Mai sini berjimba jimba je tak terfikir nak survey yang lain. Nasibla dok teringat pasal Bateriku.com ini. Cik en masih ingat lagi masa cik en call pukul 11.30 pagi dan Bateriku.com sampai around 11.47 pagi camtu. Tak sampai 15 minit dorang sampai dengan van hijau dorang itu. Cik en pun dok la ngadu dengan kereta cik en ini tak leh start dan dah jadi risau sebab tak ada yang kenal area sini. Staf Bateriku.com atau dipanggil Mobile Technician (MOTEC) yang namanya En Zabidi ini check la keadaan bateri cik en, so far dia kata bateri masih ok lagi. Eh? kalau ok masalah apa pula yerk? Ha, yang ini korang kena baca seterusnya


Selesai check rupanya cik en terletakkan gear cik en kepada D. Hahahha. Patutla takleh start. Aiseyyyy.. camana la boleh jadi camni erk? Nampak kan cik en ini tak ikhlas nak ke Penang kan? Hahaha. Walaupun motec ini mai dan bila check tak ada masalah, dorang tak kenakan cas pun. Dan kalau bateri korang masih ok lagi pun dorang tak ada paksa korang tuk tukar. Kalau macam kaum wanita macam cik en yang tak kenal sesiapa ini kemungkinan di tipu itu sangat tinggi. Kalau dengan Bateriku.com, korang tak perlu risau sangat, sebabnya dorang sangat dipercayai dan berpengalaman. Kawan cik en namanya Ayu ada bagi feedback yang Bateriku.com Penang memang terbaik, katanya bateri dorang berkualiti dan murah berbanding yang lain. Lepas ada masalah pada bateri, terus husband dia call bateriku,com nak tukar bateri dan set di Tol Juru je. Dorang datang memang awal dan tunggu husband Ayu ini. Hahaha. Nampak kan komitmen dorang? Cik en pun tak sampai 15 minit. 



Macamana dengan korang kalau tiba tiba tak leh start kereta tu? mesti tertanya tanya adakah masalah bateri ke? Ini cik en nak bagi panduan sikit pada korang (tapi pastikan gear korang dalam P atau N ye, jangan jadi macam cik en dalam D hahahaha)

  1. Bila start enjin, dah ada bunyi macam "keletak keletak" Itu tanda nak mula ada masalah bateri la tu. Kalau dah tak leh start langsung wajib la ditukar
  2. Hon berbunyi tapi perlahan dari selalu
  3. Lampu jadi malap
  4. Radio dah macam kehabisan bateri je. Hahahha
  5. Air Bateri berkurangan secara mendadak (kalau pakai sel basah)
  6. Meter jarak penggunaan minyak akan jadi mereng, kejap 150km kejap 300km
  7. Dah timbul lampu icon bateri kat dashboard.


Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com


Dah alang alang ada story pasal Bateriku.com ini, cik en nak share sikit info Bateriku.com ini
  1. Kawasan Bateriku.com meliputi kawasan perumahan, office, jalan biasa dan lebuh raya di seluruh negeri di Semananjung Malaysia
  2. Setiap negeri ini ada agen agen yang terlatih, berpengalaman dan sangat ramah
  3. Waktu servis pemeriksaan dorang bermula 7 pagi hingga 1 pagi
  4. Kalau selepas di periksa bateri korang lemah, dorang akan bekalkan dengan "flaoting battery" dan bateri korang memang kong dan perlu ditukar, jangan rasa ragu ragu sebabnya dorang akan suggest bateri sel kering dan basah yang berkualiti dengan jaminan selalunya 12 bulan seperti :
    • Century
    • Yuasa
    • Amaron (kereta Singapura banyak guna jenama ini)
    • FGEP,
    • SHOGUN
    • ASTRA 
    • jenama-jenama lain yang berkualiti
  5. Pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan adalah percuma. Harga bateri saja dorang cas pada korang. Tiada cas tersembunyi
Kalau korang nak menggunakan perkhidmatan Bateriku.com untuk pertukaran bateri terus ke tempat korang, pemeriksaan, pertanyaan mengenai bateri boleh hubungi 

TOLL FREE 

1 800 22 2324

Whatsapps
Untuk kawasan Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis 

Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor 

Download apps di Google Play Store dan Apple App Store
Mobil App BATERIKU.COM

Mudah, cepat dan korang boleh "track" pergerakan Mobile Tecnician dorang

KHIDMAT PELANGGAN
Green Initiative Sdn Bhd
31, Jalan Utarid U5/11, Mah Sing Industrial Park
Seksyen U5, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: +603-7843 0105 



2018-02-12

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang | Mesti korang yang ada kucing betina atau jantan dewasa mengalami masalah untuk tenangkan kucing yang on heat kan? Kalau tak dikawal dengan macam macam akan berlaku seperti bergaduh, bunting, tak balik rumah berhari hari, bunyi bising setiap masa, memancut dan sebagainya. Cik en memahaminya dan cik en ada buat research serba sedikit untuk membantu korang menenangkan kucing korang yang on heat ini. So kalau rasa ianya bermanfaat dan berjaya pada korang, jangan lupa share entri Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang ini okey?

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat
Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat 

Fakta Kucing Yang On Heat Atau Biang


Sebelum cik en teruskan dengan Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang ini, cik en nak share dengan korang fakta fakta kucing yang on heat ini. 

  1. Kucing boleh mula mengawan umur 4 bulan. Ini kes cik en sendiri, ada seekor kucing betina 4 bulan bunting dan beranak pada umur 6 bulan. Ianya dipanggil ibu muda. Tak digalakkan untuk jadikan kucing korang ibu muda sebabnya umur setahun ke bawah masih makan dan minum untuk diri sendiri membesar dan imunisasi diri dan tak sesuai berkongsi dengan yang lain seperti anak anak. Apabila jadi ibu muda, kebanyakkan si ibu akan terbantut body dan kurang zat dan badan serta anak anak akan kurang nutrisi. 
  2. Kucing jantan yang on heat akan mula memancut untuk menanda kawasan mereka
  3. Kucing jantan akan mula bergaduh untuk merebutkan pasangan dan masa ini akan berlaku masalah luka berulat, FLUTD, kurus dan sebagainya. 

Cara Mudah Tenangkan Kucing Yang On Heat Atau Biang



Cara ini terbahagi kepada 2 method iaitu cara short term dan long term. Ianya adalah untuk panduan korang yang nak memilih. Nanti cik en akan ulas lebih lanjut ya. 

Cara Short Term Korang boleh apply di rumah

1. Kenalpasti kucing korang on heat atau bukan

Yang ini sangatlah penting dan mana yang tak ada pengalaman menjaga kucing akan tertanya tanya macam mana kucing jantan on heat dan macamana pula keadaan kucing betina yang on heat. Antara yang korang boleh korang tengok adalah 
  • Kucing korang akan mengeow tanpa henti dan suara meow akan mula meneran seakan geram gitew. Hihihi
  • Gelisah
  • Menyendeng nyendeng atau gosok badan pada manusia dan objek seperti meja, kerusi dan akan mula berguling guling buat aksi tarian baring gitew. Hahahahha
  • Kalau korang garu garu area tulang belakang kucing betina, dorang akan mula menonggek nonggek bontot dan ekor akan ke tepi
  • Atau korang baca Tanda Tanda Kucing Korang On Heat
So ada juga kucing yang gelisah tapi tak ada tanda tanda lain diatas ini. Itu bukannya on heat tapi mungkin sakit. Kena la pandai pandai korang tengok kucing korang tu. Jangan tersalah tafsir sudah na..

2. Asingkan Kucing Jantan dan Betina

Yang ini antara langkah pertama korang boleh buat. Asingkan seperti kurung dalam sangkar atau rumah. Kemungkinan kucing betina lari rumah memang tinggi kalau ada menantu jantan yang tak diundang memanggil dengan nada mengoda dari luar. So pastikan kucing korang dikurung didalam rumah

Kalau memang korang ada membela kucing jantan dan betina sekali, better bagi kucing jantan korang sekejap kat rumah kawan atau saudara mara dalam masa 2 3 minggu. 

