www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-11-05

Tahniah My Bestie Poyok

Tahniah My Bestie Poyok  | Alhamdullilah, walaupun kami berlainan bangsa dan agama, cik en dan poyok atau nama asalnya Tan Por Geok dah berkawan hampir 11 tahun. Kami mula kenal semasa belajar di Politeknik Ungku Omar yang mana masa itu kami ambil diploma Kewangan dan Perbankan. Awal awal ingatkan dia Melayu rupanya dia ada darah siam sikit sebab itu muka dia malay look. Kami serumah bila masuk semester ke 2. Cik en senang dengan dia sebab dia bukan macam kawan perempuan yang lain yang mana perlu ke kelas sama sama, makan sama sama. Kami jenis lone ronger. Kalau lambat, hang pi dulu la, jumpa kat kelas. Tapi satu perangai kami yang sama adalah selalu datang kelas lambat. Sebab kedua dua kuat tidur zaman belajar dulu. Macam macam kami tempuh, zaman nakal pun sama sama. Tapi kami jaga each other. Kalau cik en kuar dengan kawan lelaki yang baru kenal, cik en akan sent kat Poyok nama lelaki itu, nombor plat kereta atau motor dan kemana kami pergi. Dan sampai ke saat ini masa di Penang, poyok buat benda yang sama sebab 1st time naik uber. Hahhaha


Cik en pernah keluarkan hasrat nak teman poyok konvo bila dia habis degree dan cik en memang dah tunaikan janji cik en itu. Awalnya dia ada ajak cik en untuk sambung degree secara pengajian jarak jauh (PJJ) tapi memikirkan masa itu ada masalah kewangan dan masalah peribadi buat cik en tak jadi nak follow. Tapi sebagai kawan baik, cik en sentiasa support dia. Cik en pernah teman dia masuk kelas masa minggu exam di USM. Kami jarang dapat berjumpa, jadi cik en akan cuba curi curi masa untuk spend time sama sama. So bila dah habis dan konvo, cik en pun sekali lagi spend time together. Lepas ini ntah bila kami dapat jumpa lagi kan? 

So cik en drive seorang diri ke USM malam 30 Oktober lepas. Perjalanan ambil masa 2 jam setengah. Cik en bergerak pukul 8 malam dan perlu sampai 10.30 sebab poyok akan habis raptai konvo waktu itu. Sampai je, kami terus cari kedai makan tapi biasalah kalau bukan tempat cik en, cik en memang tak pandai nak cari. Last last cik en pun ke Kapitan je. Sebab tak makan apa apa dari petang, cik en order la roti nan cheese Tandoori


Settle je makan, kami ke hotel yang mana poyok sendiri tempah. Cik en sibuk sampai tak sempat nak mencari. So, thanks yang sebab memahami sahabatmu ini sibuk kalah menteri. Hahahha. Bila nak jumpa, semestinya cerita lama pun keluar, borak punya borak sampai kul 1 pagi tak tidur lagi. 

Hari kedua, kami perlu cari aksesori dan pakaian untuk Dinner malam ini. Tema adalah Black Gold. So merata la kami kat Penang itu cari barang barang. Sambil itu sempat gak kami merasa Teochew Chendul dan Nasi Kandar Deen Maju 






Selesai shopping kami bergegas balik kek hotel sebab malam ini kami perlu ada di Hotel BayView Penang untuk dinner. Inilah 1st time cik en pakai ala ala mak datin. Hahhah. Apa apa pun sis cuba dengan combinekan baju, aksesori dan make up untuk memenuhi tema. 




Kami balik ke hotel jam 11 malam sebab esoknya poyok konvo dan perlu masuk USM lebih awal untuk elakkan kesesakan dalam USM sendiri.


Hanna, anak tunggal poyok

poyok, hanna dan mak poyok



Setiap graduan akan dapat 2 tiket masuk dewan konvo. Kebetulan family poyok tak nak masuk, cik en sorang sajalah wakil yang masuk dewan konvo. Walaupun duduk jauh di atas, sempat jugalah cik en snap gambar poyok terima ijazah




Anyway Congrat dear.. Hope u akan sambung ke master pulak lepas ini dan kejar la impian u. I akan support u sentiasa. Walaupun kita jauh, u tahu i akan sentiasa ada dengan u. Kenal u hampir 11 tahun ini satu anugerah terbaik. Walaupun kita ni ada masa bercanggah pendapat tapi kita tak pernah bergaduh sampai lost contact kan? sekali lagi nak habaq kat u. I love you!

3 comments:

mamapp said... [Reply]

tahniah poyok.. mama doakan ikatan persahatan ini berkekalan

mommysihatanggun said... [Reply]

Alhamdullilah..syok de best cmni

...in the swim... said... [Reply]

'True friends though apart in distance but not in heart' .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads