Pengalaman Menggunakan AIR OPTIX Plus HydraGlyde

Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde | Sebelum ini cik en ada beritahu yang cik en penguna tegar contact lens dari zaman sekolah lagi. Cik en mula pakai lens semenjak umur 15 tahun lagi yang mana waktu tu jarang sangat orang nak pakai lens ini. Rasanya dah hampir 15 tahun cik en memakai lens. Dalam 15 tahun itu hanya 2 3 kali cik en rehatkan mata selama sebulan. Tapi semenjak menggunakan produk alcon Air Optix, cik en dah tak ada masalah merah merah sehingga perlu buat rawatan susulan. Dan baru baru ini cik en dapat tau Air Optix ada keluarkan produk terbaru mereka iaitu AIR OPTIX plus HydraGlyde. Nampaknya ada beberapa aspek yang mereka upgrade seiring dengan keadaan semasa. Cik en teringin nak share Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde ini.



Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde

Kisahnya bermula apabila cik en dapat invition untuk menghadiri perlancaran AIR OPTIX plus HydraGlyde yang terbaru ini tapi disebabkan cik en ada kerja yang lebih penting, cik en tak dapat nak join. Dari situ cik en mula tercari cari AIR OPTIX plus HydraGlyde ini. Akhirnya cik en ke optometry atau kedai cermin mata yang biasa cik en dapatkan perkhidmatan nasihat dan pembelian lens serta cermin mata, Hoo Optical di Kuala Kangsar. Hampir 13 tahun cik en menjadi regular customer mereka sebabkan perkhidmatan mereka sangat tip top. Sampaikan kalau cik en boleh order melalui online saja dan perkhidmatan pos percuma pun cik en dapat. 


Macam biasa, cik en pun bertanya lanjut pasal produk AIR OPTIX plus HydraGlyde ini. Apakah kelebihan yang buat ianya berbeza dengan Air Optix yang biasa cik en pakai sebelum ini. AIR OPTIX plus HydraGlyde menggabungkan 2 teknologi eksklusif– SmartShieldTM Technology dan HydraGlyde®Moisture Matrix dan Teknologi kedua HydraGlyde®Moisture Matrix 

Setelah menerima penerangan yang jelas, cik en pun buat pemeriksaan rutin pada mata dan cik en teringin nak mencuba AIR OPTIX plus HydraGlyde ini sendiri. Abaikan gambar gemuk cik en dibawah ini ye! hahhaha



Selepas 3 minggu guna, cik en rasa selesa sangat. Bukanlah kata Air Optix lama tak ok, cuma selepas cik en belajar mekap cik en banyak aplikasi mekap di kawasan mata seperti eyeliner pada bulu mata, mascara, terutama eyeliner bawah mata. Penggunakan semua itu sedikit sebanyak akan memberi kesan pada lens yang cik en pakai. Dah pakai mesti la kita nak guna makeup remover untuk buang mekap kan? Masa ini pun cik en tengok ada perbezaan yang lama. Kalau dulu mesti lens akan jadi kabur dan cik en kena pejam beberapa kali untuk dapatkan penglihatan jelas balik. Tapi dengan  AIR OPTIX plus HydraGlyde ini, tak ada masalah sangat dah. Mungkin ini adalah teknologi SmartShieldTM yang mana membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh. 

Disebabkan cik en seorang kaki jalan dan travel, cik en akan menggunakan lens melebihi masa yang ditetapkan. Bila pakai lama cik en akan mula rasa sedikit kekeringan dan mula lah mencari tempat untuk bukak lens dan pakai cermin mata. Tak best kan? bulu mata pun dah tak nampak bila pakai cermin mata. hahahha. So bila pakai AIR OPTIX plus HydraGlyde ini cik en boleh pakai lebih dari 16 jam. HydraGlyde®Moisture Matrix inilah yang memberi kelembapan lebih 16 jam tu. 


Apa apa pun cik en suka la dengan AIR OPTIX plus HydraGlyde ini, sesuai sangat dengan cik en yang aktif dan suka travel ini. Kalau setakat tak buka lens semalam itu, tak ada masalah pada cik en dah! Cik en boleh enjoy tanpa risau nak buka lens dan pakai cermin mata. Penglihatan sentiasa terang dan takkan buat cik en moody time tengah syok berjalan.