3. Bagi Suasana Panas Pada Kucing

Mungkin ini tak berapa berkesan tapi tak salah kan mencuba? Ini antara cara mudah tenangkan kucing yang on heat ini. Cuma bagi pelapik hangat atau bantal hangat yang korang oleh dapatkan di pasaran. Cari yang boleh refill atau hangatkan semula. Boleh try kot kot berkesan pada kucing korang.

4. Pokok Galak Kucing/Catnip

Pokok Galak Kucing banyak memantu kucing releasekan stress dan gelisah. Apa itu Pokok Galak Kucing? Korang boleh baca di Apa Itu Pokok Galak Kucing Atau Catnip . Walaupun tak la lama sangat kesan dia tapi kira ok la dalam sejam dua kucing korang releks. 

5. Gunakan Herbal Remedies 

Selain dari pokok galak kucing, ada juga alternatif tradisional lain yang korang oleh cuba. Yang ini korang boleh baca di 5 Jenis Tumbuhan Untuk Tenangkan Kucing Anda . Selalunya ada yang gunakan pati aromaterapi tapi tak digalakkan berikan terus pada kucing. Korang boleh gunakan lilin aromaterapi atau titiskan dalam air. 

6. Gunakan Feliway di rumah

Ini cara yang memerlukan korang keluarkan duit sikit la nak membeli. Cik en pun tak pernah lagi guna tapi dikatakan ianya berkesan untuk tenangkan kucing korang itu. Di Malaysia yang cik en survey, ada jual online di ezbuy.com lazada.com dan ubuy.com.my dengan harga paling murah RM150.00.

7. Pastikan Litter Box Sentiasa Bersih 

Yang ini benda asas la. Kalau litter box dia korang tak bersihkan kemungkinan ianya menambah stress kucing korang itu

8. Luangkan Masa Dengan Kucing Korang

Yang ini gunakan kaedah psikologi. Kena spend time dengan kucing korang. Bila kucing korang sibuk, kucing korang akan lebih tenang dan dapat mengurangkan stress nak mengawan tapi tak dapat mengawan tu. 

Cara Long Term Yang Kena Bawa Ke Veterinar 

9. Spaying/Castration/Pemandulan

Yang ini jenis long term action. Dengan spay dan castration, ianya dapat mengawal kucing betina korang bunting dan kucing jantan keluar rumah berhari hari dan bergaduh sebab rebut pasangan. Tapi kalau kucing korang on heat (terutama betina) kalau dibuat spaying kemungkinan akan berlaku kehilangan darah sebabnya masa on heat salur darah di kawasan tiub fallopian akan membengkak. Tapi korang boleh dapatkan consultant dari vet. 

10. Pemberian Ubat Perancang

Walaupun ianya adalah cara untuk elakkan kucing bunting dan mengawan, cik en tak mengalakkannya. Sebabnya ianya memberi kesan untuk jangka masa panjang. Ini cik en pernah story di entri Pil Perancang Kucing

Untuk cara ke 9 dan ke 10, cik en syorkan korang gunakan cara ke 9. Walaupun sedikit mahal, tapi ianya long term solution untuk korang. Kenapa perlu di mandulkan? Korang boleh baca di Kenapa Perlu Memandulkan Kucing


sumber rujukan : 

https://www.wikihow.com/Calm-a-Cat-in-Heat
https://www.feliway.com/uk#redirected

2018-02-10

Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com

Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com | Sesiapa yang tinggal di Ipoh terutama di kawasan Falim, korang dah ada pilihan hypermarket baru untuk korang shopping. Giant atau GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd merupakan hypermarket yang menjual pelbagai jenis produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak Rakyat Malaysia. So tak hairanlah GCH Retail ini pernah memenangi Retail Asia-Pasific's Top 500 Gold Winner sebagai Malaysia's Number 1 Retailer. Dengan menekan 2 konsep mereka yang terbaru iaitu Citarasa Malaysia dan Amaxmall.com menjadikan Giant Falim sebagai hypermarket Giant yang pertama melaksanakannya.| Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com


Giant Falim dirasmikan pembukaan pada 9 Februari 2018 oleh Dato Basaruddin Sadali yang merupakan anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Dalam ucapan beliau, beliau memuji GCH retail dalam membantu pengusaha pengusaha produk dan makanan di Malaysia memasarkan produk mereka. Beliau juga berharap ianya dapat memberi keuntungan kepada kedua dua pihak untuk jangka masa yang lama.



Hypermarket Giant Falim Ipoh Memperkenalkan Citarasa Malaysia dan Amaxmall.Com



Giant Falim ini menambah konsep yang sedia ada sebelum ini dengan memberi peluang kepada peniaga peniaga di Malaysia memasarkan produk mereka di Giant. Produk dan barangan Made in Malaysia ini diberikan tempat demonstrasi khas di Citarasa Malaysia. Citarasa Malaysia telah dijadikan satu area khusus untuk display produk produk hasil idea anak tempatan yang mana mampu bergerak lebih jauh.Antara barangan yang telah ada adalah Opah Yang, Makmah, Skinkare, 2nd Chance by Suri, Norrich dan lain lain lagi. Dengan inisiatif Giant Falim ini dapat membantu banyak pengusaha kecil kecilan ini untuk menjadikan produk mereka di kenali di pasaran Malaysia. 



Walaupun ianya tidak setanding dengan nama nama besar di pasaran antarabangsa, cik en nampak peluang yang diberikan oleh Giant ini kepada pengusaha pengusaha tempatan menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu milik. Manatau kan, satu hari nanti, produk produk kampung ini mampu menembusi pasaran luar negara. So kalau korang nak mencuba produk produk ini, korang carilah area Citarasa Malaysia dan tengoklah produk produk yang ada wujud lebih dari 30 tahun lagi dan masih mampu bersaing. 

Penjanjian Persefahaman (MOU) Antara Amaxmall dan GCH Retai Malaysia



Dalam masa yang sama berlaku Penjanjian Persefahaman (MOU) Antara Amaxmall dan GCH Retail Malaysia telah dibuat. Apa itu Amaxmall? Amaxmall adalah platform e-dagang milik penuh rakyat Malaysia yang mana menempatkan banyak produk jenama Malaysia yang terdiri daripada makanan, kesihatan, kecantikan, fesyen, teknologi dan produk untuk ibu dan kanak kanak. Telah beroperasi lebih 2 setengah tahun dan sedang berkembang untuk menawarkan produknya secara online dan offline. Berbeza dengan shopping online yang lain adalah menyediakan peluang kepada semua pengsuaha untuk menerokai dan memanfaatkan secara online ( Amaxmall.com) dan offline ( Produk dijual di Pasaraya Giant).

Dalam bulan Februari ini, produk produk yang ada di dalam Amaxmall ini boleh didapati di 29 pasaraya pasaraya Giant di Wilayah Persekutuan dan Selangor yang melibatkan 13 usahawan merangkumi 51 unit stok penyimpanan. Kumpulan ini adalah kumpulan pertama yang diberi peluang masuk ke dalam Giant dan meliputi 3 ketegori itu makanan minuman, kesihatan, kecantikan dan fesyen. Seperti yang lain, Amaxmall mementingkan ciri ciri keselamatan dan sesuai dengan slogan mereka "Mall Yang Dipercayai". Jadi korang bolehlah cuba usha Amaxmall ini untuk alami perbezaan shopping online yang lain

Dah alang alang sampai Giant Falim itu boleh la korang tengok wayang di MBO falim

2018-02-03

Hormon Tak Menentu Punca Wanita Gemuk? Cubalah Femingra Untuk Seimbangkannya

Hormon Tak Menentu Punca Wanita Gemuk? Cubalah Femingra Untuk Seimbangkannya | Perasan tak kalau korang yang wanita wanita ini senang naik berat badan apabila stress? Masa korang letih, tertekan, stress, tidur lewat dan kurang tidur mengakibatkan hormon korang tak stabil. Ianya menjadi salah satu punca korang tak berjaya nak turunkan berat badan walaupun korang amalkan senaman dan produk produk langsing. Korang akan berasa lapar dan lambat kenyang. So mengunyap la korang tengah tengah malam dan kesannya lemak korang menjadi jadi dalam badan korang. Jadi senang cerita gemuk bukan tanda bahagia tapi tanda korang mengalami masalah hormon ini. Dengan gaya hidup kita sekarang, kita tak dapat nak elakkan stress sebabnya bekerja zaman ini sangatlah mencabar, nak tidur awal pun tak dapat kalau menguruskan anak anak atau yang bujang terlalu komitmen dengan kerja. So dengan menggunakan 100% sumber semulajadi, Maxwellhealth mengeluarkan satu produk untuk wanita iaitu Femingra. | Hormon Tak Menentu Punca Wanita Gemuk? Cubalah Femingra Untuk Seimbangkannya


