De Palma Eco - Resort Kuala Selangor Pilihan Untuk Family Day

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor Pilihan Untuk Family Day | Sebut saja travel, bercuti, family day atau jalan jalan, cik en memang teruja. Kalau la boleh nak buat semua aktiviti setiap hari pun cik en akan buat. Hahaha. Bagi cik en, ini merupakan masa untuk cik en release tension setelah bekerja mengadap kerenah anak anak bulus dan pelanggan di klinik. Dan alhamdulillah, cik en dapat spendkan masa dengan blogger lain di Trip Blogger Media With De Palma Eco - Resort Kuala Selangor minggu lepas. Trip ini best sangat sebabnya cik en tersangatlah enjoy dengan aktiviti yang ada di dalam dan sekitar De Palma Eco - Resort Kuala Selangor. Kalau ada orang tanya best ke stay di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor? Cik en akan bagi thumb up banyak banyak untuk De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini. Kawasan dia sangat strategik untuk family day, untuk team building atau apa apa melibatkan aktiviti ramai ramai.

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor
De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor


Kelebihan De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini dari resort yang lain adalah kawasan dia yang sangat bersesuaian untuk aktiviti berkeluarga dan berkumpulan. Korang boleh spend masa bersama sambil menikmati keindahan dan kelebihan yang ada di Kuala Selangor. Antara tarikan yang ada di sekitar De Palma Eco - Resort Kuala Selangor adalah Bukit Melawati, Kelip Kelip di Kampung Kuantan, Pulau Misteri dan Taman Alam Kuala Selangor. Bagi De Palma Eco - Resort Kuala Selangor sendiri mereka menyediakan aktiviti Team Building seperti low rope course, High Cargo Net, Management Game, Treasure Hunt/Orienting, Night Walk, Mobile Obstacle Course, Archery, Target Paintball, Tele-Match, Explore Race. Selain itu ada Swimming Pool, ATV Track, Horse Riding, Camp Site dan aktiviti Zumba. Jangan risau aktiviti yang dijalankan mematuhi syariah sebabnya De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini adalah Leading syariah Compliant Hotel yang diuruskan oleh Bitzel Sdn Bhd kepunyaan sepenuhnya PKNS.

Penginapan yang ada di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

Mesti ada yang tertunggu macamana bilik cik en stay untuk 3 hari 2 malam ini. Cik en sebenarnya tak teruja sangat sebabnya nampak dari luar biasa biasa je chalet ini tapi bila bukak je pintu! WOW! la. luar setinggan dalam kondo weiiiii! hahahahah.. Ini bilik cik en











Bilik cik en ini Junior Suite RM200.00 dan kalau kakitangan kerajaan boleh dapat RM180. Berbaloi la kan? Boleh stay untuk 4 orang. Sedikit info mengenai penginapan di sini. De Palma Eco - Resort Kuala Selangor mempunyai 48 chalet dan 12 vila yang sangat selesa. Ketegori bilik terbagai kepada 8 jenis iaitu
  1. Superior ( Queen/Twin)
  2. Deluxe ( Twin/Triple)
  3. Villa Superior ( Queen/Twin)
  4. Anjung Suite
  5. Malawati Room (2 Queen)
  6. Junior Suite
  7. Dara Suite
  8. Desa Room (2 Queen)

Aktiviti yang boleh dilakukan di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

Bila korang stay di sini, pelbagai aktiviti yang boleh dibuat. Antaranya seperti di bawah ini :

  • Horse Riding



  • Night Walk




  • Camp Fire



  • Zumba


Selain itu ada aktiviti :

  • Camp Site 
  • Berbasikal (Cycling)
  • Badminton
  • Volley Ball
  • Tele- Match

Fasiliti dan perkhidmatan De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini mempunyai kemudahan fasiliti dan perkhidmatan seperti :

  1. Surau dengan Imam 
  2. Swimming Pool
  3. Safe Deposit Boxes
  4. Laundry 
  5. Internet
  6. City Tour (dengan permintaan)
  7. Shuttle Service
  8. Major Credit Cars Accepted

Restoran di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

Kalau dah namaya hotel atau resort semestinya tempat penting adalah restoran yang disediakan kan? Di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor, mereka mempunyai Rumbia Restaurant yang mana boleh menempatkan 150 orang dalam satu satu masa. Buka bermula 7.00 pagi sehingga 10.00 malam. Menu yang disediakan adalah masakan tempatan dan western. 



Kalau rasa nak gambaran mengenai De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini, korang boleh tengok gambar di bawah ini


Kawasan Menarik di Sekitar De Palma Eco - Resort Kuala Selangor


Selain daripada aktiviti didalam De Palma Eco - Resort Kuala Selangor, korang yang menginap di sini boleh juga mengunjungi kawasan menarik di sekitar ini. Antaranya

  • Bukit Malawati


  • Kelip Kelip Di Kampung Kuantan


  • Pulau Misteri (Salar de Uyuni Of Malaysia - Mirror-Reflection of the sky - sand bank)

  • Taman Alam Kuala Selangor


  • Altingsburg Lighthouse


Silver Leafed Monkey


Selain daripada itu ada beberapa lagi seperti
  • Makam Anak Dara
  • Poisonous Well
  • Penggawa Cannon
  • Historical Meseum
  • Pasir Penambang
  • Eagle Feeding
  • Royal Kg. Kuantan Golf Club
  • Royal Mausoleum
  • Batu Hampar
Best kan! Macam macam macam aktiviti yang boleh dibuat. De Palma Eco - Resort Kuala Selangor  juga ada menyediakan Family Day Package bermula RM135.00 sehari untuk dewasa dan RM85.00 sehari untuk kanak kanak yang mana termasuk Accommodation (Quad Sharing), 3 Meals ( Breakfast, Lunch & Dinner) dan Telematch. Selain itu ada Pakej Team Building iaitu RM188 Perpax (min 20 orang) yang mana termasuk bilik untuk semalam berama lunch dan doinner dan 2 aktiviti yang diuruskan oleh De Palma Eco - Resort Kuala Selangor. Kalau ada nak gunakan dewan De Palma Eco - Resort Kuala Selangor  untuk majlis perkahwinan, De Palma Eco - Resort Kuala Selangor  juga menyediakan Pakej Summayyah iaitu RM28,000.00 untuk 1000 tetamu. Pakej ini merangkumi makanan, pakej deko, dan pakej hotel. Untuk maklumat lanjut, tak kisah la dari segi penginapan, aktiviti, pakej atau apa apa yang korang nak request, boleh hubungi

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor 
Jalan Tanjung Keramat
45000 Kuala Selangor, Selangor
03 32897070

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. not bad harga dia. Nak try lah nanti :D

    ReplyDelete
  2. Wah, bestnya... banyak aktiviti menarik yang boleh buat. tempat menarik pon banyak...

    ReplyDelete
  3. mrs pip dtg melawar.
    menarik ni ... bilik nampak cantik dan harga affordable.
    wah, naik kuda, terus teringat cerita drama awak suka saya tak.

    ReplyDelete
  4. Memang berbaloi2 dengan harga. Bestnya banyak facilities dan aktiviti.

    ReplyDelete
  5. Saya duduk kuala selangor. Bila baca review ni rasa teringin nak duduk hotel ni walaupun dekat ngn rumah 😂

    ReplyDelete
  6. Best nye.. you gne pakej ke???

    ReplyDelete
  7. Tq. Byk info, byk akt boleh buat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post