Disini ada sedikit siaran media untuk maklumat lebih lanjut mengenai Air Optix Plus HydraGlyde

PELANCARAN KANTA SENTUH AIR OPTIX®PLUSHYDRAGLYDE®- RAKYAT MALAYSIA DIGALAKKAN SUPAYA TIDAK MENYERAH KEPADA PENGLIHATAN KABUR

AIR OPTIX® plus HydraGlyde®menggabungkan 2 teknologi eksklusif– SmartShieldTM Technology dan HydraGlyde®Moisture Matrix
72% pemakai kanta sentuh di Malaysia menikmati tahap keselesaan yang ketara sehingga penghujung hari apabila menggunakan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®1
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2017 – Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata dan sebahagian daripada syarikat Novartis, telah melancarkan produk terbarunya untuk pasaran di Malaysia hari ini. Kanta sentuh pakai buang bulanan, AIR OPTIX® plus HydraGlyde®direka untuk mengurangkan penglihatan yang kabur sepanjang 1 bulan penggunaannya. Dengan menggabungkan dua teknologi terkini, SmartShieldTMTechnology dan HydraGlyde®Moisture Matrix, pengguna kanta sentuh pakai buang bulanan tidak perlu lagi bersabar denganpenglihatan yang kabur atau rasa kering di pertengahan bulan.
Dari semasa ke semasa, deposit protein dan lipid (minyak) berkumpulpada permukaan kanta sentuh bulanan lalu menjadikannya kering dan kabur semasa dipakai. Tambahan pula kesan daripada produk kosmetik seperti maskara, pembayang mata, penanggal mekap mata dan krim sapuan tangan pada kanta sentuh; ia menjejaskan penglihatan dan menyebabkan ketidakselesaan pada kanta sentuh.
SmartShield™ Technology, teknologi eksklusif yang hanya boleh didapati pada kanta sentuh AIR OPTIX®, mengatasi masalah ini dengan membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh yang melindungi pengguna daripada deposit2-3 yang dinyatakan. Dengan itu, pengguna akan menikmati perlindungan daripada gangguan harian2-3 dan menikmati penglihatan jelas yang konsisten4. Tambahan pula, 7 daripada 10 pengguna kanta sentuh di Malaysia bersetuju bahawa mereka selesa memakai AIR OPTIX® plus HydraGlyde®sepanjang satu bulan penggunaannya5.
Teknologi kedua yang terdapat dalam AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah HydraGlyde®Moisture Matrix, yang membolehkan pengguna mengalami peningkatan kelembapan yang berpanjangan dengan menarik dan mengekalkan kelembapan pada kanta sentuh6-7. Teknologi ini menyelaputi kanta dalam kelembapan dan memberikan penghidratan yang lebih tahan lama selepas 16 jam6-7, justeru memberikan keselesaan kepada individu aktif yang inginkan ketenangan fikiran.
"Apa yang berbeza tentang kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah keupayaannya untuk menangani dua masalah sekaligus - iaitu pembentukan deposit dan keperluan kelembapan sepanjang hari," kata Sandeep Tewari, Pengurus Besar Negara kepada Alcon Malaysia. "Kami percaya bahawa pengguna kanta sentuh tidak patut berkompromi dengan masalah penglihatan kabur di pertengahan bulan atau penglihatan yang tidak selesa apabila menghampiri penghujung hari. Pengguna kini boleh menikmatipelbagai aktiviti yang disukai, tanpa perlu ‘menyerah kalah’ kepada penglihatan yang tidak jelas dan tidak selesa”.
Pelancaran AIR OPTIX® plus HydraGlyde®turut memperkenalkankempen #NeverSettle (Tidak Menyerah) yang diwakili olehGermaine Yeap, seorang bekas jurubank berusia 32 tahun yang kini merupakan peninju Muay Thai dan pelakon lagak ngeri wanita. Beliau merupakan seorang individu yang menepati saranan Alcon untuk memiliki penglihatan yang jelas pada setiap masa.
Sifat #NeverSettle Germaine mendorong beliau untuk mempunyai gambaran jelas tentang apa yang ingin dicapai, walaupun mustahak atau remeh, dan dia berusaha keras untuk mencapai matlamatnya meskipun mengalami pelbagai cabaran. Begitu juga betapa pentingnya penglihatan jelas bagi Germaine ketika beraksi. Penggunaan kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®membolehkan Germaine  melihat dengan jelas dan selesa, tanpa gangguan, supaya dia boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik ketika bertinju.
Kisah mengenai bagaimana dia mengekalkan visi yang jelas dalam setiap aspek hidupnya, dari segi penglihatan mahupun kerjaya, adalah motivasi supayaorang ramaitidak mudah menyerah kalahkerana kita layak untuk mendapatkan yang terbaik. Cerita penuh tentang kisah #NeverSettle Germaine boleh didapati di laman Facebook Alcon Malaysia.
Kanta sentuh pakai-buang bulanan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap kotak mengandungi 3 kanta, dengan harga jualan yang disyorkan pada RM86.90 setiap kotak (termasuk GST). Sila dapatkan nasihat lanjut daripada pakar penjagaan mata anda. Layari laman Facebook Alcon Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ahli terbaru keluarga kanta sentuh  AIR OPTIX®.
Germaine Yeap’s #NeverSettle story#NeverSettle Social Experiment videoAIR OPTIX plus HydraGlyde’s Website

Kalau korang yang nak tips memakai kanta lekap boleh baca Tips Penggunaan Kanta Lekap. Okey, jumpa di next entry!
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post