Hormon Tak Menentu Punca Wanita Gemuk? Cubalah Femingra Untuk Seimbangkannya


Femingra membantu meningkatkan Libido dan juga tahap kesuburan wanita. Diperkayakan dengan agen perangsang hormon terbaik iaitu Pine Pollen, ianya bertindak balas pantas tapi selamat diamalkan oleh wanita pelbagai usia. Apabila hormon seimbang, bukan saja dapat meningkatkan kesuburan wanita tapi memberi kesan baik pada kesihatan kita. Serupa kita happy selalu, semestinya kita akan sentiasa sihat dan gembira. Ianya juga bagus untuk wanita yang dah putus haid atau monopouse. Korang yang tak pernah monopouse mesti tak dapat nak rasa dilema dan perasaan mereka kan? Korang boleh baca Dilema Wanita : Monopouse atau Putus Haid . Dan cik en tau Femingra ini dapat membantu mereka yang putus haid menjadi lebih gembira. 


Femingra ini dibuat daripada 8 jenis bahan semulajadi yang mana setiap satunya memberi manfaat kesihatan yang berbeza beza. Bahannya adalah Buah Markisa, Debunga Pain, Horny Goat Weed, Akar Maca, Manjakani, Habbatus Sauda, Tribulus Terrestris dan Pueraria Mirifica. Pergh berbelit korang baca kan bahan bahan yang digunakan dalam Femingra ini. Tapi kalau korang dah tahu khasiatnya korang dah tak berbelit lidah dah, Hahahha. Jom kita tengok apa kebaikan bahan bahan ini satu persatu

Buah Markisa

  • Kaya dengan nutrisi, mineral dan kandungan vitamin yang tinggi seperti antioksida, flavonoid, Vitamin A, Vitamin C dan lain lain lagi
  • Membantu meningkatkan peredaran darah
  • Membantu sistem pencernaan, meransang dan kuatkan imun serta tulang
Debunga Pain

  • Kaya dengan Vitamin A, Vitamin B, Asid Folik, Vitamin D dan Vitamin E, Mineral, Kalsium, Besi, Zink dan lain lain lagi
  • Merupakan Anti Penuaan (kekal awet muda gitew) 
  • Membantu mengimbangkan hormon dan meningkatkan testosteron
  • Meningkaykan kesuburan pada lelaki dan wanita dan meningkatkan hormon pertumbuhan
Horny Goat Weed

Semacam je namanya kan, Horny la Goat la. tapi ianya mempunyai kebaikan :

  • Digunakan secara tradisional meningkatkan kejantanan mental dan fizikal
  • Antioksidan dan anti penuaan
  • Meransang libido dan mengurangkan masalah seksual
  • Membantu wanita yang PMS atau Monoupose
Akar Maca

  • Sarat dengan mineral seperti zink, iodin dan asid lemak baik dan ianya mengimbangi hormon seks dan meningkatkan kenginan seksual dan rangsangan
  • Membantu wanita monopouse melaraskan masalah panas badan, gangguan tidur, berpeluh waktu malam, dan kemurungan. 
Manjakani

  • Sangat popular dalam mengetatkan tisu dalaman wanita. 
  • Merupakan ubat terbaik untuk faraj dan rahim, keputihan dan endiran tak normal dalam faraj
  • Selain itu mampu menghapuskan bau tak menyenangkan dari kawasan kemaluan 
  • Mengangkan payudara
Habbatus Sauda

  • Berupaya menyembuhkan penyakit
  • Membantu kitaran haid wanita
  • Mengawal peredaran darah 
  • Anti Radangan 
  • Antioksida
Tribulus Terrestris

