Lazada Online Revolution Akan Bermula 11.11 hingga 14.12

Lazada Online Revolution Akan Bermula 11.11 hingga 14.12  | Cik en agak lambat juga sebenarnya nak mempercayai shoppig online ini. Apatah lagi ada yang bercerita pernah ditipu. Tapi disebabkan barang cik en nak beli tiada di kawasan cik en ini, ianya menjadi salah satu faktor cik en mula menggunakan shopping online. Dalam banyak banyak shopping online yang boleh cik en percayai adalah Lazada. Kalau ditanya barangan apa yang mula cik en beli, rasanya cik en tak boleh nak ingat dah. Tapi salah satu barangan terawal yang cik en boleh ingat adalah pembelian makanan kucing jenama Cutiez Catz Cat Food. Makanan kucing jenama ini memang tak banyak di jual di tempat cik en. Kebetulan pulak, kucing cik en nak makan jenama ini je. So terpaksa la cik en cari. Bila dah cari ianya ada di Lazada so cik en beranikan juga membeli. Barangan yang cik en prefer untuk beli online selain makanan kucing adalah barangan makeup. Sebabnya pembelian secara online sangat murah berbanding beli di kedai kedai ini. Pembelian secara online ini sebenarnya menjimatkan sebabnya korang boleh dapatkan harga borong walaupun beli 1 saja dan korang tak perlu nak bersusah payah nak ke setiap kedai untuk berbandingkan harga. Semuanya terletak di hujung jari korang je. Order dan buat pembayaran dan tunggu sampai barang korang sampai. Untuk pengetahuan semua, seperti tahun tahun sebelum ini, tahun ini akan ada Lazada Online Revolution Akan Bermula 11.11 hingga 14.12 ini.



Lazada akan buat big sale pada 11.11 nanti dan cik en dah siap masukkan barangan yang cik en nak ke wishlist. Ini memudahkan sebabnya sampai saja 11.11 korang hanya check di bahagian wishlist saja. Tak perlu korang nak cari satu persatu. Dan dalam dalam banyak barangan yang ada di Lazada, cik en dah masukkan 1 barangan yang lama cik en nak iaitu


Dah lama cik en idamkan brust kit jenama MAC ini. Harga sekarang RM328.00 dan cik en akan jangka ianya ada diskaun menjelang 11.11 nanti. Kalau dapat bawah RM300 semestinya cik en akan cuba grab. Cik en pernah mencuba berus yang ada di pasaran tapi tak dapat selembut produk MAC ini. 

So korang yang ada teringin nak membeli barangan dengan diskaun menarik boleh lah layari Lazada yang bakal bermula 11 november ini sehingga 14 disember. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post