  • Meningkatkan prestasi seksial dan sensitiviti
  • Digunakan oleh wanita aktif bersukan untuk meningkatkan stamina dan daya tahan
  • Mengurangkan gejala wanita monopouse seperi panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi
  • Mengawal Imnosia, tekanan darah tinggi, cepat marah dan kehilangan minat seksual
  • Kesan merangsang pada sistem imun dan sistem seksual dan pembiakan
Pueraria Mirifica

  • Mampu merangsang nafsu seks
  • Meningkatkan kelembapan faraj
  • Saiz payudara akan meningkat
  • Mengurangkan kemunculan selulit
  • Melembabkan kulit
  • Mengalakkan penghasilan kolegen
  • Kulit sihat dan nampak awet muda

Nampak tak kebaikan 8 bahan ini yang korang boleh dapatkan dalam 1 sachet je. Cara pengambilan Femingra yag betul adalah


  1. Bancuh sepeket Femingra dengan 120ml air suam atau sejuk.
  2. Minum sekali sehari pada waktu pagi atau tengahari.
  3. Tidak digalakkan mengambil Femingra pada waktu malam.
  4. Sangat disyorkan supaya mengambil Femingra pada waktu pagi semasa perut kosong. Ini mempercepatkan proses penyerapan Femingra ke dalam tubuh.
  5. Femingra sangat membantu wanita yang mempunyai masalah cyst dan fibroid
Ianya boleh diambil secara berterusan kerana ianya adalah bahan bahan semulajadi yang baik untuk wanita. Ini antara feedback dari pengguna Femingra atau boleh ke Testimoni Femingra

Image may contain: phone

Image may contain: phone

Image may contain: phone


Kalau korang berminat, jangan pulak email cik en na... korang boleh contact terus kepada Maxwell health di bawha ini

EMAIL: info@maxwellhealth.com.my
NO TEl: +6012-326 3304

ALAMAT:
MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K)
21-1, Jalan Cempaka SD12/2, Bandar Sri Damansara, 
52200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Harga : RM169

2018-02-02

Good Luck Team Veterinar Perak Untuk Sukan Veterinar 2018

Good Luck Team Veterinar Perak Untuk Sukan Veterinar 2018 | Alhamdulilah, cik en dah selesai pemilihan dan latihan badminton dan semalam cik en dah join Majlis Gimik Penyerahan Alatan Sukan Sempena Program Kecermelangan Dan Kecergasan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak 2018 so berakhirlah persiapan untuk Team Veterinar Perak sebelum berangkat ke medan juang. Ewahhhh.. Tahun ini kami akan berkumpul di Hospital Universiti Kubang Kerian (HUSM) Kelantan Untuk Sukan Veterinar 2018. 

Good Luck Team Veterinar Perak Untuk Sukan Veterinar 2018
Good Luck Team Veterinar Perak Untuk Sukan Veterinar 2018

Good Luck Team Veterinar Perak Untuk Sukan Veterinar 2018


Ini lah barisan peserta yang mewakili veterinar perak. Seramai 85 orang staf terdiri daripada state dan federal. Kami akan berada disana 3 Feb sehingga 7 Feb. Macam sebelum ini, cik en masih berada dalam team badminton dan cik en bermain dalam mix double. Masih pasangan yang sama. Insyallah, kami akan cuba sedaya mengekalkan prestasi kami. Doa doakan cik en dan team veterinar Perak berjaya na. Tahun ini kami hantar 15 team untuk 15 acara sukan. Ada beberapa acara kami tak dapat nak join kerana syarat syarat yang ditetapakan oleh kerajaan Negeri Kelantan. Apa apa pun kami akan usaha dengan sedaya upaya. 

Kalau korang nak tau, 2 tahun lepas kami berjaya meningkatkan pungutan untuk keseluruhan. Hope tahun ini akan lebih baik. Kalau korang nak baca Sukan veterinar 2016 korang boleh baca di Perak Mari Talak Sombong dan Bior Bebeno Team Perak Seghogoh Team Lain di Sukan Veterinar 2016 . 

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads